Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Cara Untuk Jimatkan Wang Untuk Belian Dan Transaksi Antarabangsa

Fi atau caj tersembunyi ketika berbelanja dalam mata wang asing memang menjengkelkan. Jadi untuk elakkan perkara ini terjadi, anda harus menggunakan akaun yang terpakai untuk semua mata wang.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 3:19PM

Gambar hiasan ihsan www.bcw-global.com

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membeli-belah secara dalam talian sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masa kini. Terutamanya dalam kalangan mereka yang menjalani rutin harian yang sibuk atau yang gemar mencari barangan atau sesuatu yang unik dan tidak boleh ditemui di negara sendiri. 

Namun, aktiviti membeli-belah di dalam talian ini sebenarnya terdedah kepada beberapa risiko. Selain terdedah kepada ‘scammer’, satu lagi yang perkara yang sering dihadapi  pengguna adalah berbelanja melebihi bajet.

Pernahkan anda terkejut melihat penyata kad kredit anda pada hujung bulan selepas membeli sesuatu dari kedai dalam talian antarabangsa? Adakah caj keseluruhan yang dikenakan ke atas kad kredit anda kelihatan tidak sama jumlahnya dengan yang anda lihat semasa semakan akhir? 

Gambar hiasan www.bcw-global.com
Gambar hiasan www.bcw-global.com

Jika ya, ini bermakna ada fi tersembunyi dan caj yang tidak adil dikenakan ke atas anda apabila melakukan pembelian, pelancongan, dan pemindahan dana antarabangsa.

Atas sebab itu, adalah penting untuk anda mempunyai akaun yang terpakai untuk pelbagai mata wang asing yang boleh membantu menyelaraskan cara anda menghantar, membelanja atau menerima wang. 

Sama ada anda menggunakannya untuk tujuan peribadi ataupun perniagaan, akaun mata wang global ini memberikan kebebasan tambahan tanpa isu sempadan negara. Di sini dikongsikan beberapa cara bagaimana akaun pelbagai wang asing ini boleh membantu memudahkan hidup anda.

 

1. Berbelanja dalam mata wang tempatan apabila membuat pembelian antarabangsa

Apabila pandemik melanda, ramai yang beralih daripada berbelanja di pusat beli-belah kepada kedai dalam talian, sama ada kedai tempatan mahupun antarabangsa. Peralihan ke pembelian dalam talian ini didorong oleh keperluan, tetapi ia turut membantu ramai rakyat Malaysia untuk membeli barangan kegemaran mereka dalam suasana selesa dan selamat di rumah sendiri. 

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Bagaimanapun, transaksi begini boleh mengecewakan apabila kita berdepan dengan fi tersembunyi dan kadar tukaran yang tidak menentu. Oleh itu, cara terbaik bagi menangani perkara ini ialah dengan memilih untuk membayar dalam mata wang negara di mana anda membeli –  di sinilah akaun mata wang asing anda akan memainkan peranannya. Membayar seperti orang tempatan untuk menjimatkan fi tambahan dan mendapatkan kadar tukaran yang lebih baik!

 

2. Kawal kewangan apabila melancong ke luar negara

Jika anda bercadang untuk melancong ke luar negara, mempunyai kad ‘universal’ akan membantu anda berbelanja dalam pelbagai mata wang tanpa ragu-ragu kerana ia menjanjikan kadar tukaran yang lebih baik, dan biasanya lebih rendah daripada bank tradisional anda. 

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Anda tidak perlu risau tentang penipuan kerana anda sentiasa berada dalam keadaan terkawal apabila menggunakan akaun mata wang asing, dengan notifikasi transaksi yang pantas dan boleh membekukan kad anda serta-merta. Anda juga dapat berbelanja seperti orang tempatan kerana anda boleh menggunakan kad itu untuk mengeluarkan wang daripada akaun mata wang asing anda di ATM di seluruh dunia. 

 

3. Mendapat bayaran seperti orang tempatan 

Bekerja secara bebas adalah antara cara terbaik untuk menyokong gaya hidup yang tidak terikat dengan kerja pejabat yang tradisional.

Bagi ramai orang, ia juga adalah peluang untuk bekerja dalam syarikat yang menarik di negara yang berbeza. Ia juga bermakna mempunyai kebebasan untuk merancang hari anda dan pada masa sama, anda bertanggungjawab mengekalkan aliran kerja yang berterusan. 

Gambar hiasan www.bcw-global.com
Gambar hiasan www.bcw-global.com

Persoalannya, bagaimana anda ingin gaji atau upah anda dibayar? Kebanyakan syarikat selalunya membayar pekerja bebas mereka mengikut mata wang negara mereka.

Jadi, di sinilah terletaknya kepentingan akaun untuk pelbagai mata wang asing. Ia membolehkan anda menerima gaji dan pembayaran invois dalam mata wang mereka dan seterusnya boleh ditukarkan ke mata wang tempatan anda untuk digunakan.

Jadi, tiada lagi fi bank yang tinggi atau kadar tukaran wang yang tidak adil untuk kedua-dua belah pihak!

 

4. Menguruskan aset luar negara dari jauh

Sebaik sahaja anda membeli aset di luar negara, anda akan berfikir tentang cara yang paling sesuai untuk membayar utiliti, cukai, dan lain-lain fi mandatori. Mentafsir caj yang tersembunyi apabila melakukan pemindahan wang di antara bank memang boleh membuatkan kita tertekan. Siapa yang mahu membayar lebih daripada sepatutnya?

Satu pilihan yang bagus untuk menguruskan aset begini ialah dengan memiliki akaun mata wang asing, di mana anda boleh membayar dan menerima bayaran dalam mata wang tempatan, dan kemudian menukarnya ke dalam mata wang yang anda inginkan apabila mendapat kadar tukaran yang baik. Sangat mudah dan menjimatkan wang. 

Gambar hiasan www.bcw-global.com
Gambar hiasan www.bcw-global.com

Selain empat cara di atas, anda juga perlu tahu betapa pentingnya untuk memilih akaun yang terpakai untuk pelbagai mata wang asing yang tepat. Ini bagi membolehkan anda menyimpan sementara, menerima atau menukar pelbagai mata wang berbeza pada kadar yang serendah mungkin. 

Dengan Wise, anda akan dapat menikmati kadar tukaran pasaran pertengahan untuk pemindahan, pertukaran mata wang dan banyak lagi tanpa fi tersembunyi. Ciri lain yang perlu diperhatikan ialah pengesahan keselamatan 3-D, yang memastikan setiap transaksi adalah selamat. 

Jadi, jika anda mahu menjalankan transaksi antarabangsa dengan selesa di rumah sendiri atau mengelilingi dunia, memiliki Wise atau akaun seumpamanya adalah satu langkah yang bijak. - Getaran, 1 Oktober 2022

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Percutian Ke Pantai, Kaca Mata Hitam Item Fesyen Mesti Bawa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Elon Musk Tawar Beli Twitter US$43 Bilion

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Halangan Untuk Beli Sendiri Vaksin COVID-19 Yang Dilulus NPRA - Muhyiddin

4

TARA 3 tahun yang lalu

Beli Kereta Atau Melanggan - Mana Cara Paling Untung?

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius