Berita Terkini

22 minit yang lalu: Tenaga kerja pakar asing untuk kerja kritikal, kecemasan boleh masuk ke negara ini guna Pas Lawatan Sosial - KP Imigresen 37 minit yang lalu: Aplikasi MySejahtera akan dijadikan alat pengurusan kesihatan awam negara - Khairy 57 minit yang lalu: Angka kematian letupan bunuh diri Afghanistan meningkat 53: UNAMA 1 jam yang lalu: 12 peratus anak muda suarakan isu politik berkaitan kestabilan, prestasi kerajaan serta kualiti dan kematangan pemimpin menerusi Idea Bina Negara - PM 1 jam yang lalu: Platform digital Idea Bina Negara terima lebih daripada 12,000 idea anak muda seluruh negara - PM

IKUTI KAMI


Viu Malaysia, Reka Teemor Cari Pasangan Bertuah, Taja Pakej Majlis Perkahwinan Impian Bernilai RM350,000

Sertai peraduan mencari pasangan bertuah ini menerusi media sosial yang telah pun bermula dari 5 September sehingga 15 September ini.

TARA Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 4:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah dengar rakan-rakan atau keluarga anda bercerita tentang cabaran atau mimpi ngeri yang dihadapi ketika majlis perkahwinan mereka? Tahu sesiapa yang merancang majlis perkahwinan impian mereka, kemudian segalanya tidak kesampaian di saat-saat akhir?

Merancang perkahwinan sememangnya satu tempoh yang cukup memberi tekanan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tekanan yang dihadapi pasangan pengantin semakin besar disebabkan pelbagai faktor. 

Malah, ada sesetengah pasangan yang terpaksa membatalkan majlis resepsi perkahwinan mereka di saat-saat akhir.

Lantaran itu, Viu Malaysia dan Reka Teemor ingin menaja pakej perkahwinan bernilai RM350,000 untuk menjadikan perkahwinan impian anda satu kenyataan, tanpa perlu sebarang drama.

Syaratnya, anda mestilah sudah berkahwin, tetapi belum sempat menjalankan majlis resepsi perkahwinan anda.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah berkongsi kisah bagaimana rancangan perkahwinan anda menjadi tunggang-terbalik atau tidak dapat dilangsungkan, dan mengapa anda perlu mempunyai majlis resepsi perkahwinan impian.

Pasangan bertuah akan berpeluang bekerjasama dengan perancang perkahwinan terkemuka, Reka Teemor untuk merealisasikan perkahwinan impian anda.

Terletak di Lembah Klang, Reka Teemor mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam perniagaan pengurusan acara dan rekaan untuk perkahwinan. Malah ia terus meletakkan matlamat utamanya untuk menjadi antara perancang dan pereka majlis perkahwinan terbaik di Malaysia.

Peraduan ini berlangsung mulai 5 hingga 15 September 2022. Untuk menyertai Peraduan Kisah Ijab Kabut Ku, ikuti akaun rasmi Viu Malaysia di Instagram dan TikTok.

Kongsikan kisah cabaran yang anda hadapi sehingga tidak dapat melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di akaun Instagram dan Tiktok anda, sama ada melalui gambar dengan kapsyen atau video.

Muat naik kisah anda di akaun Instagram atau TikTok anda dan tag @ViuMalaysia, dengan hashtag #KisahIjabKabutKu. Kemudian, isi borang peraduan di sini

Pemenang peraduan akan diumumkan pada pertengahan September 2022. – Getaran, 11 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 2 hari yang lalu

Karan Johar Akhirnya Mengaku Malu Tak Dapat Undangan Ke Majlis Kahwin Katrina Kaif-Vicky Kaushal

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Surat Tular Nik Abduh Minta Peralatan, Tenaga Kerja Kenduri Anaknya Benar

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

‘Kami Jadi Wedding Planner Untuk Majlis Sendiri’ - Adam Lee Dedah Persiapan Kahwinnya Dengan Sweet Qismina

4

TARA 3 minggu yang lalu

5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

Wai Ching Cipta Rekod Baharu Di Space Needle, Seattle

2

‘Saya Akan Sekolahkan Kamu, Harap Guan Eng Tak Kecut’ - Saravanan

3

Syarikat Permainan Malaysia Catat Jualan Eksport RM124.67 Juta Di Tokyo Game Show

Disyorkan untuk anda

TARA 1 hari yang lalu

MY Gaya Month Tanda Sokongan Kempen Beli Barangan Malaysia

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Thailand Kini Dibuka Sepenuhnya, Tiada Lagi Proses Kemasukan Yang Renyah

Bermula semalam (1 Oktober 2022), semua pelancong antarabangsa ke Thailand tidak lagi perlu menunjukkan bukti vaksinasi atau keputusan ujian ATK (antigen self t...

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Wajah-Wajah Malaysia - Legenda Dan Inspirasi Malaysia

Pameran 'Wajah-Wajah Malaysia' ini mengangkat ikon-ikon legenda sebagai subjek utama dalam lukisan yang menggunakan pelbagai bahan dan pendekatan.

oleh Muhammad Rasfan Abu Bakar

TARA 1 hari yang lalu

‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat’, Luahan Kesedihan Naim Daniel

oleh Rubini Nagarajah