web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sherry, Awal Dan Azad Hangatkan Malam Kemuncak AIM 23 Selaku Hos

Seramai 20 artis termasuk penyanyi tanah air dan seberang seperti Janna Nick, Nuha & Naufal, serta Keisya Levronka juga bakal beraksi.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 8:00PM

Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Ke-23 bakal dihangatkan dengan persembahan 20 artis hebat yang sedang relevan dengan lagu persembahan mereka ketika ini.

Mereka adalah Ahmad Syafiq, Aina Abdul, Amir Masdi, Aufahanie, Datuk Sri Siti Nurhaliza, De Fam, Ella, Ernie Zakri, Hafiz Suip, Insomniacks, Iss Arffan, Kaka Azraff, Liza Hanim, Marsha Milan, Nikki Palikat, Rian Shain dan Vanessa Reynauld.

Lebih menarik lagi, apabila beberapa artis tanah air dan seberang yang pernah atau masih mencetuskan trending menerusi lagu masing-masing di laman media sosial seperti TikTok, Spotify mahu pun Instagram juga bakal beraksi di malam kemuncak ini iaitu Janna Nick, Naufal dan Nuha serta Keisya Levronka.

Janna Nick
Janna Nick

Bahkan, ia juga turut menampilkan tiga personaliti TV iaitu Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Azad Jazmin yang dijangka memberikan dinamik dan hiburan pada malam anugerah berprestij yang bertemakan Glam & Sophisticated itu.

Gabungan mereka bertiga ini pastinya akan mencetuskan jenaka lucu yang bersahaja dan akan membuatkan penonton tidak berganjak dari kaca televisyen, manakala Keanu Azman pula akan mengendalikan sesi karpet merah secara langsung.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 23 dan RIM, Rosmin Hashim berkata, jawatankuasa penganjur AIM bersama Astro sebagai penyiar rasmi telah menilai dengan teliti dan memilih barisan persembahan artis dan penyampai tahun ini bagi memastikan penonton terhibur sepenuhnya.

Naufal dan Nuha juga dijangkakan akan membuat persembahan.
Naufal dan Nuha juga dijangkakan akan membuat persembahan.

“Segmen persembahan yang ditampilkan ini  akan merangkumi pelbagai genre muzik termasuk pop, rock, dance dan balada dan ia juga akan turut membantu untuk memastikan penonton terpaku pada skrin sepanjang malam kemuncak ini berlangsung selama 3 jam,” katanya.

Bukan itu sahaja, acara itu juga akan dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis popular dan berpengaruh sebagai penyampai trofi. Mereka adalah Datuk M Nasir, Datuk Adi Putra, Ziana Zain, Khai Bahar, Wany Hasrita, Reshmonu, Mawi, DJ Fuzz, Sasi The Don, Syamsul Yusof dan Jaclyn Victor.

Malam kemuncak AIM 23 akan dipancarkan secara langsung dari di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 11 September 2022, jam 9.30 malam dan ia juga boleh ditonton di saluran di Astro RIA dan Astro RIA HD ( Saluran 104). Acara akan dimulakan dengan siaran langsung  ‘Karpet Merah’ pada jam 8.30 malam. - Getaran, 3 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Jarang Menangis, Air Mata Scha Al Yahya Tumpah Saat Bercerita Tentang Mahligai Perkahwinan Yang Sudah 11 Tahun Dibina

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Color Of The Year! - Hitam Pilihan Ramai Selebriti Syawal Kali Ini

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Awal Ashaari Mula Dapat Tawaran Pertunjukan Fesyen Semula Selepas Susut 10 KG , Bakal Beraya Di Jepun Sekeluarga 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Isu Rumah Tangga Artis Tak Perlulah Kita Tokok Tambah - Awal Ashaari

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi