web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awal Ashaari Mula Dapat Tawaran Pertunjukan Fesyen Semula Selepas Susut 10 KG , Bakal Beraya Di Jepun Sekeluarga 

Berkat usaha dan galakan isteri, Scha Alyahya, pelakon 'Niyang Rapik' itu berjaya mencapai berat badan idealnya iaitu 77 kilogram hari ini.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 12:09PM

Awal Ashaari

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mendedahkan berat badannya naik mendadak melebihi 90 kilogram selepas kelahiran anak keduanya, Lyla Amina.

Bertekad untuk tampil lebih sihat dan segak, Awal mula menjaga pemakanan dengan mengawal defisit kalori serta melakukan perbincangan dengan pakar nutrisi sejak pertengahan tahun lalu. 

Berkat usaha dan galakan isteri, Scha Alyahya, pelakon 'Niyang Rapik' itu berjaya mencapai berat badan idealnya iaitu 77 kilogram hari ini.

“Bila sudah bergelar bapa, kita tak sedar sebenarnya berat badan kita sudah naik.

“Saya juga ada berbincang dengan doktor tentang perkara ini, katanya berat badan lelaki akan mudah naik selepas menjadi bapa kerana berlaku perubahan hormon, selain menjadi semakin penyayang. 

“Bila tengok gambar lama, saya sedar besar sungguh saya. Jadi, saya memang sengaja turunkan berat badan dengan menjaga kalori, berpuasa dan mendapatkan nasihat daripada pakar nutrisi sebab saya malas bersenam,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini. 

Awal dan keluarga akan bercuti ke Jepun tidak lama lagi.
Awal dan keluarga akan bercuti ke Jepun tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, kata Awal lagi, perubahan berat badan yang mendadak telah membuatkannya kurang mendapat tawaran dan undangan ke pertunjukan fesyen. 

“Bila badan besar, saya tak boleh pakai baju yang disediakan penganjur untuk ke pertunjukan fesyen. Sebab baju itu ialah baju sample yang diberikan dengan ukuran universal yang dipakai model. 

“Sejak itu saya sedar sudah kurang mendapat tawaran ke pertunjukan fesyen. Sekarang bila sudah susut, saya kembali mendapat banyak undangan. Barulah saya faham, rupanya orang tak panggil sebab badan berisi. Saya faham, sebab isu berat badan ini perkara sensitif. 

“Apapun, saya kurus memang sebab diri saya. Saya mahu rasa sihat dan sihat,” katanya sambil tersenyum. 

Bercerita tentang sambutan hari lebaran pada tahun ini. Awal sekeluarga bakal beraya di Kuala Lumpur memandangkan keluarganya dan keluarga mentua ada di sini. 

“Selalunya kami akan masak hidangan masing-masing dan akan berkumpul di rumah mak untuk sesi potluck. Memang selalunya begitu di pagi raya. Kadang lauk sama, tapi masak di rumah berbeza tentu lain rasanya,” katanya.

Memandangkan anaknya, Lara Alana berpuasa penuh pada tahun ini, dia  sekeluarga akan bercuti dan beraya di Jepun.

“Saya suka tengok Lara sudah mula berpuasa penuh. Walau dia bangun sahur dengan mata berpisat-pisat, tapi dia tetap berpuasa. Saya dah janji akan membawanya ke Jepun sebagai hadiah. 

“Scha juga akan bekerja awal iaitu hari keempat hari raya. Selepas kerja Scha selesai, kami sekeluarga akan berlepas ke Tokyo,” tambahnya. – Getaran, 20 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dia Pun Nak Beraya Jugak

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

4

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN