web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peminat Seni Fotografi Dipelawa Sertai Pertandingan Fotografi Warisan Sibu 2022

Pertandingan anjuran persatuan Photographic Society of Sibu dengan kerjasama kementerian itu menawarkan hadiah RM3,000 untuk juara, RM1,500 untuk pemenang tempat kedua dan RM1,000 untuk tempat ketiga.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 9:56AM

Objektif utama peraduan ini adalah untuk menggalakkan orang ramai meneroka Sibu dan merakam gambar-gambar warisan Sibu - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat seni fotografi di seluruh negara dijemput mengambil bahagian dalam Pertandingan Fotografi Warisan Sibu 2022 yang dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini. 

Pertandingan anjuran persatuan Photographic Society of Sibu dengan kerjasama kementerian itu menawarkan hadiah RM3,000 untuk juara, RM1,500 untuk pemenang tempat kedua dan RM1,000 untuk tempat ketiga.

Presiden persatuan itu Peter Lee Pui Wen berkata RM200 akan diberikan sebagai saguhati kepada 10 peserta yang terpilih.

“Peserta boleh menggunakan apa-apa jenis teknologi pengimejan seperti DSLR, kamera tanpa cermin (MILC), telefon pintar mahupun dron asalkan gambar diambil di Sibu dari 2018 hingga Okt tahun ini,” katanya dan menambah tarikh akhir penyerahan adalah pada 9 Okt.

Terbahagi kepada tiga kategori - Landskap, ‘People’ dan Makanan, objektif utama peraduan ini adalah untuk menggalakkan orang ramai meneroka Sibu dan merakam gambar-gambar warisan Sibu, di samping berkongsi pengalaman mereka secara visual.

“Tidak syak lagi bandar Sibu dan sekitarnya menawarkan banyak peluang fotografi dari segi bangunan warisan, monumen dan tapak sejarah.

“Pertandingan fotografi terbuka ini bertujuan memberi inspirasi kepada penciptaan dan penyebaran imej warisan, seni dan budaya, menceritakan kisah silam yang berwarna-warni, dan juga pemuliharaan kekayaan Sibu dalam seni, budaya dan warisan serta penduduknya,” kata Abdul Karim.

Beliau seterusnya berjanji pihaknya akan menaik taraf pertandingan itu kepada skala lebih besar yang menawarkan hadiah lebih hebat bagi menarik penyertaan peminat seni fotografi dari seluruh dunia pada masa hadapan, sekiranya peraduan itu mendapat sambutan yang baik daripada seluruh rakyat Malaysia.

Abdul Karim turut memuji inisiatif persatuan itu yang mempromosikan Sibu sebagai destinasi pelancongan melalui pertandingan.

Peminat seni fotografi boleh melayari laman web peraduan di https://pss1952.org/ untuk maklumat lanjut atau menghantar penyertaan mereka. - Bernama

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Encore Melaka Dibuka Semula Dengan Barisan Persembahan Ekstravaganza

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Program 'Melaka Bila Larut Malam' Bakal Tarik Lebih Ramai Pelancong

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Raya Mengejut, Tunku Azizah 'Bersengkang Mata' Masak Juadah

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh