web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Beraksi Di Zepp KL Ibarat Pengubat Duka Saya” – Noh Salleh Akui Banyak Perkara Berlaku Dalam Hidupnya

Noh telah beraksi bersama Spider dan XPDC di konsert 'YOLO Live Sessions: 3 Generasi’ di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 9:52AM

Noh Salleh beraksi di 'YOLO Live Sessions: 3 Generasi’ yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur malam tadi - Gambar oleh Ellyna Ali

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membesar bersama band-band muzik dari Jepun, Noh Salleh mengakui bahawa dia sering melihat mereka ini membuat persembahan di Zepp. 

“Terdetik juga di hati saya untuk membuat persembahan di Zepp suatu hari nanti. Tapi, tidak sangka saya akan dapat peluang untuk membuat persembahan di dewan yang cukup eksklusif ini.

“Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya kebelakangan ini. Jadi, peluang beraksi di Zepp ibarat pengubat duka dan siapa sangka Zepp kini ada di Kuala Lumpur,” kata Noh yang mengakui bahawa ini adalah persembahan solonya yang pertama di pentas yang sebegitu dah berprestij. 

Noh tidak sangka akhinya dapat peluang untuk membuat persembahan di Zepp Kuala Lumpur yang eksklusif
Noh tidak sangka akhinya dapat peluang untuk membuat persembahan di Zepp Kuala Lumpur yang eksklusif

Noh sebelum ini mengundang perhatian apabila rumah tangga yang dibinanya bersama Mizz Nina dikatakan bergolak dan dia kemudian cuba menafikan perkara itu. 

Namun, tidak lama selepas itu, Noh dan Mizz Nina sama-sama membuat pengakuan menerusi Instagram mereka bahawa mereka sudah bercerai dan akan membawa haluan hidup masing-masing. 

Noh juga turut terpalit dengan dakwaan mengenai sebuah video kurang sopan.

Apa pun, Noh adalah artis kedua yang tampil membuat persembahan pada konsert YOLO Live Sessions: 3 Generasi di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi. 

Konsert itu menggabungkan tiga barisan artis daripada tiga generasi yang berbeza iaitu Noh Salleh, Spider dan XPDC. 

Pada konsert malam tadi, Noh berkongsi pentas bersama Spider dan XPDC
Pada konsert malam tadi, Noh berkongsi pentas bersama Spider dan XPDC

Namun, Spider membuka persembahan sebelum Noh mengisi pentas dan kemudian memberi ruang kepada XPDC untuk beraksi sekali gus menutup tirai konsert persembahan. 

Dalam persembahannya itu, Noh memberitahu, dia sedar bahawa kebanyakan lagu-lagunya adalah lagu-lagu cinta dan romantis. 

“Tapi, saya harap peminat Spider dan XPDC akan dapat memberi ruang untuk saya perdengarkan karya lagu-lagu saya ini,” katanya. 

Noh yang muncul bersama kumpulan pemuziknya termasuk brass section mempersembahkan beberapa rangkaian lagi termasuk ‘Renjana’, ‘Biar Seribu’, ‘Angin Kencang’ dan ‘Bunga Di Telinga’. Getaran, 28 Ogos 2022

Noh membuat persembahan malam tadi lengkap dengan 'brass section'
Noh membuat persembahan malam tadi lengkap dengan 'brass section'

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Lauk 'Spider' Cukup Masin

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Spider 'Keluar Sarang' Live Di Kuala Lumpur Jun Ini

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Pengantin Baharu, Noh Dan Athira!

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Mael XPDC Selalu Bersedekah – Zuar Dedah Amalan Baik Vokalis XPDC Itu Yang Tidak Diketahui Ramai 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang