Berita Terkini

4 jam yang lalu: Dakwaan rasuah OCPD: SPRM tahan 3 lagi polis 4 jam yang lalu: Kerjasama Malaysia-Indonesia mudahkan produk sijil halal tembus pasaran kedua negara 4 jam yang lalu: Malaysia di posisi baik manfaat potensi sebagai pengeluar hidrogen hijau - MOSTI 4 jam yang lalu: Lelaki disyaki dera bayi perempuan teman wanita ditahan 4 jam yang lalu: Syarikat korporat perlu melabur untuk sistem keselamatan siber - Fahmi

IKUTI KAMI


Mael XPDC Selalu Bersedekah – Zuar Dedah Amalan Baik Vokalis XPDC Itu Yang Tidak Diketahui Ramai 

Jenazah Mael selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Raudah, Bakri Batu 5, Muar Johor sekitar jam 10.55 pagi tadi dengan dihadiri lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, rakan-rakan penggiat seni, peminat-peminat hardcore Mael serta fanclub XPDC.  

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 8:00PM

Jenazah vokalis legenda XPDC, Mael selamat disemadikan di Muar Johor pagi tadi. - Gambar Dwan Inzaghi dan Yazid Bro

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael yang meninggal dunia pada usia 55 tahun akibat serangan semput telah pun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Raudah, Bakri Batu 5, Muar Johor sekitar jam 10.55 pagi tadi. 

Upacara pengebumian sang legenda metal rock ini telah dihadiri lebih 200 orang termasuk dari kalangan ahli keluarga, orang kampungnya, rakan-rakan penggiat seni, peminat-peminat hardcore Mael serta fanclub XPDC.  

Ada yang datang dari Pahang dan Johor Bahru. Ada juga yang sanggup berkonvoi dari Putrajaya untuk memberikan penghormatan terakhir buat idola mereka yang amat disanjungi ini. Tidak kurang juga yang sanggup datang nun jauh dari Perlis. 

Pengebumian legenda metal rock ini dihadiri lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, penggiat seni, peminat-peminat hardcore Mael serta fanclub XPDC. - Gambar Dwan Inzaghi 
Pengebumian legenda metal rock ini dihadiri lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, penggiat seni, peminat-peminat hardcore Mael serta fanclub XPDC. - Gambar Dwan Inzaghi 

Memang luar biasa sungguh insan seni bernama Mael ini yang tidak pernah lelah untuk menghiburkan peminat sehinggalah ke hujung nyawanya. 

Seperti kata adik bongsu arwah iaitu Syed Ali, Mael pernah memberitahunya bahawa dia akan terus menyanyi selagi peminat terima. 

“Arwah tidak pernah bosan menyanyi sebab menyanyi adalah jiwanya dan jiwanya adalah jiwa anak seni. Selagi peminat terima dia akan akan terus menyanyi dan itulah yang dilakukan. 

“Apapun, saya reda dengan pemergiannya. Dia pun sudah puas hiburkan peminatnya,” katanya. 

Perkara yang sama turut dirasakan oleh anak-anak Mael sendiri. Mereka juga reda dengan pemergian bapa mereka yang telah pun menemui Sang Pencipta setelah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Muar, jam 9.30 malam pada 27 April. 

Namun, anak sulung arwah iaitu Sharifah Irfatasha yang mewakili lima adik-beradiknya termasuk dirinya enggan mengulas lebih lanjut tentang arwah. 

Menurut Sharifah Iffatasha, bapanya seorang yang ‘protective’ terhadap anak-anaknya dan tidak pernah mendedahkan nama dan wajah mereka kepada umum sepanjang penglibatannya dalam industri muzik. 

“Jadi, saya minta pihak media tolong hormati keadaan ini dan tidak perlulah menyebut dan mendedahkan kami kepada umum,” katanya. 

Sebahagian rakan penggiat seni yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir. - Gambar Dwan Inzaghi
Sebahagian rakan penggiat seni yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir. - Gambar Dwan Inzaghi

Majlis pengebumian yang berlangsung dalam keadaan yang tenang itu juga turut dihadiri rakan-rakan penggiat seni dalam arena arus perdana dan underground

Antara yang kelihatan adalah Jo Branco, Ali XPDC, Tajul FTG, pengurus XPDC, Yazid Bro, pengasas XPDC, Eddie Badri serta semua anggota XPDC yang bersama team Mael termasuk Zuar (bass) dan Amy (dram).

Mengulas tentang penglibatan XPDC dalam Konsert SoundValley Festival 2023 di Maeps, Serdang pada 5 dan 6 Mei nanti, Yazid Bro berkata, biarpun tanpa Mael, pesembahan XPDC dalam konsert itu tetap akan diteruskan. 

“XPDC tidak akan menarik diri daripada membuat persembahan. In Sha Allah, kita akan cuba cari penyanyi lain untuk menggantikan Mael. 

“Penganjur juga mahu kita teruskan buat konsert. Lagipun, mereka ingin memberikan sedikit sumbangan buat anak-anak arwah Mael melalui hasil jualan tiket konsert ini nanti,” katanya. 

Sementara itu, air mata Zuar bergenang apabila memperkatakan tentang pemergian arwah Mael. 

“Antara amalan baik yang sering dilakukan Mael adalah bersedekah, itu yang ramai orang tidak tahu,” katanya dengan sebak sehingga tidak dapat meneruskan kata-kata selanjutnya . – Getaran, 28 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Guan Eng Dapat Pelepasan Sementara Pasport Untuk Hadir Pengebumian Bapa Saudara

2

TARA 9 bulan yang lalu

“Beraksi Di Zepp KL Ibarat Pengubat Duka Saya” – Noh Salleh Akui Banyak Perkara Berlaku Dalam Hidupnya

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Selepas Hilang 10 Bulan, Muhammad Iman ‘Pulang’, Selamat Dikebumikan

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

Jenazah Adibah Noor Selamat Dikebumi

Sorotan

1

336,592 Pelajar Perempuan Belum Disuntik Vaksin HPV

2

Malaysia-Indonesia Capai Kata Sepakat Pertahan Kepentingan Kelapa Sawit - PM

3

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

Muzik 19 jam yang lalu

Sentiasa Dilabel ‘Syok Sendiri’ Setiap Kali Berkarya, MonoloQue Tidak Peduli Dengan Kritikan Dan Kecaman

Lebih rela hasilkan 100 ke 200 karya yang sentiasa dikritik, daripada tidak buat apa-apa tapi asyik mengkritik hasil kerja orang lain dengan mendakwa lagu dihas...

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 1 jam yang lalu

Iman Troye Nak Bagi RM300 Buat Pelajar SPM 2022 Yang Berjaya Mencapai Peningkatan Dalam Apa Saja Mata Pelajaran

Iman Troye yang juga merupakan duta PTTI ingin memberikan wang tunai sebanyak RM300 di atas usaha para pelajar yang bertungkus lumus meningkatkan prestasi dalam...

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Siti Nurhaliza Sekali Lagi Berkolaborasi Dengan David Foster