web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lauk 'Spider' Cukup Masin

Konsert Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 hujung minggu lalu berlangsung secukup rasa serta menjebak nostalgia

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2024 8:06AM

Kumpulan Spider mempersembahkan 21 lagu pada konsert di Zepp KL hujung minggu lalu. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kugiran Spider keluar dari sarang hujung minggu lalu untuk sebuah perjamuan seni yang julung-julung kali dipersembahkan. 

Dan selayaknya pemuzik yang sekian lama mengumpul ‘jam terbang’, Konsert Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 berlangsung secukup rasa serta menjebak nostalgia hinggakan ramai yang hadir sulit “move on”, bak kata anak muda sekarang.

Dibawakan IFIX Entertainment, Zepp KL berfungsi pada kapasiti penuh malam itu. Tiada ruang kosong yang tersisa. 

Tam Spider
Tam Spider

Tidak menghairankan, kerana Spider antara kugiran tanahair yang berjaya menempati titik manis disegani angkatan pemuzik, memiliki ramai pengikut setia dan diperakui pengkritik.

Keluar membuka persembahan tanpa gimik keterlaluan tetapi kental dengan karakter muzik khas Spider - mengingatkan kepada awal kemunculan mereka di tengah lambakan pop Indo dan rock leleh. Yang pertaruhkan adalah melodi, lagu dan skill (serta sedikit keberanian). Bukan rahsia inilah kualiti yang membuatkan Spider relevan sehingga kini.

Maka rasanya kurang wajar Spider dilabel 'masih berbisa', kerana itu bukan persoalannya tetapi rentang waktu yang terlalu lama untuk pemuzik setaraf Spider beraksi dalam konsert tunggal berskala besar.

Pengalaman lebih 20 tahun, enam album studio penuh dan repertoire yang panjang menghasilkan setlist cerdas dan seimbang antara lagu pilihan peminat dan pada masa yang sama menguji kepiawaian mereka dalam bermuzik.

Dari pop rock ke balada hingga yang disuntik elemen ska lengkap dengan sokongan seksyen brass, kepuasan peminat dibayar lunas dan tuntas.  

Seperti dijanjikan, 21 lagu dipersembahkan dengan bertenaga dan pita suara gemersik Tam selaku vokalis bekerjasama sehingga akhir persembahan. 

Antara lagu dinyanyikan termasuklah Ajaib, Anti Graviti, Laukku Cukup Masin, Telinga Ke Tulang, Mabuk, Cinta Dewa Dewi, Kasih Latifah, Kacap Terlabik dan Aladdin dan Bila Nak Saksi dipilih sebagai encore.

Sukar rasanya menonton Spider tanpa mengenang Allahyarham Loloq apatah lagi lirik kritik sosial sinis khas gaya beliau yang banyak membentuk muzik Spider. Ketiadaan anggota asal Nafie yang tidak dapat bersama atas faktor kesihatan dan pemergian Tony turut dirasakan.

Rasa ralat meraikan malam keluar sarang tanpa formasi asal turut dizahirkan Tam, namun barisan terkini beri justifikasi tanpa hilang roh asal Spider. Selain Tam dan Aie (pemain dram), kumpulan yang berasal dari Johor itu kini dianggotai Pown (gitaris) dan Iss (bass).

Persembahan berdurasi hampir tiga jam ini juga seakan memberi erti baharu kepada bait lirik single pertama mereka “Naik bukit kasi pelan-pelan kayuh, baru ngam ho, orang panggil hero”. Penantian yang berbaloi.

Jadi Spider, selalu-selalulah keluar sarang, kerana konsert kali ini selain mengubat rindu peminat lama, pasti telah membuka gerbang pada peminat generasi baharu. Mahu di bawa ke mana Spider selepas ini? – Soraya J/BERNAMA

Foto: BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Spider 'Keluar Sarang' Live Di Kuala Lumpur Jun Ini

2

TARA 3 tahun yang lalu

“Beraksi Di Zepp KL Ibarat Pengubat Duka Saya” – Noh Salleh Akui Banyak Perkara Berlaku Dalam Hidupnya

3

Selebriti 5 tahun yang lalu

Tidak Sempat Raikan Ulang Tahun Spider ke-25, Tony Alberto Sudah Tiada

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang