Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 3:00PM

Gambar ihsan Netflix

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Darlings (Netflix)

Boleh tahan gila filem Alia Bhatt yang satu ini. Selepas menggegarkan penonton dunia dengan Gangubai Kathiyawadi, pelakon hebat ini kembali dengan Darlings. 

Dibintangi bersama antara lainnya, Shefali Shah dan Vijay Varma, filem ini menceritakan kisah Badru yang cantik tapi sering didera suaminya, Hamza si pemabuk. 

Badru cuba mencari jalan untuk ‘menginsafkan’ suaminya tetapi semuanya menemui kebuntuan. Filem komedi gelap ini sebenarnya tidaklah ringan seperti yang disangkakan. 

Penghujungnya pasti membuat penonton terbeliak mata dan menyedari bahawa keanehan keluarga Badru bukanlah hanya pada luaran. Ada rahsia dan trauma yang lebih gelap disebaliknya. Tontonlah dengan hati dan minda terbuka. – Ili Farhana 


Oija: Origin of Evil

Sempena bulan hantu mengikut kepercayaan masyarakat Cina, tak salah untuk kita berkongsi mood seram yang sama. 

Apa kata hujung minggu ini anda tonton cerita seram yang ada di Netflix seperti Oija: Origin of Evil. Kerana klasifikasi umurnya 13 tahun, jadi tahap keseramannya masih boleh diatasi. 

Berlatarkan tahun 1967, filem ini mengisahkan Alice Zander iaitu seorang janda yang tanpa sengaja mengundang satu semangat jahat atau syaitan ke tempat tinggalnya melalui permainan papan. 

Asalnya dia ingin memanggil arwah ayah Lina iaitu jirannya yang baru meninggal dunia.Tapi lain pula yang datang. 

Mereka jadikan permainan papan yang kononnya memanggil orang yang sudah meninggal sebagai satu bisnes. Namun apakan daya, ketika mereka terpanggil syaitan paling bahaya untuk datang, satu per satu kejadian ngeri menimpa mereka sekeluarga. Ikuti kisah seram mereka di Netflix. – Wafa Aula 


The Sandman - Netflix

Kisah fantasi yang diadaptasi dari buku komik hasil nukilan Neil Gaiman ini menceritakan tentang Morpheus, raja alam mimpi.

Beliau ditangkap dan dikurung selama 100 tahun sebelum berjaya melepaskan diri. Tetapi kebebasan yang dikecapi membawa kegembiraan yang tidak lama kerana ‘alam mimpi’ kawalannya semakin ‘mereput’ selepas lama tidak dijaga.

Ikuti perjalanan Morpheus untuk membina semula ‘alam mimpi’ dan menjaganya daripada dimusnahkan oleh satu ancaman baharu. - Faizal Salim

Munafik (Netflix)

Buat mereka yang sukakan filem seram, apa kata anda tonton filem Munafik arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof di Netflix.

Filem ini mengisahkan tentang ustaz Adam lakonan Syamsul Yusof yang terlibat dalam kemalangan dan kehilangan isteri dan anaknya. Namun dia sebenarnya menghidapi skizorfenia dan menganggap anaknya masih hidup tanpa menyedari bahawa anaknya juga telah terkorban dalam kemalangan tersebut.

Sementara itu, Maria sering diganggu makhluk halus di tempat kerja dan rumahnya. Maria tidak sebulu dengan ibu tirinya Zati yang sebaya dengannya. Pada satu hari Maria telah dirasuk dan ustaz Adam telah datang untuk merawatnya.

Pelbagai kejadian seram dan aneh berlaku dalam hidup Adam dan Maria yang akhirnya membawa kepada pembongkaran yang tidak disangka-sangka. – Helmi Anuar

The Umbrella Academy (Netflix)

Keluarga anda pelik? Mungkin anda perlu pertimbangkan semula maksud itu selepas menyaksikan sendiri ‘keluarga’ yang dibina Sir Reginald Hargreeves menerusi siri asli Netflix, The Umbrella Academy.

Pada Oktober 1989, 43 wanita di seluruh dunia melahirkan anak secara serentak. Menariknya, kesemua wanita ini tidak menunjukkan sebarang tanda kehamilan sebelum melahirkan. Tujuh daripada 43 bayi itu diambil oleh Sir Hargreeves, seorang industrialis hartawan pelik sebagai anak angkat. Beliau menubuhkan The Umbrella Academy bagi mempersiapkan anak-anaknya yang memiliki kuasa luar biasa ini untuk menyelamatkan dunia.

Langit tidak selalu cerah, keluarga adiwira Hargreeves mula berantakan ketika usia mereka menginjak dewasa memaksa The Umbrella Academy dibubarkan. Namun mereka kembali bersama apabila Sir Hargreeves meninggal dunia secara mengejut. 

Lebih menarik lagi, siri lakonan Aidan Gallagher, Elliot Page, Robert Sheehan, Tom Hopper dan Emmy Raver-Lampman ini berdasarkan koleksi komik dan novel grafik nukilan penyanyi utama My Chemical Romance, Gerard Way. Saksikan kesudahan siri menarik penuh kejutan, The Umbrella Academy hanya di Netflix. - Suzan Ahmad - Getaran, 20 Ogos 2022

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Politik 4 bulan yang lalu

Gelaran Munafik Berniat Jahat, Apakah PAS Mahu Jadi ‘Syaitan Yang Bercakap’?

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini