Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kembara Bakar Semula Semangat 80-an Di Konsert Kembara: Panorama Jingga

Membawakan 28 lagu, 'Konsert Kembara: Panorama Jingga (1444 Hijrah)' memperlihatkan tenaga dan kekuatan vokal M. Nasir yang cukup luar biasa.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 10:04PM

Tenaga M. Nasir cukup luar biasa sepanjang 'Konsert Kembara: Panorama Jingga (1444 Hijrah)' - Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanpa sebarang promosi yang gigih, siapa sangka kumpulan Kembara mampu mengumpulkan ramai peminat sewaktu mereka mengadakan Konsert Kembara: Panorama Jingga (1444 Hijrah) di Dewan Plenari, KLCC, baru-baru ini. 

Hampir padat dewan yang mampu memuatkan hampir 3,000 penonton itu apabila dibanjiri peminat-peminat setia kumpulan ikonik ini. Tidak pasti sama ada sebahagiannya adalah peminat Datuk M. Nasir yang merupakan vokalis utama pada malam itu, namun Kembara ternyata punya kekuatannya sendiri. 

Kekuatan itu pula terletak pada lagu-lagu mereka yang bergenre lagu rakyat dengan seni katanya yang berunsur puisi beserta dengan mesej-mesej yang cukup kuat dan dekat dengan kehidupan realiti era 80-an. 

Ya, Kembara telah membawa peminat-peminatnya mengembara semula ke era 80-an dan memutar semula segala kenangan mereka sewaktu membesar di zaman itu yang cukup nostalgik. 

Tidak hairanlah mengapa, Kembara yang dibarisi Datuk M.Nasir (vokal), Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard) pada malam itu membuka persembahan dengan tiga lagu yang menjadi penanda awal era 80-an iaitu 'Panorama Jingga', 'Tarian Hidup' dan 'Duit'.

Dalam kalangan peminat tegar, lagu 'Panorama Jingga' dan 'Tarian Hidup' memang terkenal. Tapi pada malam itu, 'Duit' lebih menarik perhatian penonton yang hadir. 

Barangkali kerana lagunya rancak dan lagu itu juga lebih mesra di telinga mereka kerana pernah dirakamkan semula penyanyi lain seperti Datuk Hattan. 

Selepas tiga lagu tersebut, M. Nasir memberitahu bahawa muzik Kembara juga tidak lari daripada dipengaruhi pelbagai unsur genre muzik yang lain seperti reggae, blues dan new wave. 

Warna muzik Kembara yang pelbagai dijelaskan lagi dengan persembahan lagu-lagu seperti 'Rindu', 'Kepadamu Kekasih', 'Dimanakah Dikau' dan 'Rozita'. 

'Kepadamu Kekasih' versi asal Kembara yang dinyanyikan M. Nasir ini memang tidaklah seperti versi Hattan tetapi ia juga penuh dengan soul dan cukup mengesankan sehingga membuatkan teman di sebelah mengalirkan air mata. 

“Dia nyanyi lagu ini sampai aku rasa dekat dengan Tuhan,” katanya dengan air mata yang masih berlinang di pipi. 

Adik M. Nasir, Zoul turut melantunkan suaranya untuk lagu 'Putar Alam' dan 'Bakawali'. Kembara meneruskan persembahan dengan lagu 'Perwira' dan 'Gadis Berpurdah Hitam'. 

Zoul melantunkan suaranya untuk lagu 'Putar Alam' dan 'Bakawali'
Zoul melantunkan suaranya untuk lagu 'Putar Alam' dan 'Bakawali'

Sempat juga M. Nasir menyelitkan lawak bahawa tema lagu itu agak 80-an dan kalau mereka menghasilkan lagu seperti itu sekarang, ia mungkin tidak kena. 

“Sekarang kalau kita buat lagu ini, orang akan kecam kita,” katanya disambut dengan hilai tawa penonton. 

Memang M. Nasir cuba untuk berkomunikasi banyak dengan penonton pada malam itu. Ada yang kedengaran canggung apabila dia seolah-olah seperti kehilangan kata-kata dan ada juga yang menjadi. 

Dan, dia juga memberitahu bahawa mereka turut mendedikasikan sebuah segmen khas buat Allahyarham komposer A. Ali yang merupakan anggota asal kumpulan ini. Selain menyanyi, A. Ali juga turut mencipta lagu untuk Kembara. 

Lagu-lagu yang dinyanyikan M Nasir di dalam segmen ini, 'Ada Sepasang Mata', 'Di Perhentian Puduraya', 'Impian Seorang Nelayan' dan 'Kiambang' adalah ciptaan Allahyarham

Semangat 80-an terus membara dengan lagu-lagu seperti 'Buta Kerana Cinta', 'Kutu', 'Kolar Biru', 'Impian Anak Jalanan', 'Mencurah Janji Di Daun Keladi', 'Kupu-Kupu', 'Musim' serta lagu kegemaran ramai yang dimedleykan iaitu 'Keroncong Untuk Ana' dan 'Keroncong Untuk Ana 2'. 

Lagu 'Kupu-Kupu' membawa penulis tenggelam dalam dunia new wave 80-an. Susunan muzik cukup baik sekali dan M. Nasir menyampaikan lagu ini dengan vokal yang cukup padu. 

Saat itulah penulis menyedari bahawa setelah hampir berbelas lagu, beliau tidak langsung nampak penat, tidak meneguk air dan berhenti untuk menukar dua tiga baju. Malah, baju yang sama dipakai dari awal hingga akhir persembahan. Tenaga dan kekuatan vokalnya cukup luar biasa. 

Konsert Kembara turut dimeriahkan dengan kemunculan penulis dan penyajak, Pyan Habib yang juga dikenali sebagai Osman Tikus seperti mana wataknya dalam filem Kembara Jalanan

Penyajak ternama, Pyan Habib
Penyajak ternama, Pyan Habib

Sebaik sahaja Pyan selesai membawa puisinya itu, M. Nasir terus membawakan lagu 'Balada Osman Tikus', 'Siapa Orang Kita', 'Rupa Tanpa Wajah', 'Harapan Terakhir' dan 'Sesat Di Kuala Lumpur'.

Lagu-lagu ini ada juga terselit kritikan-kritikan sosialnya dan bayangkan, walaupun ia mungkin sudah pun berusia lebih 10 tahun atau lebih lama daripada itu tapi masih relevan dengan suasana dan keadaan pada hari ini. 

Tidak kiralah sama ada dengan dunia politik atau lain-lain, sikap segelintir manusia memang rakus. Namun kisah mereka tidak disampaikan oleh Kembara dengan cara atau gaya yang terlalu ‘rebel’ dan 'marah' seperti mana lagu rock atau genre subbudaya rock yang lain, tetapi penuh hemah dan santun, namun cukup menjentik di kalbu. 

Penonton tidak lagi duduk selepas Kembara membawakan lagu encore 'Ekspress Rakyat', 'Hati Emas', 'Perjuangan' dan 'Gerhana'. 

Sehingga disedari M Nasir sendiri bahawa penonton-penontonnya lebih gemarkan lagu yang rancak supaya mereka dapat menari.

Lalu, apakah setiap lagu-lagu yang Kembara sampaikan di awal tadi itu hanya sekadar hiburan atau mampu diserap untuk santapan jiwa dan pemikiran mereka? – Getaran, 14 Ogos 2022

Gambar: Shiraz Projects Sdn Bhd

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Selebriti 4 minggu yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City