Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Minggu ini, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 9:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The Dictator (Netflix)

The Dictator ialah sebuah filem satira politik yang ditulis dan dibintangi oleh pelakon, pelawak dan penerbit, Sacha Baron Cohen, arahan Larry Charles.

Di dalam filem komedi ini, Sacha memegang watak Admiral General Aladeen, seorang diktator sebuah negara fiksyen bernama Republik Wadiya.

Semasa Aladeen melawat Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, dia telah diculik oleh pegawai keselamatannya sendiri atas arahan bapa saudaranya, Tamir Aladeen (Ben Kingsley) yang ingin merampas tahta pemerintahan.

Aladeen kemudiannya terlepas daripada percubaan pembunuhannya itu tadi dan secara kebetulan terjumpa dengan seorang wanita baik hati dan aktivis hak asasi manusia, Zoey (Anna Faris) yang membantunya tanpa syak wasangka.

Bagaimanakah nasib Aladeen selepas ini? Mampukah dia selamat sebagai seorang rakyat biasa? Adakah Aladeen akan jatuh cinta dengan Zoey? Adakah Republik Wadiya mampu diselamatkan Aladeen oleh rancangan jahat Tamir? Saksikan di Netflix! – Zaidi Che

 

Liar Liar (Netflix)

Sebuah filem komedi intelektual berkisahkan tentang seorang peguam bernama Fletcher Reede (Lakonan Jim Carrey) yang popular dengan kehebatannya memenangi kes-kes kendaliannya. Dia sanggup menggunakan apa saja cara untuk menipu dan memanipulasikan maklumat kes anak guamnya supaya didapati tidak bersalah dan mendapat kemenangan. 

Suatu hari, anak lelaki Fletcher berdoa pada hari jadinya dan memohon supaya bapanya tidak berbohong untuk tempoh satu hari sahaja. Akhirnya doa tersebut makbul dan pada keesokan harinya Fletcher langsung tidak boleh bercakap perkara yang tidak benar.

Kebetulan pada hari tersebut adalah hari penting untuk dia membicarakan kes anak guamnya di mahkamah. Pelbagai cara yang dilakukan untuk menanguhkan tarikh perbicaraan tersebut sehingga dia dapat berbohong di dalam mahkamah.

Filem arahan Tom Shadyac dan ditulis oleh Paul Guay and Stephen Mazur ini ditayangkan pada 1997 dan kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix. – Izwan Ramlan

 

Why the Menendez Brothers Say They Killed Their Parents (YouTube)

Pada 20 Ogos 1989 berlaku sebuah kes jenayah cukup mengerikan di sebuah rumah agam di Beverly Hills, apabila dua beradik Lyle Menendez, 21, dan Erik Menendez, 18, telah membunuh ibu bapa mereka, Jode dan Kitty dengan kejam sekali.

Dengan menggunakan ‘shotgun’, Lyle dan Erik bukan hanya setakat membunuh dengan kejam tetapi juga turut melakukan kerosakan pada kedua-dua tubuh badan ibu bapa mereka sehingga bentuk fizikal mereka tidak dikenali.

Pembunuhan yang cukup kejam dan mengerikan ini telah meraih perhatian di kalangan seluruh masyarakat Amerika.

Apakah yang menyebabkan kedua-dua beradik ini melakukan pembunuhan tersebut, sedangkan mereka menjalani kehidupan yang indah dan sempurna menerusi kekayaan yang dibina bapa mereka.

Daripada seorang pekerja imigran dari Cuba yang mencuci pinggan, Jose telah berjaya menaiktaraf kehidupan dirinya sekeluarga dengan menjadi eksekutif filem di Hollywood sehingga mampu menetap di rumah agam di California.

Bahkan menghantar Lyle dan Erik untuk mendapatkan pendidikan di sekolah swasta, membayar untuk sesi latihan tenis dan bermacam lagi. Jadi, apakah kisah di sebalik pembunuhan ini? Saksikan Why the Menendez Brothers Say They Killed Their Parents bahagian 1 dan 2 di YouTube. - Ellyna Ali

 

His House (Netflix)

Filem yang boleh dikategorikan dalam genre misteri, seram dan thriller ini boleh ditonton pada hujung minggu ini jika anda adalah salah seorang peminat.

His House yang mendapat rating Tomatometer 100% di platform ulasan filem Rotten Tomatoes ini arahan Remi Weekes berdasarkan cerita oleh Felicity Evans dan Tobu Venables. 

Diterajui oleh Matt Smith, Wunmi Mosaku, dan Sope Dirisu, filem ini mengisahkan tentang pasangan pelarian dari Sudan Selatan yang cuba membina hidup baru di Eropah, namun satu demi satu perkara pelik berlaku di kediaman mereka.

Malah, ia turut menjejaskan perkahwinan mereka. Selain itu, filem ini turut meraih anugerah di British Academy Film Awards 2021 untuk kategori ‘Outstanding Debut by a British Writer’ dan pencalonan untuk kategori ‘Best Leading Actress’ dan ‘Outstanding British Film of the Year’ - Rahayu MN - Getaran, 13 Ogos 2022


 

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini