Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Betulkah Diva AA-Azwan Ali Sudah Berdamai Dengan Azza Elite?

Azwan juga turut mengimbas semula tentang zamannya menjadi penerbit Melodi pada era 80-an sewaktu Ogy Ahmad Daud bertindak sebagai hos program itu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 8:13PM

Diva AA sedang asyik bercerita tentang pengalamannya menerbitkan Melodi dan kini 'dikejar' Melodi - Gambar oleh Syeda Imran

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun pernah menjadi penerbit Melodi pada era 80-an, namun Diva AA, Azwan Ali juga tidak terlepas lari daripada menjadi buruan program hiburan yang memaparkan kandungan berita  gosip serta kisah-kisah panas dan sensasi tentang dunia hiburan dan selebriti tempatan itu. 

Semuanya gara-gara ‘mulut puaka’ dan kelancangannya menghamburkan kata-kata sumpah-seranah tentang hal-hal yang menjentik dirinya termasuk tentang isu penghantaran sejadah melibatkan Azwan dan Azza Elite. 

Gara-gara sejadah yang ditempahnya daripada anggota Elite itu tidak diterima dalam tempoh seminggu, Azwan telah memuatkan posting di IG menyuarakan rasa tidak puas hatinya tentang hal tersebut.  

Kedua-dua selebriti ini telah menggunakan media sosial Instagram untuk meluahkan perasaan sehingga membuatkan Melodi terpanggil untuk menemukan mereka berdua.  

Apabila ditanya bagaimana perasaanya apabila dikejar program hiburan tersebut,  Azwan tertawa sambil berkata bahawa Melodi memang ‘dahsyat’. 

“Bayangkan pada usia 56 tahun ini saya dikejar Melodi kerana isu Azza Elite ini dan mereka mahu menemukan saya dengan dia. 

“Saya tanya balik kepada penerbitnya iaitu Michelle Wee, adakah Azza akan berada di dalam segmen ini. Bukan saya takut dengan dia. 

“Tapi yalah, benda ini tengah panaskan, kita tak naklah Azza rasa tidak selesa. Kalau dia tidak mahu, tidak apa. Tapi, apa yang memeranjatkan saya, Azza juga ada. Jadi saya cakap okey, saya juga ada. 

“Dan, ini bukan soal isu profesionalisme ya. Tapi, saya mahu masyarakat mengambil kes ini sebagai iktibar,” katanya. 

Begitupun, Azwan mengakui bahawa detik-detik hendak ditemukan dengan Azza itu terselit rasa gusar di hatinya.

“Pernah tak kau tengok orang terkincit?  Macam itulah keadaan saya. Hampir nak terkincit rasanya. Walaupun saya ini jenis ‘bung bang bung bang’, tapi hakikatnya rasa nak terkincit itu tetap ada. 

“Bukan apa, situasi kawasan lokasi penggambaran Melodi itu dibuat di kawasan Azza Elite. Tentulah, saya rasa cuak dan kebimbangan itu semua ada. 

“Tapi, Alhamdulillah berkat doa semua, ia adalah salah satu rakaman yang sukses. Jadi, ada tanda-tanda damaikah? 

Korang semua kena tengoklah Melodi hujung minggu nih. Bahagian dua tau. Kau ada? TV3 bagi dua. Ada bahagian satu dan ada bahagian dua. Macam drama Samarinda. Kelas tak?” katanya. 

"Azwan Ali lah penerbit Melodi pertama yang mengkarakterkan Ogy. Minggu ini dia jadi orang gila, minggu satu lagi dia jadi ala-ala Puteri UMNO" - Gambar Syeda Imran
"Azwan Ali lah penerbit Melodi pertama yang mengkarakterkan Ogy. Minggu ini dia jadi orang gila, minggu satu lagi dia jadi ala-ala Puteri UMNO" - Gambar Syeda Imran

Ditanya tentang perubahan Melodi dahulu dan sekarang, Azwan terus-terang memberitahu, bahawa Melodi sekarang tidak sama dengan Melodi yang dahulu. 

“Sengatnya seperti sudah kurang. Saya tidak tahu. Tapi, saya pasti ia bukan disebabkan pengacara atau perkara lain. 

“Tapi mungkin, orang dah rasa muak kot. Sebab dah lama sangat program tu. Tapi, sebagai bekas penerbit Melodi zaman Ogy Ahmad Daud, saya ingin memberitahu, bagilah mereka ruang. 

“Kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa-masa akan datang dan dengan semangat yang kita berikan kepada Melodi, ia masih mampu bertahan. Itu soalnya. 

“Tak kisahlah orang cakap apa pada pasukan Melodi dan Michelle sekali pun. Jangan patah semangat. Itu permintaan Diva AA.

“Kena berusaha lagi dengan gigih. Cari bahan-bahan panas dan soalan berani mati. Tak kisahlah kalau reporter baharu sekali pun yang kerja,” katanya lagi. 

Mengulas tentang penglibatannya sebagai penerbit Melodi suatu ketika dahulu, Azwan mengakui, ada di antara netizen yang tidak pernah menonton program hiburan itu waktu Ogy Ahmad Daud menjadi pengacaranya. 

“Rata-rata mereka ni belum beranak lagi. Yang menonton video atau membaca Getaran juga sama, mereka ini dari kalangan generasi mudah dan baru sahaja hendak dilahirkan. 

“Tapi, kalau hendak tahu tentang penglibatan saya sebagai penerbit Melodi, Google sajalah. Zaman-zaman itu, Ogy Ahmad Daud pun masih belum bertudung,” katanya 

Azwan turut mengimbas kehebatan dan kepetahan Ogy Ahmad Daud mengendalikan Melodi pada ketika itu. 

“Hendak diikutkan Ogy bukanlah apa sangat. Tapi dia memang terlalu hebat dan saya sentiasa ketawa apabila mengarahkannya sepanjang program tersebut.

“Dan, Azwan Ali adalah penerbit Melodi pertama yang mengkarakterkan Ogy. Minggu ini dia jadi orang gila. Kau pernah tengok kan episod dia jadi orang gila dengan Salleh Yaacob. 

“Contoh, tiba-tiba minggu satu lagi dia jadi ala-ala Puteri Umno dengan tudung dan sarat gelang di tangan.

“Bahkan, dia pernah menjadi Marilyn Monroe dengan berambut palsu dan bertahi lalat di pipi. Saya takkan lupakan Ogy Ahmad Daud. Dia sangat bagus. Dia betul-betul menggeletes.

“Satu kebanggaan saya juga ketika itu adalah apabila sebusuk mana pun sesuatu bahan kandungan itu, tapi saya belum pernah lagi di saman mana-mana pihak,” katanya. 

Tentang kandungan-kandungan berita Melodi yang dipaparkan pada zaman itu, Azwan juga mengakui bahawa sebaik sahaja bangkit daripada tidur, dia sudah memiliki 15  bahan kandungan untuk program tersebut. 

“Ada yang diperolehi daripada pemberi maklumat dan ada juga yang kita cari sendiri. Maknanya sebelum sampai ke TV3, kita sudah ada bahan-bahan itu di kepala sampai nak menulis pun tak sampat,” katanya.  

Segala perkembangan tentang Diva AA – Azwan Ali boleh diikuti menerusi platform media sosialnya, Instagram (@divaaavazztersohor1), Twitter (DivaAATersohor), Facebook (Divas Azwan Ali ) dan TikTok (divaaa2023). - Getaran, 13 Ogos 2022 

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

Anggap Kemelut Yang Menimpa Awesome TV Satu Kifarah - Azwan Ali Bengang Bintang Lagenda Norlia Ghani Diperlekehkan

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Keunikan Malaysia Yang Membentuk Diri Saya Menjadi Sepertimana Hari Ini - Michelle Yeoh

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Isu Tuntutan Tak Masuk Akal Dan Dianiaya Awesome TV, Ayu Puteh Sudah Bawa Ke Pihak Menteri

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini