web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasangan Pesara Cipta Replika Meriam Jalur Gemilang Tepi Sawah Padi

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 12:00PM

Zahari bersama isteri Tuan Tah Tuan Yeh giat menghiasi replika meriam dibaluti dengan Jalur Gemilang ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Kubang Bongor Melor di sini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Walaupun hampir 40 tahun bersara sebagai tentera, Zahari Abdullah tetap bersemangat untuk menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan mencipta replika meriam menggunakan Jalur Gemilang dan meletakkannya di tepi sawah padi berdekatan rumahnya.

Menariknya, usaha itu bukan sahaja dilakukan bersendirian malah pesara berusia 70 tahun itu turut dibantu isterinya Tuan Yah Tuan Yeh, 63, yang juga pesara jururawat.

“Idea saya dan isteri untuk buat replika ini sentiasa ada apabila masuk Bulan Kebangsaan sebagai contoh tahun lepas, kami buat replika wau bulan.

“Jadi untuk tahun ini, kelainan yang kami cuba tampilkan adalah mereka cipta replika meriam menggunakan bahan-bahan terpakai dengan dihiasi Jalur Gemilang untuk diletakkan di tepi sawah padi dekat rumah saya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya dekat Kampung Kubang Bongor Melor, di sini, baru-baru ini.

Zahari yang berkhidmat selama 13 tahun dalam bidang ketenteraan berkata antara bahan terpakai yang digunakan ialah tayar, buluh, kayu papan lapis dan besi bagi membentuk meriam serta membalutnya dengan Jalur Gemilang.

“Usaha ini akan terus dilakukannya bersama isteri untuk memupuk semangat cintakan tanah air terutama kepada generasi kini.

“Kalau bukan kita siapa lagi yang mahu lakukan kepada generasi sekarang. Walaupun mereka ini tidak pernah hidup zaman penjajah tetapi semangat kibarkan Jalur Gemilang perlu disemai dalam jati diri anak-anak muda,” katanya yang membelanjakan RM700 untuk membeli Jalur Gemilang.

Sementara itu, Tuan Yah mencadangkan supaya pihak kerajaan dan agensi terus mempergiatkan aktiviti untuk menyemarakkan Bulan Kebangsaan ini.

“Kalau boleh jangan tunggu Bulan Kebangsaan sahaja baru nak adakan pertandingan atau aktiviti.

“Setiap bulan perlu wujudkan program-program yang boleh menyemai semangat cintakan negara,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

'Kampungku' Untuk Kesejahteraan Warga Tua, Pesara

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

SK Rapat Setia Sekolah Pertama Dalam Bandar Tanam Padi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penjawat Awam Kelantan Terima Bantuan Khas RM300

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini