Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SK Rapat Setia Sekolah Pertama Dalam Bandar Tanam Padi

Teknovasi Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 10:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH  - Ingin mencipta kelainan serta memupuk minat murid terhadap bidang pertanian menjadi faktor utama merealisasikan hasrat warga Sekolah Kebangsaan
(SK) Rapat Setia membangunkan projek penanaman padi dalam kawasan sekolah itu.

Guru Besar SK Rapat Setia Nor Hizan Abd Jalil berkata projek penanaman padi yang dijenamakan sebagai ECORISE SKSR itu tercetus sejak awal Jun tahun lepas melalui perbincangan bersama melibatkan semua guru.

"Pada asalnya, kawasan (keluasan 0.006 hektar) yang kami bangunkan dengan projek (padi) ini adalah kawasan berair dan agak terbiar. la sedikit sebanyak merunsingkan kami dan bagi memastikan ia (kawasan) dioptimumkan, maka kami buat sedikit kajian tentang tanaman yang sesuai dengan kawasan berair.

"Kami dapati tanaman padi adalah antara yang sesuai. Kami sepakat dan buat kertas kerja untuk tarik perhatian pihak tertentu membantu sekolah untuk projek ini, katanya ketika ditemui BERNAMA di SK Sungai Rapat, di sini.

Terdahulu projek ECORICE SKRS yang merupakan modul dalam pelaksanaan program Kemahiran Melalui Rekabentuk (KMR) dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak Datuk Mohamad Fauzi Mahson pada 16 November tahun lepas.

la juga merupakan projek penanaman padi dalam sekolah bandar yang pertama dilaksanakan di Malaysia.

Nor Hizan berkata inisiatif yang digerakkan itu akhirnya membuahkan hasil apabila Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) bersetuju untuk menjalinkan kerjasama bagi menjayakan projek tersebut.

Melalui jalinan tersebut, beliau berkata Perak SADC telah membiayai sepenuhnya projek berkenaan melalui pembekalan pelbagai kemudahan seperti kotak tanaman, benih padi, khidmat nasihat dan sebagainya

"Selain itu, Perak SADC melalui pegawai mereka kerap datang ke sini untuk melihat kemajuan (projek) serta pada masa yang sama beri nasihat tentang keperluan serta tatacara dalam mengendalikan projek ini.

"Untuk pusingan pertama tanaman ini, mereka (Perak SADC) akan bantu secara keseluruhan iaitu daripada penyediaan benih hingga proses penuaian nanti. Selepas itu, barulah kami yang akan mengendalikan keseluruhan projek," katanya.

Mengulas lanjut berkenaan projek tersebut, Nor Hizan berkata 15 kotak tanaman padi disediakan di kawasan itu dan dijangkakan pengeluaran hasil mampu mencecah hingga 150 kilogram (kg) untuk pusingan pertama yang diramal memasuki fasa penuaian pada penghujung Mac ini.

"Untuk tuaian hasil pertama ini mungkin kami nak buat kenduri melibatkan semua warga sekolah. Kami nak semua merasainya. Untuk pusingan seterusnya, mungkin kami boleh jual kepada masyarakat setempat untuk jana pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah," katanya.

Selain itu, katanya kewujudan projek ini juga banyak memberi implikasi positif terutama dalam memupuk minat murid mendalami ilmu berkaitan bidang pertanian sejak dari awal.

"la bukan sekadar beri peluang kepada mereka (murid) melihat secara dekat proses penanaman padi. Sebaliknya, ia sebagai satu daripada cara untuk mereka meneroka ilmu baharu selain kemahiran bertanya dan mengumpul data serta menjana idea yang signifikan," katanya.

Ditanya perancangan dan hala tuju projek tersebut pada masa hadapan, Nor Hizan berharap ia akan dikekalkan selain menjadi perintis kepada sekolah lain untuk mencuba pendekatan sama.

Sementara itu, bagi murid Qaseh Insyirah Mohd Efendi, 11, berkata kewujudan projek berkenaan memberi peluang kepada dirinya untuk melihat dengan lebih dekat proses penanaman padi.

"Kami juga bantu cikgu untuk pantau pertumbuhan padi tersebut. Kalau ada serangga atau ulat yang ganggu kawasan padi itu kami akan laporkan pada cikgu," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Suami Ugut, Dera Isteri Dengan Lilin Dicekup Polis

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN