web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda Miliki 10 Tahun Pengalaman Mendaki - Suami

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2026 8:16PM

Gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ТАРАН - Wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, merupakan seorang pendaki yang cukup berpengalaman.

Suami mangsa Haszman Othman, 61, berkata Jaslinda sememangnya meminati aktiviti mencabar dan berpengalaman tidak kurang daripada 10 tahun dalam mendaki gunung.

"Kalau mengikut rekod Jabatan Perhutanan, isteri saya akan mendaki gunung ini lagi pada hujung bulan ini," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh hari ini.

Haszman berkata isterinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta telah bertolak dari kediaman mereka di Damansara, Selangor pada Jumaat lepas bagi menyertai pendakian berkenaan bersama-sama dua rakannya.

"Dua rakan isteri telah selamat turun dan pulang ke rumah masing-masing. Saya sekarang tengah bimbang sebab isteri masih belum dijumpai dan operasi mencarinya masih giat dijalankan," katanya.

Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Beliau dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung yang kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi semalam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Sindiket Pelacuran Disyaki Beroperasi Di Hotel 3 Bintang Diserbu, 8 Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar