web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengalaman Gastronomi Hujung Minggu Di The Ritz-Carlton, Langkawi

Manjakan diri dan lidah dengan santai hujung minggu sambil nikmati pengalaman gastronomi mewah di The Ritz-Carlton, Langkawi.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 8:04PM

Antara sajian mewah yang disediakan oleh Chef Deepanker Khosla - Gambar ihsan The Ritz-Carlton, Langkawi

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik buat pencinta makanan di luar sana, bermula dari 19 Ogos hingga 20 Ogos 2022, The Ritz-Carlton, Langkawi akan mempersembahkan pengalaman gastronomi inovatif pada setiap hujung minggu.

Acara kulinari ini akan menampilkan pakar-pakar kulinari yang terkenal dengan kehebatan masing-masing. 

The Beach Grill (kiri) dan Hai Yan (kanan) di The Ritz-Carlton, Langkawi
The Beach Grill (kiri) dan Hai Yan (kanan) di The Ritz-Carlton, Langkawi

Jadi, seandainya anda berada di Langkawi atau sedang menikmati sebuah percutian hebat di Pulau Legenda ini pada tarikh-tarikh berkenaan, panjangkanlah langkah anda ke hotel bertaraf lima bintang ini.

Manjakan lidah dengan santapan memikat selera daripada Chef Deepanker Khosla, cef jemputan dari restoran mewah yang terkenal di Bangkok, Haoma dan Chef Johnson Wong dari Gēn 根, Pulau Pinang.

 

Masakan Neo-India di The Beach Grill

Masterchef dan pemilik bersama restoran mewah di Bangkok, Haoma, Chef Deepanker Khosla akan mempersembahkan masakan istimewanya yang terkenal, Neo-India buat kali pertama di Langkawi. 

 Chef Deepanker Khosla
Chef Deepanker Khosla

Haoma merupakan restoran ‘urban-farm’dan restoran sifar sisa yang pertama di Thailand, terletak  tengah-tengah kota Bangkok. Dengan semangat untuk mempersembahkan sajian yang lazat, berkhasiat dan lestari, restoran ini menggunakan bahan-bahan tempatan dalam setiap resipi ciptaannya.

Konsep menjamu selera di sini berdasarkan idea mudah, untuk menyajikan makanan yang nampak lazat, rasanya enak dan membuatkan orang berasa seronok.

Restoran Haoma telah memenangi beberapa anugerah di Thailand. Chef Deepanker sendiri, juga telah menerima Champions of Change Award untuk Restoran 50 Terbaik Dunia 2021.

Pada 19 dan 20 Ogos, Chef Deepanker akan memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai lima hidangan masakan khas Neo-Indian yang berharga RM580 bersih untuk seorang.

Salah satu sajian yang bakal dihidangkan di The Beach Grill
Salah satu sajian yang bakal dihidangkan di The Beach Grill

Persampelan menu termasuk Green Pea Pops dengan kentang, dhal, pudina dan asam jawa, Chicken & Yoghurt Kebab dengan keju kotej, yogurt Yunani dan chutney kacang, Pullisery Bisque dengan udang karang, sup tomato dan adas, serta dua hidangan utama yang dikongi bersama, Baby Lamb Rogan Josh dan Baked Local Fish, Lamb Marrow Curry.

Untuk pencuci mulut, pengunjung akan disajikan dengan Lentil and Caviar dengan yogurt jageri, sorbet mangga dan sarang lebah (honeycomb).

 

Sajian cita rasa Malaysia di Hai Yan

Chef Johnson Wong dari Gēn 根, Pulau Pinang akan mengambil alih dapur Hai Yan untuk menyajikan masakan Malaysia moden yang diilhamkan daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.

Chef Johnson Wong
Chef Johnson Wong

Restorannya di Pulau Pinang hanya menumpukan penggunaan hasil dan bahan-bahan masakan Malaysia yang paling segar. Gēn 根 disenaraikan di tempat ke-92 dalam senarai 100 Restoran Asia Terbaik.

Aged Pumpkin Flower Crab
Aged Pumpkin Flower Crab

Hidangan istimewa pada 19 dan 20 Ogos 2022 terdiri daripada lima hidangan berharga RM580 bersih seorang. Sesi menjamu selera akan dimulakan dengan hidangan kreatif yang terdiri daripada T’lur caviar, skipjack tuna, cili hijau, bunga kantan, udang harimau, rambutan, buah kulim, telur ikan dan grey mullet; Aged Pumpkin Flower Crab, White Peppercorn Pomfret, Aged Duck Roselle dan pencuci mulut menyegarkan, termasuk nanas, kicap dan cili, strawberi, buah pelaga, pisang mawar, gula Apong dan kayu manis. - Getaran, 6 Ogos 2022

Isu Pada

Cantik Di Mata, Memikat Selera

06 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini