web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Minggu ini, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 8:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memories of Murder (Viu)

Memories of Murder adalah antara filem terawal Bong Joon Ho, pengarah filem Parasite. Ceritanya secara kasar diadaptasi dari sebuah kisah pembunuhan bersiri di Korea Selatan. 

Berlatarbelakangkan sebuah bandar kecil di negara itu, tiga anggota polis menyiasat kes rogol dan pembunuhan wanita yang hanya terjadi pada hari hujan. Ketiga-tiga anggota polis ini mempunyai teknik bekerja dan menyebabkan terjadi banyak pergaduhan antara mereka. 

Semakin hari, jumlah mangsa semakin bertambah tetapi dek kurangnya bantuan teknologi, bahan-bahan bukti yang dikumpulkan tidak dapat disahihkan untuk menuduh suspek yang ada. 

Filem yang dibintangi Song Kang-ho dan Kim Sang-kyung ini dikatakan antara filem terbaik sepanjang zaman di Korea Selatan. Wajib tonton, terutamanya jika anda meminati filem penyiasatan. - Ili Farhana

 

‘Lupin’ (Netflix)

Sejak kecil lagi Assane Diop cukup terinspirasi dengan karakter Arsene Lupin, seorang pencuri yang licik namun budiman dari sebuah naskhah fiksyen nukilan Maurice Leblanc. 

Hidupnya cukup terduga apabila bapanya yang difitnah sebuah keluarga kaya-raya, membunuh diri ketika di penjara. 

25 tahun berselang, Assane bertekad untuk membersihkan nama bapanya dan membawa penjenayah sebenar ke muka pengadilan dengan berselindung di sebalik karakter Lupin yang licik lagi budiman.

Saksikan lakonan hebat Omar Sy, Ludivine Sagnier, Clotilde Hesme dan ramai lagi dalam siri original 10 episod Lupin hanya di Netflix.  - Suzan Ahmad

 

The Witch Part 1: The Subversion (iQIYI)

Ketika ini sekuel The Witch Part 2: The Other One sedang ditayangkan di pawagam. Namun begitu, bagi memahami konflik cerita arahan Park Hoon-jung ini secara menyeluruh. Getaran ingin mengajak anda menonton filem pertama sekuel ini yang ditayangkan di platform menstriman iQIYI. 

Ia mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah bernama Ja-yoon yang hilang ingatan. Dia dijaga oleh sebuah keluarga miskin di perkampungan. Namun begitu, Ja-yoon memiliki keistimewaan seperti sangat pintar dan boleh mengapung barang hanya melalui fikirannya.

Bagi memberikan sejumlah wang kepada keluarga, dia kemudian menyertai sebuah rancangan pencarian bakat.

Selepas terkenal Ja-yoon diburu oleh sekumpulan pembunuh. Rupanya dia merupakan salah satu daripada bahan uji kaji makmal. Tidak mahu memberikan spoiler, anda harus menyaksikan sendiri cerita aksi ini sendiri.

Bonus tambahan, inilah cerita pertama yang menemukan Kim Da-mi dan Choi Woo-shik! - Wafa Aula

 

‘Risik Pada Hati’ ( Disney Hotstar+ Malaysia)

‘Risik Pada Hati’ drama rantaian yang dibintangi oleh Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya ini memang mendapat sambutan hebat dari penonton drama Melayu sewaktu ditayangkan di TV3. 

Bagi anda yang ketinggalan untuk menonton di TV, anda boleh tonton kesemua episod drama ini di Disney Hotstar+ Malaysia. 

Drama ini mengisahkan Hayfa lakonan Ummi Nazeera yang meminta supaya suaminya Adam lakonan Alif Satar untuk berkahwin lain kerana dia tidak mampu memberikan zuriat. Adam akhirnya menikahi Aisya lakonan Zara Zya dan mereka dikurniakan cahaya mata. 

Namun konflik mula berlaku apabila Hayfa merasakan suaminya memberikan perhatian yang lebih kepada Aisya. 

Apakah yang akan berlaku dalam hubungan mereka bertiga? Dapatkan Hayfa bertahan dari rasa cemburu yang mendalam? Mampukah Aisya membahagiakan suaminya dan menjaga hati madunya? 

Saksikan drama menarik ini di Disney Hotstar+. - Helmi Anuar

Isu Pada

Cantik Di Mata, Memikat Selera

06 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh