Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


11 Personaliti Wanita TV3 Ini Cukup Berwibawa, Hebat Dan Berpengaruh Besar

Kehebatan dan kewibawaan mereka sebagai penyampai berita mahupun pengacara untuk sesebuah program cukup diingati serta memiliki aura serta gaya penyampaian tersendiri.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 8:00PM

Normala Samsudin, Ras Adiba Radzi dan Zalina Azman - Gambar Instagram Normalas Samsudin dan gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suatu ketika dahulu, stesen televisyen TV3 banyak melahirkan personaliti TV wanita yang hebat, berwibawa dan penuh kredibiliti, sama ada sebagai penyampai berita mahupun pengacara untuk program berkonsep majalah serta rancangan bual bicara atau dokumentari. 

Kehebatan dan kewibawaan mereka cukup diingati kerana mereka bijak menyampaikan maklumat serta mampu menguasai kemahiran dari sudut cara penyampaian, dan sebutan dengan artikulasi dengan baik.

Bahkan, setiap mereka juga punya aura, kredibiliti serta trademark cara penyampaian unik sehingga mampu mengumpul kelompok peminat mereka sendiri. 

Pengaruh dan kehebatan yang dimiliki wanita-wanita ini bukan calang-calang besarnya dan tidak hairanlah mengapa sehingga kini, nama personaliti-personaliti ini terpahat sebagai antara yang terbaik yang pernah dilahirkan stesen televisyen tersebut. 

Siapa mereka? Ikuti senarai Getaran ini.

 

Wan Zaleha Radzi 

Inilah sebenarnya personaliti pertama yang mula mencetuskan fenomena yang cukup dahsyat dalam dunia penyiaran TV. 

Cantik dan bijak, lasak tetapi feminin, Wan Zaleha memiliki semua kriteria ini. Bahkan, dia mampu menguasai penyampaian berita dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan cukup baik. 

Wan Zaleha juga adalah pengacara pertama 'Majalah 3', iaitu sebuah program majalah yang mengangkat pelbagai isu semasa, isu kemasyarakatan dan juga gaya hidup. 

Dek kehebatan, kewibawaan dan kebijaksanaan mengendalikan 'Majalah 3' dengan gaya penyampaiannya tersendiri, ramai gadis-gadis muda yang ketika itu bercita-cita mahu menjadi seperti Wan Zaleha Radzi.  

Mereka bukan sahaja mengangkat Wan Zaleha sebagai sumber inspirasi mereka untuk menjadi wartawan penyiaran, bahkan ada dalam kalangan orang-orang baharu bidang penyiaran TV yang kelihatan terikut-ikut dengan gaya dan stail penyampaiannya. 

 

Zalina Azman 

Jika Wan Zaleha Radzi dikenali dengan 'Majalah 3',  Zalina Azman pula menyerlah dengan program 'Money Matters' yang dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. 

Seperti Wan Zaleha, Zalina juga turut dilabelkan sebagai ‘beauty with brains’. Kehebatannya mengendalikan 'Money Matters' iaitu program bual bicara tentang ekonomi, perniagaan dan kewangan cukup dikagumi.

Zalina adalah antara penyampai berita yang diminati ramai dan dia juga mahir menyampaikan berita di dalam bahasa Melayu dan Inggeris. 

 

Datin Norazlina Redzuan 

Bergelar Datin selepas mengahwini seorang tokoh korporat, Norazlina Redzuan adalah antara antara penyampai berita yang yang cukup berkaliber di TV3. Bahkan, dia juga mampu menguasai penyampaian berita dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik. 

Selepas ketiadaan Wan Zaleha di 'Majalah 3', tempatnya telah digantikan oleh beberapa pengacara yang termasuk Norazlina. 

Ternyata Norazlina mampu memikul tugas sebagai pengacara 'Majalah 3' dengan bagus dan penuh wibawa.

 

Zakiah Anas 

Populariti penyampai berita ini memuncak tatkala dia memikul tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan program siri realiti jenayah Malaysia, '999'. 

Cantik, lasak dan memiliki stail dan gaya penyampaian tersendiri, populariti Zakiah sama hebatnya dengan populariti '999'. 

Walaupun sudah meninggalkan TV3 serta program tersebut, namun sehingga kini, Zakiah masih tetap dikaitkan dengan '999, Ingat! Jenayah Membawa Padah'. 

 

Datin Seri Normala Samsudin 

Walaupun tidak begitu lama berkhidmat dengan TV3, namun personaliti yang kini  bergelar Datin Seri Normala Samsudin ini turut memiliki impak yang besar dalam dunia penyiaran TV. 

Sinonim dengan 'Nona' iaitu program majalah mengenai wanita dari tahun 2001 hingga 2004, Normala yang asalnya adalah seorang pramugari telah dicungkil bakatnya menerusi program realiti Pengacara Jemputan Nona (PJN). 

Personaliti yang dilabel sebagai antara wanita tercantik di Malaysia ini juga turut menggalas tugas sebagai penyampai berita dan pernah menjadi pengacara 'Majalah 3'. 

Dek popularitinya, Normala juga pernah ditawarkan untuk berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie (2001), Idola (2002), Gerak Khas The Movie II (2002) dan Neon (2003). 

 

Maria Tunku Sabri 

Seperti Normala Samsudin, kerjayanya juga bermula sebagai pramugari dan bakat dalam dunia penyiaran TV juga dicungkil menerusi program Pengacara Jemputan Nona (PJN). 

Selain berkhidmat sebagai penyampai berita, Maria Tunku Sabri juga popular dengan 'Jalan-Jalan Cari Makan' iaitu program yang menjejaki tempat-tempat makan yang menyediakan hidangan makanan yang sedap, unik dan berbeza. 

Sinonim dengan program tersebut, Maria merupakan pengacara yang pertama telah mengacarakan 'Jalan-Jalan Cari Makan' selama 12 musim dari tahun 2001 hingga 2008. 

 

Christine Ling 

Kemahirannya membaca berita dalam bahasa Melayu yang cukup luar biasa hebat. Menjadikan dia antara penyampai berita penuh berwibawa yang cukup dikagumi. Dia juga mahir menyampaikan berita di dalam bahasa Inggeris. 

Mungkin, ramai juga yang tidak tahu bahawa Christine Ling adalah antara barisan pengacara terawal untuk program 'Nona', 'Malaysia Hari Ini' dan 'Sekapur Sirih'. 

Terbaharu, Christine akan mengeluarkan autobiografinya mengenai perjalanan kerjayanya sebagai wartawan penyiaran dan pengalamannya selama berpuluh tahun dalam dunia penyiaran TV. 

 

Anne Raj 

Walaupun tidak pernah mengacarakan sebarang program, namun nama dan wajah Anne Raj sukar dikikis daripada ingatan peminat Buletin Utama dan Nightline. 

Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris, kewibawaan Anne cukup terserlah setiap kali menyampaikan berita dalam kedua-dua bahasa itu. 

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dia adalah antara penyampai berita terbaik yang pernah dilahirkan TV3. 

 

Ezzah Aziz Fawzy 

Antara penyampai berita yang terawal di TV3, Ezzah Aziz Fawzy juga mempunyai karisma yang tersendiri. 

Ezzah juga adalah  pembaca berita Malaysia yang pertama muncul secara berhijab pada 1998 dan ia kemudian disusuli dengan beberapa pembaca berita lain selepas itu. Antara program yang pernah dikendalikannya adalah 'Nona', 'Wanita Hari Ini' serta 'Majalah 3'.

Mengasaskan EzzahAzizFawzy Communications, beliau banyak membuat program-program latihan untuk generasi muda dan turut dilantik sebagai Profesor Adjung UKM pada tahun 2021.

 

Nurfarahin Jamsari 

Tidak mudah melupakan personaliti TV3 yang seorang ini kerana dia juga memiliki kehebatannya yang tersendiri sebagai penyampai berita. 

Antara program yang pernah dikendalikan Nurfarahin adalah 'Nona', 'Sekapur Sirih', 'Wanita Hari Ini' serta 'Majalah 3'. 

Beliau juga seorang yang sangat berdisiplin dalam kerjayanya sebagai wartawan dunia penyiaran dan turut terlibat dengan kerja-kerja di belakang tabir. 

 

Senator Datuk Ras Adiba Radzi 

Bermula sebagai penyampai berita, pengacara program termasuk pengulas sukan, Ras Adiba Radzi adalah seorang personaliti TV3 yang cukup lasak serta memiliki minat yang cukup mendalam terhadap bidang sukan dan bidang seni. 

Beliau juga adalah satu-satunya personaliti TV yang benar-benar menceburkan diri sebagai ahli sukan, aktivis masyarakat dan dunia politik. 

Memegang jawatan sebagai pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), sejak 23 November 2020, beliau juga turut dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili orang kurang upaya pada 20 Mei 2020.  – Getaran, 31 Julai 2022


 

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 10 bulan yang lalu

iKON World Tour Take Off In Kuala Lumpur, Bawakan Enam Oppa Kesayangan Ramai Pada Bulan Depan 

2

Semasa 10 bulan yang lalu

‘Terma Betul OKU Adalah Orang Kurang Upaya, Bukan Orang Kelainan Upaya…’ – Ras Adiba

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Kementerian Akan Bantu Mudahkan OKU Ceburi Pertanian, Penternakan – Mohamad Sabu

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ras Adiba Terima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023, ‘Ini Detik Membanggakan Kita Semua’

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA