web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Terma Betul OKU Adalah Orang Kurang Upaya, Bukan Orang Kelainan Upaya…’ – Ras Adiba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 9:10AM

Ras Adiba Radzi memahami ramai individu meggunakan Orang Kelainan Upaya kerana mereka merasakan terma itu lebih sopan. Namun, ia memberi gambaran bahawa golongan itu ‘bukan seperti manusia’ - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi mengingatkan masyarakat bahawa terma yang betul digunakan untuk golongan mengalami kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria adalah Orang Kurang Upaya, bukan Orang Kelainan Upaya.

Presiden OKU Sentral itu berkata, terma berkenaan ditetapkan di bawah Akta OKU 2008.

“Saya sebenarnya nak ingatkan semua orang bahawa terma yang kami gunakan sebagai OKU adalah Orang Kurang Upaya, bukan Orang Kelainan Upaya

“Di bawah Akta OKU 2008, terma betul adalah Orang Kurang Upaya, kita tidak boleh menggunakan kelainan upaya kerana apabila kita menggunakan perkataan kelainan upaya, iaitu bermakna seperti kami ini adalah adiwira.

“Ia seperti mengatakan bahawa kami ini seolah-olah Superman, Superwoman atau Batman, Batwoman atau Avengers,” katanya menerusi klip video di Facebook.

Pada masa sama, Ras Adiba berkata, penggunaan terma betul penting bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan mana-mana pihak dan masyarakat.

Katanya, beliau memahami ramai individu meggunakan Orang Kelainan Upaya kerana mereka merasakan terma itu lebih sopan.

Namun, tegasnya, ia sebenarnya tidak sopan kerana memberi gambaran bahawa golongan itu ‘bukan seperti manusia’.

“Saya faham ramai orang yang menggunakan terma kelainan upaya kerana pada mereka terma itu lebih sopan, tetapi ia tidak sopan kerana sekiranya anda merasakan kami ini kelainan upaya, bermaksud kami ini bukan manusia dan kami ini daripada dunia lain yang lagi satu seperti alien,” katanya.

Justeru, penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa (IWOC) 2023 itu memohon masyarakat menggunakan terma betul OKU.

“Kami yang kurang upaya ini seperti kalian yang lain, kalian pun ada kekurangan juga, tapi kalian manusia, kami juga manusia.

“OKU kuat usaha, kuat bekerja dan kita punyai hak juga seperti orang bukan OKU,” katanya.

Ras Adiba dikenali sebagai pemimpin masyarakat yang gigih memperjuangan hak dan nasib OKU, malah berazam untuk menjadikan Malaysia sebagai negara mesra golongan itu.

Menurutnya, bagi merealisasikan perkara itu, ia memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk pengamal media yang boleh memainkan peranan dengan menyebar luas pemahaman mengenai OKU, seterusnya membina sebuah negara lebih inklusif terhadap golongan berkenaan. – Getaran, 27 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad