Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Oleh-Oleh Dari Osaka

Kali ini TARA ingin becerita tentang Osaka, bandar raya kedua paling popular dan penting selepas Tokyo.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 4:45PM

Gambar: Agathe Marty

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kata orang, sesiapa sahaja yang pernah mengunjungi negara Jepun, pasti akan mahu kembali lagi. Entah apa agaknya sebab atau alasannya, tapi negara Matahari Terbit ini memang ada suatu aura tersendiri.

Bisa jadi, arus kemodenannya yang menarik perhatian, atau boleh jadi budaya penduduknya yang sopan dan tertib atau mungkin juga keindahan alam semula jadinya. Apa pun sebabnya, ramai yang sama sekali tidak teragak-agak untuk ke Jepun lagi.

Namun kali ini kami ingin becerita tentang bandar raya Osaka. Bandar raya kedua paling popular dan penting selepas Tokyo.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Buat sesetengah orang, pengembaraan ke negara yang mempunyai empat musim semasa musim bunga atau atau musim luruh lebih menarik.

Ini kerana di waktu sedemikian, cuacanya nyaman. Kesejukannya yang tidak keterlaluan serta kepanasannya yang sangat minimal di waktu tengah hari menjadikannya waktu paling selesa untuk bersiar-siar di sana.

Osaka yang tersohor sebagai sebuah bandar perdagangan di awal permulaannya, masih lagi merupakan sebuah pusat ekonomi yang penting untuk Jepun.

Ia merupakan bandar raya ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Yokohama. Malah ia mempunyai antara jumlah penduduk teramai di dunia dalam sebuah kota iaitu sekitar 19 juta orang.

Ia terbahagi kepada beberapa daerah utama iaitu Umeda (kawasan utara), Nanba dan Shinsaibaishi (kawasan selatan) serta kawasan teluk.

Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Kansai para pelancong boleh terus menaiki sistem kereta api kota mereka untuk menuju ke pusat bandar. Jauh lebih murah dari menaiki teksi, sistem kereta api di Jepun tidak pernah mengecewakan.

Gambar: Ling Tang
Gambar: Ling Tang

Seperti di Tokyo, kereta api mereka cepat dan sangat menepati masa. Namun berbanding ibu negara mereka, sistem tren atau subway di Osaka tidaklah serumit Tokyo.

Banyak tempat yang boleh dilawati di Osaka. Namun pastikan anda mempunyai sambungan internet yang bagus. Kami syorkan anda untuk menggunakan peranti penyedia sambungan wi-fi Roaming Man yang boleh dipesan di Malaysia pada harga yang sangat berpatutan. Ini memudahkan anda untuk bersiar-siar di mana sahaja. Bukan sekadar di Osaka.

Antara yang tempat paling popular di Osaka adalah salah satu taman tema paling dikenali di dunia iaitu Universal Studios Japan. Ia memang ideal buat yang suka menikmati permainan dan aneka tarikan yang ada di situ. 

Dibuka pada tahun 2001, Universal Studios Japan merupakan taman tema Universal Studios yang pertama di Asia. Ia mempunyai tarikan serta permainan yang sama seperti di Universal Studios Hollywood dan Orlando.

Seumpama kebanyakan taman tema permainan yang lain, Universal Studios Japan mempunyai roller coaster yang mengasyikkan (malah ia juga bergerak ke arah belakang di mana para penumpang tidak dapat melihat dari depan).

Sungguhpun begitu, tarikan yang paling istimewa di situ adalah sebuah taman bertemakan filem fantasi popular Harry Potter.

Dikenali sebagai ‘The Wizarding World of Harry Potter’ tarikan ini memang wajib dikunjungi sekiranya ke sana. Apalagi sekiranya anda seorang peminat tegar Harry Potter! Sebaik sahaja melangkah masuk ke taman tersebut, anda akan berasa seperti dibawa ke dalam dunia ajaib Harry Potter persis filem-filemnya. 

Lengkap dengan replika kereta api Hogwarts Express sehinggalah kedai-kedai yang menjual burung hantu serta tongkat sakti, pengalaman ini merupakan pengalaman terdekat dengan aksi sebenar filem-filem Harry Potter yang sering disaksikan di layar perak.

Permainan yang paling menyeronokkan di situ adalah permainan yang dikenali sebagai ‘Harry Potter and The Forbidden Journey.' Ini juga permainan yang mesti dicuba oleh setiap pengunjung serta peminat Harry Potter

Dalam permainan itu para pengunjung akan dibawa menerokai pelbagai babak dari filem tersebut seperti keluar dan masuk Istana Hogwarts di samping bertemu dengan teman-teman, musuh, guru-guru dan watak-watak lain dari buku dan filem. 

Selain taman bertemakan Harry Potter tersedia banyak lagi permainan berkonsepkan 3D berasaskan filem seperti 'The Amazing Adventures of Spiderman – The Ride 4K3D,' 'Back to The Future' dan macam-macam lagi. Yang pasti, Universal Studios Japan di Osaka wajib dikunjungi kerana ia menjanjikan keriangan buat seisi keluarga!

Selesai berseronok dan ketawa di Universal Studios, jangan lupa berkunjung ke Istana Osaka.

Terkenal sebagai salah satu tempat bersejarah dan mercu pelancongan paling popular di Osaka, istana ini satu ketika dahulu pernah juga menjadi kubu tentera. Kini ia menyimpan fakta-fakta sejarah tentang zaman kegemilangan rakyat Jepun dahulu.

Gambar: Cosmin Serban
Gambar: Cosmin Serban

Terdapat pelbagai lukisan, penerangan audio-visual dan macam-macam lagi di dalam istana tersebut. Jadi banyak juga yang dapat dipelajari tentang tamadun serta peradaban Jepun dahulu kala. 

Selain itu, para pengunjung juga boleh menikmati pemandangan bandar raya Osaka yang indah dari tingkat paling atas istana tersebut.

Namun begitu, perlu diingatkan istana ini terletak di atas bukit jadi ada pendakian kecil yang terpaksa diharungi. Tapi ia tidaklah sesukar mana kerana terdapat beberapa anak tangga yang tersedia untuk kemudahan para pelancong.

Gambar: Marc Ng
Gambar: Marc Ng

Berbanding anak-anak tangga di Batu Caves, perjalanan ke istana Osaka ini jauh lebih mudah apa lagi dengan cuaca yang menyenangkan! 

Dari istana Osaka carilah masa untuk menjelajahi selok-belok pusat bandar raya Osaka. Anda boleh keluar untuk berjalan-jalan, membeli-belah dan ‘memburu’ makanan. 

Seperti biasa kalau ke Jepun, tidak sukar untuk mencari makanan buat yang beragama Islam kerana Jepun merupakan tempat lahirnya sushi yang sering berasaskan ikan dan makanan laut.

Gambar: Julian Barquero
Gambar: Julian Barquero

Singgahlah ke kawasan pusat kota iaitu di sekitar stesen Namba. Kawasan ini memang kawasan paling popular untuk membeli-belah serta menjamu selera.

Di situ juga terdapat jambatan yang merentasi terusan Dotonbori di mana salah satu papan iklan elektronik di situ telah menjadi satu ikon pelancongan dan pasti dikunjungi oleh setiap pelancong yang datang.

Gambar: Agathe Marty
Gambar: Agathe Marty

Iklan yang memaparkan ‘Glico Man’ iaitu maskot jenama makanan ringan Glico dikelilingi ratusan papan iklan neon lain yang berwarna-warni serta berubah setiap kali dilihat. Seperti satu pertunjukan animasi, kemeriahan benar-benar terasa di situ.

Gambar: Treddy Chen
Gambar: Treddy Chen

Tidak jauh dari situ juga terletak arked membeli-belah Shinsaibashi yang sememangnya popular dengan ratusan ajnas barangan seperti pakaian, makanan, cenderahati dan macam-macam lagi.

Gambar: Steven Tso
Gambar: Steven Tso

Di sini jugalah anda boleh melihat anak-anak muda Osaka menghabiskan masa untuk bertemu sambil kelihatan sangat bergaya. Ini dianggap wajar kerana sememangnya Jepun juga tersohor sebagai salah satu pusat fesyen terbesar di Asia dan juga dunia. 

Selain membeli pakaian dan cenderamata kami sempat juga mencuba makanan jalanan mereka iaitu ‘takoyaki’. Makanan berteraskan makanan laut seperti sotong dan udang ini begitu popular di Osaka. Ia merupakan campuran sotong atau udang yang digoreng dengan tepung serta sayuran dan disediakan di depan mata para pembeli. 

Gambar: Adli Wahid
Gambar: Adli Wahid

Rasanya memang lazat dan lebih enak dinikmati semasa masih segar dan panas sewaktu cuaca dingin Osaka melanda.

Di daerah ini juga terdapat kedai-kedai yang menjual barangan asli keluaran Osaka untuk dijadikan oleh-oleh. Ini termasuklah pelbagai jenis kuih, kek, makanan ringan, dan juga coklat Kit Kat khas yang hanya ada di daerah Osaka selain beberapa daerah berdekatan. Jepun memang terkenal dengan pelbagai perasa Kit Kat unik yang tidak ada di negara-negara lain. 

Gambar: Koi Visuals
Gambar: Koi Visuals

Sesiapa sahaja tidak mungkin dapat melupakan keseronokan percutian mereka tiap kali berada di Jepun. Dan seperti yang dijangkakan, Osaka sama sekali tidak mengecewakan harapan ramai.

Ia lengkap dengan unsur sejarah dan budaya serta diiringi dengan panorama kemodenan yang sinonim dengan kemajuan negara Jepun.

Buat anda yang tidak pernah ke Osaka atau Jepun, bandar raya ini harus anda kunjungi kerana ia menjanjikan pengalaman yang tidak mungkin dapat anda lupakan! - Getaran, 4 Mac 2023    

Semua gambar Universal Studios Japan adalah ihsan Universal Studios Japan

Gambar-gambar lain: Unsplash.com

Isu Pada

Mungkin Ini Kisah Paling Sedih – Naim Daniel

03 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

3

Gaya 1 bulan yang lalu

'Yellow Collection’ Onitsuka Tiger Rai Kehadiran Musim Luruh/Dingin 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pempengaruh Jepun, Navito Ajak Pengikut Lepak Makan Di Kuala Lumpur

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart