Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cabaran Cakra Khan

Penyumbang kami dari Singapura, Freda Hassan mendekati penyanyi terkenal Indonesia Cakra Khan dan mengupas isu-isu yang pernah membelenggu dirinya sejak tahun lalu.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cakra Khan bukanlah nama asing bagi peminat muzik Malaysia, Indonesia dan Singapura. Sejak pertama kali muncul dalam dunia seni suara, lagu-lagu penyanyi kelahiran Indonesia ini sering menjadi pilihan ramai dan juga mendapat putaran yang tinggi di radio-radio tempatan.

Namun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tahun 2020 sangat mencabar bagi penyanyi bersuara serak atau husky dari Indonesia ini. Manakan tidak, bukan sahaja pelantun itu kehilangan bapa tersayang pada Ogos lalu, beliau juga kehilangan sahabat karibnya.

Lebih mencabar lagi kerana Cakra yang sebelum ini mengakui secara terbuka bahawa dia mengalami kemurungan sekitar dua tahun lepas terpaksa melalui pelbagai cabaran sejak akhir-akhir ini sehingga cuba mengelak merakamkan lagu-lagu berentak balada atau mellow untuk seketika agar tidak dibuai dengan perasaan sedih yang berterusan.

Hanya setelah Cakra mampu menangani episod kemurungan secara perlahan-lahan, Cakra memberanikan diri merakamkan lagu-lagu balada baru yang merupakan forte penyanyi itu sejak dulu lagi. 

Sebelum ini Cakra Khan pernah mempopularkan lagu-lagu seperti 'Mencari Cinta Sejati', 'Harus Terpisah', 'Kau Memilih Dia' dan terkini 'Salah Tapi Baik.'

Ketika dihubungi secara eksklusif untuk portal ini baru-baru ini, Cakra tidak menafikan dia masih lagi berduka atas pemergian bapanya yang dipanggil 'bapak.'

“Saya baru pertama kali melihat seseorang yang akan pergi dalam keadaan tenang. Saya gembira boleh berada di samping bapak sehingga nafas terakhirnya.” 

Kongsi Cakra yang pernah merakamkan lagu duet berjudul 'Seluruh Cinta' bersama Dato Seri Siti Nurhaliza sebelum ini, arwah bapanya adalah sosok yang sangat penting dalam kehidupannya kerana bapanya yang sering membawanya ke acara-acara agar dia boleh menyanyi sejak dari kecil lagi.

“Saya disuruh menyanyi di mana-mana acara, kadang-kadang dipaksa. Saya menjadi Cakra Khan sekarang kerana dia,” kongsinya.

Luahnya kepada kami, “Apabila kamu kehilangan seseorang, baru kamu sedar bahawa semua perkara yang kamu tidak sedari bila dia berada di sebelah kamu. Banyak sungguh penyesalan. I am still healing.”

Penyanyi peramah itu cuba berfikiran positif dan kini lebih fokus menjaga ibunya yang baru-baru ini menjalani pembedahan tulang belakang.

“Sekarang masuk ke hospital saja saya jadi paranoid. Dengar bunyi ventilator membuat saya teringat kepada bapak semasa dia masuk hospital. Amat sukar. Tahun lepas benar-benar memusnahkan kehidupan saya.”

Single terbarunya 'Salah Tapi Baik' telah diedarkan pada 18 Disember 2020 lalu. Ia juga sebuah lagu galau.

Apakah ini petanda beliau sudah kuat kini memandangkan dia kembali merakamkan lagu berentak balada menerusi 'Salah Tapi Baik?'

Katanya jujur, “Sekarang lebih baik tapi mengambil masa. Saya juga memberikan tubuh saya masa menangani secara perlahan tapi pasti. Ini lagu bos saya dan harus saya nyanyikan (ketawa).”

Single tersebut adalah lagu ciptaan bos dari labelnya MyMusic Records iaitu Pak William bersama sahabatnya Ade Govinda dan Putri Rahartana. Terang Cakra, “Saya bawakan lagu ini dari sudut pandangan saya yang berbeza jadi bukan lagu yang sedih tapi ia satu pengharapan untuk bersama seseorang yang kita cintai.”

Namun lagu tersebut bukan kisah peribadinya. Sebagai penyanyi, Cakra harus menyampaikan pesan lagu tersebut sebaik mungkin.

Setelah anda mendengar lagu 'Salah Tapi Baik,' mungkin anda merasakan lagu itu adalah sebuah lagu yang sedih namun baginya ia adalah sebuah lagu yang bertemakan harapan. Meskipun tidak dapat bersama, mereka masih berharap agar dapat disatukan pada suatu hari nanti.

Sejak pandemik COVID-19, Cakra cuba sebanyak mungkin meluangkan masa di kampung bersama ibunya yang masih bersedih atas kehilangan suami tercinta. 

Apa pula beliau lakukan untuk cuba mengatasi kesedihan satu persatu yang dialaminya itu? “Saya berjumpa doktor, luangkan masa bersama ibu dan teman-teman di kampung. Saya seperti orang asing di Jakarta kerana tidak ada teman zaman kanak-kanak di Jakarta. Saya perlukan energy itu untuk bantu saya sekarang.”

Sama seperti rakan-rakan artis senegaranya, Cakra turut terjejas dengan pandemik apabila undangan persembahan berkurangan dan lebih banyak berharap kepada media sosial untuk mempromosikan lagu-lagu terbarunya.

Kata Cakra, “Saya masih boleh promosi di media sosial saya, di media sosial label saya, kadang-kadang di TV. Kalau dulu ke stesen radio tapi sekarang online saja. Alhamdulillah untuk promosi lagu tidak ada masalah.” - Getaran, 4 April 2021

Freda Hassan adalah seorang penyampai radio hujung minggu yang berpangkalan di Singapura selama 30 tahun. Beliau juga pernah menulis untuk Berita Harian Singapura, dan BERITAMediacorp,sebagai penulis bebas selain menjadi pegawai seranta dan penasihat acara serta promosi hiburan. Beliau boleh dihubungi di [email protected]
 

Semua gambar: MyMusic Records dan Indigo Artist's Management


 

Isu Pada

Mungkin Ini Kisah Paling Sedih – Naim Daniel

03 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU: Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Papua

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini