web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenapa Kosong 'Following?'

Penyumbang kami, Syarrizuan Abdul Rashid mempersoalkan kegiatan media sosial orang-orang ternama dan mereka yang merasa 'penting.' Kenapa begitu tingkahnya?

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 8:45AM

Gambar: Dole, Unsplash.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Media sosial muncul medium komunikasi paling utama hari ini dengan pelbagai platform pilihan. Pastinya hanya segelintir kecil yang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu mengenainya.

Instagram antara yang paling popular dan majoriti mempunyai akaun masing-masing. Bercakap mengenai media sosial ini, ia antara proses atau jaringan sosial antara kedua belah pihak.

Penulis kadang-kadang keliru dengan peel dan kelakuan pengguna sosial media ini. Sesekali tertawa kecil sambil berbisik dalam hati, luculah mereka.

Antara yang dah lama bermain di fikiran ialah tindakan pengguna laman Instagram khasnya yang tidak langsung mengikuti sesiapa. (zero following)

Bukankah akaun dibuka untuk tujuan diikut dan mengikut (followers dan following). Kenapa pula tidak mahu ikuti sesiapa? 

Penulis faham andai tindakan itu dalam kalangan selebriti ternama seperti Adele dan Beyonce. Pengikut mereka pun dah berpuluh juta.

Konon beratus ribu pengikut, sedangkan 'engagement' seperti tanda suka tidak sampai 10 peratus pun daripada bilangan pengikut yang dicatatkan.

Yang menggeletek hati ialah sesetengah selebriti dan instafamous tempatan yang turut tidak mengikuti sesiapa serta ada sesetengahnya memilih untuk mengikut beberapa akaun sahaja. Sedangkan Datuk Seri Siti Nurhaliza pun mengikut lebih 700 akaun di Instagram miliknya.

Ya, itu hak masing-masing. Cuma apa salahnya kalau kita turut ikut pengguna lain di akaun media sosial kita. Kan lebih tercapai objektif medium komunikasi berkenaan. Kata orang mengikut perkembangan dan isu semasa.

Kalau pun tidak mahu ikut akaun individu elok juga ikut akaun berkaitan berita dan informasi. Supaya tidak jadi katak bawah tempurung.

Yang penulis katakan lucu itu kerana ada sesetengah artis yang rasa diri popular dan hanya mengikut akaun tertentu, sedangkan bila diteliti, jumlah tanda suka pada hantaran mereka memang membuatkan kita tersenyum sendiri.

Konon beratus ribu pengikut, sedangkan 'engagement' atau tindakbalas seperti tanda suka tidak sampai 10 peratus pun daripada bilangan pengikut yang dicatatkan. Lalu?

Gambar: Karsten Winegeart, Unsplash.com
Gambar: Karsten Winegeart, Unsplash.com

Itu satu karenah, belum lagi sikap yang seolah-olah mahu gambarkan yang anda berbeza atau dalam liga tersendiri dalam sesuatu hal.

Dalam apa juga perkara, bukan hanya di media sosial kita perlu peka dan prihatin. 

Dalam bahasa sekarang, cing-cing. Jelek betul ada hantaran di laman sosial dengan soalan, "Adakah hanya saya yang tidak tonton AJL?" atau "Aku sorang sahajakah yang tidak beratur beli KFC murah?"

Kenapa perlu semua ini? Lebih baik diamkan saja atau kata orang tidak perlu tulis apa-apa kalau ia tidak penting.

Anda tidak akan kelihatan hebat dengan sikap sebegini. Manusia masing-masing ada cara dan bukan semua bertuah seperti kita.

Sebagai contoh bila kita rasa rimas dan tertawa dengan sikap orang ramai yang serbu tawaran murah di restoran tertentu.

Kita tidak tahu, mungkin hanya itulah peluang untuk mereka yang serbu atau beratur panjang, mahu mencuba makanan istimewa berkenaan dan kongsikan bersama keluarga.

Kalau biasa bagi kita, mampu untuk kita, maka bersyukurlah kerana mungkin tidak untuk orang lain.

Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan.

Satu lagi perangai, 'dialah' yang tahu segalanya. Dalam apa juga perkara, bukan hanya di media sosial, kita perlu peka dan prihatin. 

Apa juga hal yang ingin diperkatakan biarlah seimbang dan rasional. Jangan pukul rata dalam segala hal. 

Bila orang cakap politik, kita jadi pakar politik. Timbul isu agama, kita juga agamawan dan bila hal sukan kita jugalah seolah-olah pemegang rekod dunia. 

Begitu juga gurauan seperti memuat naik status menggunakan akaun kawan yang lupa daftar keluar. 

Jangan buat perangai keanak-anakan. Perkara yang kita anggap gurau ada kala menjadi hal serius untuk orang lain. Kita tidak tahu impak daripada kelakuan kita. 

Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan. 

Satu lagi golongan yang suka sangat meninggalkan komen menjengkelkan. Sebagai contoh bila nampak kawan-kawan keluar makan, meraikan sesuatu atau melakukan aktiviti. Cukup-cukuplah komen, "Sampai hati tak ajak!" Alahai. 

Mudah sebenarnya, bila kita tidak ada dalam gambar bermaksud memang kita tidak diajak atau dijemput, noktah. 

Apapun, penulis faham masing-masing ada hak tersendiri cuma bila kita memilih untuk berada dalam jaringan sosial dan menjadi pengguna media sosial kita seharusnya lebih terbuka serta realistik. 

Dalam apa juga yang kita lakukan berusahalah agar ia memberi manfaat kepada kita dan juga orang sekeliling. 

Penulis tiba-tiba teringat satu kejadian seorang kenalan muat naik status, "What is 'tempe'?" Sedangkan kita tahu dia orang Jawa. Tengok muka pun tahu. Yakin bertanya tempe tu apa? - Getaran, 4 April 2021

Isu Pada

Mungkin Ini Kisah Paling Sedih – Naim Daniel

03 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Refleksi 1 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

4

Refleksi 1 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini