Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bagaimana Mahu Mengenali Hubungan Toksik?

Bersama Violet Lim, pakar perhubungan cinta dan sosial merungkai tanda-tandanya!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 10:11AM

Gambar hiasan Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, kes penderaan domestik pasangan Hollywood terkenal, Johnny Depp dan bekas isterinya Amber Heard telah menjadi berita hangat di seluruh dunia.

Pada 2018, Amber Heard menulis di The Washington Post, menggambarkan dirinya sebagai ‘selebriti yang mewakili isu kes penderaan domestik’. 

Walaupun Johnny Depp tidak dinamakan di dalam artikel itu, ia sedikit sebanyak menjejaskan kerjayanya dan mendakwa ia menyebabkan dia kehilangan banyak tawaran lakonan.

Kes penderaan domestik selebriti terhangat ini diakhiri dengan Johnny Depp memenangi kes ini.

Johnny Depp dan Amber Heard - Gambar AFP
Johnny Depp dan Amber Heard - Gambar AFP

Oleh kerana kes mahkamah ini disiarkan di seluruh dunia, ia turut menyoroti isu perhubungan toksik, yang mungkin juga dialami oleh ramai pasangan normal di luar sana.

Dalam kebanyakan kes, mangsa atau kedua-duanya tidak menyedari mereka berdua berada di dalam perhubungan toksik. 

Tanpa sedar, mereka sering menyakiti dari segi emosi dan fizikal antara satu sama lain sepanjang perhubungan, walaupun ia kelihatan jelas kepada orang lain.

Violet Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Lunch Actually, agensi jodoh terbesar di Asia, berkongsi kepakarannya tentang bagaimana mahu mengenali ciri narsisistik dan perhubungan toksik. 

Menurut Violet, terdapat enam tanda pasangan anda adalah seorang yang mempunyai ciri narsisistik, seperti berikut: 

#1 Kurang empati

Segala perhatian wajib tertumpu kepadanya. Mereka gemar mengawal, mengeksploitasi dan manipulasi keadaan agar berada di bawah kawalan mereka.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

#2 Berasa istimewa

Orang berciri narsisistik percaya mereka mempunyai hak dan keistimewaan untuk mendapat layanan yang istimewa.

Mereka merasakan semua orang perlu bersetuju dengan kelakuan mereka. Jika orang lain mengemukakan pandangan yang bertentangan, maka ia salah bagi mereka. 

#3 Megah

Orang berciri narsisistik boleh menjadi terbuka dan rentan dalam pada masa sama. Mereka sebenarnya kurang percaya diri, tetapi tidak mengakuinya.

Mereka lebih suka menyembunyikannya dengan berpura-pura seperti mereka berasa menjadi mangsa kepada orang lain yang tidak sependapat dengan mereka.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

#4 Dangkal

Orang berciri narsisistik mahu sentiasa kelihatan sempurna. Mereka hanya mahu dikelilingi orang-orang yang kelihatan setaraf dengan mereka, terutamanya pasangan mereka.

Pada mulanya, mereka akan membuatkan anda berasa senang dengan kelakuan mereka. Mereka akan melayani anda seperti raja atau ratu di awal perhubungan.

Namun, lama-kelamaan segala ‘lakonan’ itu tadi akan pudar dan bakal menyerlahkan sifat sebenar mereka. 

#5 Sukar mengawal emosi

Mereka tidak mengawal emosi dan berkelakuan seperti anak kecil. Apabila mereka marah, mereka akan memperlihatkannya tanpa mengambil kira keadaan orang lain.

Namun, apabila keadaan sudah reda, mereka akan gembira dan tidak teragak-agak untuk memuji pasangan mereka kerana berjaya bertahan dengan emosi mereka itu tadi.

#6 Terlalu sensitif terhadap kritikan

Mereka mudah untuk tersinggung semasa mendapat kritikan, terutamanya apabila kritikan itu tidak berada di pihak mereka.

Anda akan berasa takut untuk mengatakan sesuatu yang negatif terhadap mereka kerana anda akan tahu akibat dan reaksinya terlebih dahulu. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Semua tingkah laku tersebut mungkin kelihatan mengerikan bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi si narsisistik.

Ramai yang tidak boleh menghidunya buat pertama kali kerana mereka mempunyai coraknya yang tersendiri sebelum mereka menunjukkan diri mereka yang sebenar.

Corak narsisistik ini dikenali sebagai ‘Love Bombing Pattern’.

Orang berciri ini akan membuatkan anda berasa bahagia, mereka tahu memperlakukan anda seperti raja atau ratu selagi mana anda berguna untuk kepentingan diri mereka.

Namun, setelah anda sudah tidak diperlukan, mereka akan menyingkirkan atau merendahkan maruah dan martabat anda. 

Mereka akan memberi layanan senyap (silent treatment) dan membuatkan anda berasa seperti tidak berharga.

Violet turut menekankan supaya setiap orang perlu memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum mahu berpasangan. 

Berdasarkan falsafahnya, sebelum bertemu orang yang ideal, kita sendiri perlu menjadi seseorang yang ideal. 

Memahami diri sendiri yang hakiki merupakan kunci sebelum terlibat dalam perhubungan mendalam dengan individu lain.

Oleh itu, kita boleh mengenali lebih awal sekiranya kitalah yang sebenarnya seorang berciri narsisistik dan cuba mendapatkan bantuan profesional untuk menjadi versi terbaik diri kita sendiri.

Violet turut berkongsi tiga tanda perhubungan toksik dan beberapa tip untuk mengenali jika kamu ‘terperangkap’ di dalam perhubungan toksik ini, seperti di bawah:

#1 Cemburu melampau dan kurang kepercayaan

Perhubungan cinta seharusnya menjadi wadah selamat untuk pasangan menjadi terbuka dan mempunyai seseorang yang boleh diharapkan. Suka duka diharungi bersama dalam segala aspek.

Namun, dalam perhubungan toksik, mereka akan menjadi sangat bersaing kerana mereka tidak mahu anda menjadi seorang yang lebih baik daripada mereka.

Mereka juga akan sentiasa curiga pasangan mereka akan meninggalkan mereka. 

Maka, mereka akan sedaya upaya mengawal bagaimana anda melihat, apa yang anda suka dan sebagainya dengan tujuan mencantas kemungkinan anda menjadi versi anda yang lebih baik. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

#2 Tidak bertolak ansur

Perhubungan yang sihat adalah merasa bahagia dalam bersama-sama memenuhi keperluan serta keinginan antara pasangan.

Apabila anda berasa seperti hanya anda yang sentiasa menggembirakan pasangan anda, tetapi dia tidak pernah memikirkan tentang kegembiraan diri anda sama sekali, anda harus berhenti.

Kebiasaannya, anda akan berfikir ia merupakan perkara biasa. Anda mungkin akan mempertimbangkan kelakuan pasangan anda itu dan berharap dia akan berubah. 

Namun, percayalah ia hanya akan terus berlaku. Hanya anda yang ‘memberi’ tanpa mereka ‘memberi kembali’. 

#3 Cara saya atau cara saya?

Kelakuan mengawal boleh berubah menjadi sesuatu kelakuan yang buruk.

Hanya kerana anda berpasangan dengannya, tidak semestinya anda harus bersetuju dengan segala keputusannya.

Ia tidak bermakna anda tidak mencintainya hanya kerana anda mempunyai sudut pandangan yang berbeza. 

Pasangan yang baik akan sentiasa menghormati pandangan anda walaupun mereka tidak bersetuju dengannya. 

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Akhir kata, ‘terperangkap’ di dalam perhubungan toksik bukanlah suatu dosa. Anda tidak perlu menyembunyikannya daripada orang lain, terutamanya orang-orang yang anda percayai.

Kita sebagai insan biasa, tidak mampu dan tidak boleh mengubah perangai dan tingkah laku orang lain. 

Apabila kita mencintai seseorang, kita sering berfikir bahawa kita boleh menangani kelakuan buruk mereka dan cuba memperbaikinya jika kita sabar. Itu tidak benar.

Sebelum berpasangan, pastikan anda mengenali tanda-tanda narsisistik dan perhubungan toksik. 

Dan jika anda sudah pun terlibat dalam perhubungan toksik, dapatkan nasihat orang yang anda percayai atau bantuan daripada golongan profesional. 

Layari Lunch Actually untuk maklumat lanjut. - Getaran, 26 Jun 2022

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Hubungan Iran-Malaysia Akan Terus Tingkatkan Ikatan Budaya

2

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Malaysia Bukan Condong Kepada China, Namun Memang Dekat Secara Geografi - PM

3

Refleksi 6 bulan yang lalu

Melayari Perkahwinan: Cukupkah Hanya Berbekal Cinta?  

4

Refleksi 7 bulan yang lalu

10 Perkara Yang Suami Perlukan, Namun Tidak Tahu Cara Meminta

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat