Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Perkara Yang Suami Perlukan, Namun Tidak Tahu Cara Meminta

Refleksi Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 8:16AM

Pasangan suami isteri perlu selalu berbincang bagi memastikan ketenteraman rumahtangga. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Diam dan tiada rungutan tidak bermakna suami berpuashati dengan semua perkara. Diam itu adalah sifat semulajadi yang ada pada kebanyakan orang lelaki tetapi di dalam lubuk hatinya yang dalam, ada perkara yang dia inginkan surinya memahami dan memberi. Namun, diri sendiri itu tidak tahu bagaimana cara untuk meminta. Dalam banyak hal, orang lelaki tidak cerewet tetapi ini tidak bermakna mereka tidak memerlukan perhatian dan tumpuan daripada wanita kesayangannya.

Suami Ingin Dihormati 
Rata-rata isteri menghormati suami, tetapi ada perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh tetapi jangan sesekali dilakukan kerana ini akan mencalarkan jiwa lelaki.

Jangan jadikan suami bahan gurauan ketika bersama teman-teman dan keluarga. Walaupun dia tersenyum atau ketawa, hatinya terluka kerana dia tidak dihormati oleh isterinya sendiri. 

“Kalau I buat nasi ayam ni memang dia suka, baju size L pun dah tak muat dah sekarang”. 

“Alah, dia kat rumah bukan buat apa pun, tengok tv je,” bicara isteri secara seloroh. Mungkin si isteri tidak berniat apa, tetapi bagi suami, isteri telah memalukan dia.
 
Jangan bersikap kasar dan meninggi suara terhadap suami. Jangan persoalkan keputusan dan memperlekehkan suami di hadapan orang lain kerana jenaka yang menyindir sangat menyakitkan hati lelaki terutamanya apabila ianya datang dari seorang isteri yang disayangi. 

Kenali Bahasa Cintanya
Dr Gary Chapman, penulis buku The Five Love Languages, setelah bertugas bertahun-tahun sebagai kaunselor perhubungan mengenalpasti 5 bahasa cinta yang didambakan pasangan. Bahasa cinta seseorang mungkin berlainan daripada apa yang diinginkan pasanganya, oleh itu kenalpasti bahasa cinta suami anda. 

1. Masa Berkualiti: Bahasa cinta ini menggemari masa bersama. Walau buat apa-apa sahaja, di mana sahaja, dia mahukan surinya ada dekat dan bersama dia, atau secara ringkasnya 'suka berkepit'. Walaupun isteri mungkin tidak berapa menggemari aktiviti tersebut, kehadirannya di sisi suami membuktikan bahawa dia cinta. Jika suami gemar menonton bola, isteri duduklah di sisi daripada menghilang diri dan tidak ambil peduli. 

2. Menawarkan Khidmat: Bahasa cinta ini menggemari apabila isteri menawarkan sesuatu khidmat yang tidak disangka-sangka. Contohnya seperti ini, suami menempuh kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga minyak dalam tangki kereta hampir kering dan badan penat berada di jalan raya selama berjam-jam. Selesai mandi, isteri datang dan menyapu minyak dan memicit kakinya yang lenguh tadi dengan kasih sayang. Esoknya, isteri ke pasar dan penuhkan minyak dalam tangki kereta tanpa disuruh. Semua khidmat ini dihargai suami yang sukakan bahasa cinta begini. 

3. Sentuhan Fizikal: Bahasa cinta seterusnya ialah suka disentuh. Apabila ada sentuhan fizikal, suami akan rasa dicintai. Sapu belakangnya, usap rambutnya, berikan urutan, pegang tangan dan sebagainya. Sentuhan fizikal ini bukanlah seksual tetapi ia menambah keintiman dan dia mahukan isteri yang memulakan sentuhan. 

4. Memberi hadiah: Bahasa cinta keempat ialah sukakan hadiah. Tidak perlu barang yang mahal tetapi sesuatu yang dia suka seperti buku, peralatan yang dia gemari, makanan, coklat, manisan, keropok dan sebagainya. Dengan memberi hadiah-hadiah kecil sebegini, dia rasa dihargai dan disayangi kerana isteri sering mengingati suami dan kesukaan suaminya. 

5. Kata-Kata Pujian: Bahasa cinta yang kelima ialah berikan kata-kata semangat dan pujian. Tolonglah perasan perkara yang suami telah lakukan dan pujilah dia. Dia mahu isteri menghargai ikhtiar dan usaha yang telah dia lakukan dalam satu-satu perkara. Sebagai tanda cinta, pujian perlu dizahirkan kerana suami ingin dengar yang isteri ambil tahu dan menghargai dia. 
 
Dengan mengenali bahasa cinta suami, kita lebih tahu perbuatan dan kelakuan yang memberi impak positif dalam perhubungan. 

 Jadilah Penyokong Nombor Satu! 
Sokongan isteri ialah sangat penting dalam kejayaan dan kesejahteraan seorang suami. Isteri yang sering buat ‘dunno’ akan menjadikan suami terasa tidak dihargai dan dihormati. 

Suami sedar bahawa diri dia tidaklah sesempurna mana, tetapi jika isteri terus memberi dorongan dan sokongan dalam saat bahagia dan saat sukar kehidupannya, dia tahu yang dia disayangi, dan ini amat penting bagi seorang lelaki. 

Jadikan Rumah Tempat Yang Selamat
Jangan sesekali membandingkan suami dengan orang lain, lebih-lebih lagi suami orang! Hancur luluh hati suami sebenarnya walaupun mungkin di luar, wajahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan. Walaupun isteri tidak berniat untuk menyakitkan hati suami, bercakap tentang kejayaan lelaki lain tidak membantu. “Bang, suami dia itu beli rumah besar untuk wife dia, bestnya.” Ayat itu hanyalah untuk memberitahu suami berita tersebut, tetapi tidak digemari lelaki. 
 
Sebaiknya simpan sahaja butiran itu dan fikirkan perkara baik yang telah suami lakukan dan lafazkan terima kasih dan pujian, Insya Allah suami akan berusaha menjadi seseorang yang lebih baik untuk keluarganya. 

Suami Anda Hanya Manusia Biasa
Jangan mengharapkan kesempurnaan daripada suami kerana suami adalah manusia biasa. Di satu seminar, seorang isteri berkata, dia meletakkan Rasulullah SAW sebagai kayu pengukur suaminya dan suaminya begitu jauh dari piawaiannya. Suami mana yang boleh menjadi sesempurna Rasulullah? 

Orang lain belikan isteri gelang emas, kita pun nak juga walaupun kita tahu suami kita bergelut untuk memenuhi permintaan tersebut. Jadi, terimalah suami kita dengan kekurangannya dan sayangilah dia seadanya. Namun, ini tidak bererti tiada ruang untuk suami kita maju dan memperbaiki dirinya. Cuma, janganlah meminta semua perkara sempurna. 

Beri Keutamaan Kepada Keintiman
Antara tujuan perkahwinan ialah menghalalkan hubungan intim antara lelaki dan wanita, dan perkahwinan itu terus bahagia dengan adanya hubungan asmara. Dalam Islam, seorang isteri wajib mentaati suaminya pada perkara yang ma’ruf. Bersetubuh adalah hak bersama di antara isteri dan suami dan ia perlu dibincang dan disepakati secara bersama dengan baik.

Menurut hukum, haram seorang isteri menolak ajakan suaminya tanpa keuzuran yang syarak dan haid juga bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta’ (berseronok) dengan apa yang terdapat di atas kain (selain daripada faraj). Namun, kedua pasangan perlulah menjaga adab-adab dan hukum-hakam yang perlu diraikan supaya tidak berlaku sebarang kezaliman.

Perhubungan intim menyemarakkan perhubungan suami isteri, dan jangan dibiarkan suami tanpa keintiman kerana ini akan memudaratkan perhubungan.

Isteri Menjaga Diri 
Suami menghargai isteri yang menjaga dirinya dengan baik dari segi fizikal, emosi dan ibadah. Ini tidak membawa maksud perlu bersolek tebal dan bergaya kerana ingin menjadi ‘cantik’ seperti orang lain.

Yang dimaksudkan di sini ialah isteri menjaga dirinya supaya sihat, ceria dan jadi diri sendiri yang terbaik untuk suami.

Isteri yang murung, memurungkan suasana rumah. Isteri yang sering marah-marah juga tidak membawa keamanan dalam keluarga. Jadilah isteri yang sihat dari segi mental dan fizikal supaya isteri membawa kebahagiaan ke dalam perhubungan dan rumahtangga.

Jangan Mengongkong Keterlaluan 

Biarkanlah suami meluangkan masa dengan kawan-kawannya sekali-sekala tanpa ada gangguan dari isteri. Jangan memalukan suami di depan kawan-kawan dengan ‘menjemput’ dia pulang atau sering telefon dan WhatsApp menyuruh dia balik ke rumah.

Kadang-kadang suami ingin berborak dengan rakan-rakan masjid atau meluangkan masa dengan kawan-kawan di mamak atau di restoran sekejap. Biarkanlah. Kalau suami menghabiskan masa di luar terlalu kerap, tentu sahaja boleh dibawa berbincang tetapi kalau sekali sekala, minta faham lah ye. 

Doakan Kesejahteraan Suami
Setiap orang memerlukan doa dan jika doa itu datangnya daripada orang yang kita sayang, ianya lebih bermakna. Suami mengharapkan isteri sering berdoa untuk dia kerana tanpa doa isteri, dia ingin mengharapkan siapa lagi?

Suami Ingin Faham Bagaimana Untuk Lebih Mencintaimu
Lelaki ini kadang-kadang blur. Dia lebih suka isteri memberitahu apa yang dia suka berbanding suami meneka dan tersasar jauh. Lelaki sebenarnya ingin melakukan perkara yang sepatutnya, tetapi banyak masa, mereka tidak tahu apa itu ‘sepatutnya’. Dengan isteri memberitahu suami, ini seperti menunjukkan jalan kepada orang yang sedang bergelut dengan kerabunan.

Jika isteri kepenatan, beritahulah. Jika nak makan sesuatu, beritahulah. Jika tidak suka sesuatu, berbincanglah. Semuanya akan lebih tenang dan baik dengan komunikasi yang aman dan jelas. Insya Allah. - Getaran, 8 September 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Hubungan Iran-Malaysia Akan Terus Tingkatkan Ikatan Budaya

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Sebutan Semula Kes Bekas Tentera Bunuh Isteri 22 Januari 2024

Sorotan

1

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

3

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

4

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

5

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 3 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN