Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Demam 'Mat Kilau' Melanda Negara, Kutip RM1 Juta Hari Pertama

Filem Melayu tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia. Buktinya filem'Mat Kilau' berjaya mencapai kutipan RM1 juta pada hari pertama, mengatasi filem-filem Hollywood yang sedang ditayangkan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Jun 2022 1:16PM

Gambar Instagram @filem_matkilau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti yang sudah diduga, filem epik Mat Kilau arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof meledak di pawagam. Buktinya kutipan tiket hari pertama tayangannya telah mencecah RM1 juta.

Kutipan ini sekali gus menjadikan filem Mat Kilau sebagai filem epik pertama di Malaysia yang berjaya memecah rekod kutipan hari pembukaan paling tinggi dalam sejarah.

Getaran menghubungi Syamsul untuk mendapatkan pandangannya tentang sambutan luar biasa daripada para peminat filem Melayu terhadap filem Mat Kilau

“Saya dengan rendah hati rasa sangat bersyukur dengan pencapaian yang amat membanggakan ini. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Syukur alhamdulillah ini adalah rezeki daripada Allah. 

“Untuk saya secara peribadi, saya telah buat banyak filem dan telah melalui fasa filem yang memecah rekod banyak kali.

“Perasaan saya lebih kepada menghargai karya-karya saya selepas ini, maksudnya mengambil serius kerja saya serta terus belajar demi memartabatkan industri filem Melayu yang mungkin dipandang rendah oleh segelintir orang.

“Pada saya, kita orang Melayu tak kira apa jua bidang, jangan kita memandang rendah kepada hasil kerja kita kerana kita juga hebat dan mampu bersaing dengan bangsa lain,” katanya.

Katanya lagi, dia turut berbangga dengan pencapaian filem Mat Kilau kerana bukan sahaja telah memecahkan rekod kutipan filem epik paling tinggi, tetapi juga berjaya mengenepikan filem-filem Hollywood lain yang sedang ditayangkan di Malaysia. 

Ditanya adakah dia menjangkakan filem Mat Kilau akan mendapat kutipan tinggi seperti ini, kata Syamsul dia sentiasa yakin dengan filem yang dihasilkan dengan bersungguh-sungguh.

“Bukan soal sangka atau tidak. Saya sentiasa yakin dengan filem saya. Saya ada prinsip setiap kali menghasilkan filem, filem itu akan berjaya jika kita sebagai pengkarya bertungkus-lumus dengan ikhlas untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti.

“Maknanya tiada anasir atau niat yang lain selain memberikan kepuasan dan menepati cita rasa penonton. Ini bukan pertama kali filem saya memecahkan rekod. Saya telah melalui fasa ini banyak kali menerusi filem KL Gangster, Munafik 1 dan 2,” kongsinya. 

Melihatkan ramai peminat yang begitu teruja untuk menonton filem ini, malah ada yang sanggup ke pawagam berpakaian lengkap bak pahlawan Melayu, Syamsul meluahkan rasa terharu dengan fenomena ini. 

“Saya sangat berbangga bila semalam saya turun padang pergi ke beberapa pawagam untuk sesi promosi, memang ramai penonton hadir yang memakai pakaian klasik Melayu, siap tanjak dan keris lagi. Bukan lelaki sahaja, wanita pun datang pakai baju klasik Melayu.

“Situasi ini benar-benar membuatkan saya rasa bersyukur kerana inilah objektif kami sebagai pengarah dan penerbit yang tidak mahukan penonton sekadar berhibur kosong semata-mata, tetapi membawa semangat jati diri Melayu hingga ke luar pawagam. Setakat ini nampaknya objektif kami berjaya,” katanya.

Filem Mat Kilau yang mula ditayangkan pada 23 Jun lalu ini dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asaari, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. – Getaran, 25 Jun 2022

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala Asia 2023 Pecah Rekod Jumlah Kehadiran Penonton

3

Filem & TV 8 bulan yang lalu

'Barbie' Terus Kuasai Kedudukan Carta Pecah Panggung Amerika Utara

4

Selebriti 9 bulan yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu