Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


5 Kesilapan Semasa Mencarum Insurans Perubatan

Terdapat sesetengah individu yang melakukan kesilapan tanpa sedar ketika mencarum insurans perubatan. Kami kongsikan beberapa kesilapan ini bersama anda.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 7:51PM

Gambar Hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin sesetengah individu masih mempunyai sikap skeptikal berkenaan insurans perubatan kerana merasakan ia bukan satu keutamaan dalam hidup untuk dijadikan komitmen. 

Insurans ini adalah jaminan yang boleh membantu sekiranya perbelanjaan diperlukan untuk tujuan kesihatan diri pada bila-bila masa. 

Kebiasaannya insurans perubatan akan dimanfaatkan pencarum jika berlakunya kemalangan atau melakukan rawatan di hospital. 

Malah secara amnya, kos perubatan yang melibatkan pembedahan pasti menelan belanja yang tinggi, bergantung pada jenis penyakit atau kemalangan yang dihadapi.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah individu yang melakukan kesilapan tanpa sedar ketika mencarum untuk insurans ini.

Minggu ini kami berkongsi lima kesilapan umum yang kerap dilakukan pencarum insurans perubatan.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Melengah-lengahkan Masa caruman

Meskipun usia anda masih muda, tiada jaminan anda akan kekal sihat setiap hari. Begitu juga dengan kemalangan, ia boleh berlaku setiap hari tanpa diduga. 

Melengah-lengahkan masa untuk mencarum insurans sering kali berlaku kepada ramai yang berfikir mereka masih muda atau memiliki tubuh yang kuat dan sihat. 

Sebenarnya, usia mudalah masa yang paling sesuai untuk mencarum insuran perubatan. 

Kelebihan caruman polisi bagi individu yang masih muda dan sihat adalah ia lebih murah berbanding yang sudah berusia.

Ini disebabkan kadar harga insurans perubatan bergantung pada tahap kesihatan serta jangka hayat seseorang itu. 

Malah jika tuan empunya badan sudah mempunyai penyakit yang sedia ada, pihak insurans terpaksa menawarkan polisi dengan harga yang lebih mahal.

Ini bagi menampung kos perubatan yang tinggi jika pencarum tersebut terpaksa melakukan rawatan dalam tempoh yang terdekat.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Tidak Mengikut Kemampuan

Setiap syarikat insurans mempunyai pelbagai pakej polisi dengan harga yang berbeza-beza mengikut kemampuan pencarum. 

Kesilapan kedua yang sering dilakukan oleh pencarum adalah mengambil polisi tidak mengikut kemampuan diri sehingga membebankan seterusnya terpaksa memberhentikan pembayaran. 

Tidak salah untuk mula mencarum dengan polisi yang lebih murah dahulu kerana setiap polisi insurans boleh diubah pada bila-bila masa. 

Apa yang paling mustahak adalah memastikan komitmen pembayaran berjalan dengan lancar bagi menjamin anda mudah membuat tuntutan apabila diperlukan.

Lakukan penelitian dengan betul semasa ejen insurans membentangkan maklumat mengenai perubatan. Selepas itu barulah buat kira-kira mengikut kemampuan untuk mencarum.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Tipu Rekod Perubatan

Semasa proses semakan polisi dijalankan oleh ejen insurans sebelum mencarum, terdapat beberapa soalan yang akan ditanya bertujuan untuk simpanan rekod dan salah satunya ialah sejarah kesihatan. 

Benar jika anda sudah mempunyai penyakit yang sedia ada, polisi lebih mahal akan dikenakan namun untuk menipu sejarah perubatan anda adalah tindakan yang kurang bijak.

Jangan sesekali berselindung di sebalik tahap kesihatan kerana ia boleh memberi implikasi yang lebih parah. 

Situasi tuntutan tidak dapat dilaksanakan akan berlaku apabila anda dimasukkan ke hospital dan pihak hospital mendapati maklumat kesihatan tidak sama seperti yang direkodkan di dalam polisi.

Kesannya secara automatik, syarikat insurans tidak akan membayar sebarang tuntutan daripada pencarum kerana terdapat unsur penipuan.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Pembayaran Auto Debit

Kaedah pembayaran insurans perubatan bergantung kepada pilihan pencarum, sama ada ingin melakukannya secara manual atau potongan duit secara automatik dari akaun bank (auto debit). 

Bagi yang menjadikan insurans perubatan sebagai sebuah komitmen bulanan, anda disarankan untuk menggunakan sistem auto debit.

Ia bagi memudahkan proses pembayaran dilaksanakan dan mengelakkan pencarum daripada berlakunya tunggakkan. 

Sesetengah syarikat insurans mempunyai peraturan iaitu jika pembayaran tertunggak lebih daripada tiga bulan, secara automatik polisi tersebut dianggap batal.

Perkara ini berlaku apabila terdapat sesetengah pencarum yang gagal membuat tuntutan akibat kealpaan dan lambat menyedari pembatalan polisi yang telah dilaksanakan.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Tidak Membuat Semakan Dokumen Rasmi

Setiap insurans perubatan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, akan dimeterai dengan dokumen rasmi oleh ejen untuk simpanan pencarum. 

Pastikan anda membuat semakan terhadap dokumen tersebut bagi mengesahkan maklumat yang dinyatakan tepat mengikut perjanjian. 

Ada yang menganggap semakan tidak penting sedangkan dokumen tersebut amat mustahak untuk mengelakkan salah faham.

Ia juga berperanan sebagai bukti hitam putih berkenaan polisi yang telah dicarumkan.

Maka, kepada sesiapa yang berhasrat untuk mencarum insurans perubatan, pastikan anda mengenal pasti lima kesilapan yang sering berlaku di atas. 

Ia penting agar anda tidak berasa tertipu atau menghadapi masalah semasa membuat tuntutan pembayaran. - Getaran, 19 Jun 2022

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 bulan yang lalu

KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Cadangan Caruman Majikan Dinaikkan: Dakwaan Sejuta Pekerja PMKS Dijangka Diberhenti Hanya Andaian

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Akaun 1 KWSP Kurang 10,000 Layak Terima Caruman Simpanan RM500

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PERKESO Kuat Kuasa Siling Gaji Baharu Untuk Caruman Mulai September

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok