Berita Terkini

1 jam yang lalu: Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu 1 jam yang lalu: APG 2023: Atlet para di landasan tepat capai 33 pingat emas 1 jam yang lalu: Dialog Shangri-La 3 hari bermula di Singapura 1 jam yang lalu: Aliran penumpang udara naik 45.8 peratus pada April, domestik pulih - IATA 1 jam yang lalu: GP di 10 daerah dipelawa sertai program rintis Skim Perubatan MADANI

IKUTI KAMI


Cadangan Caruman Majikan Dinaikkan: Dakwaan Sejuta Pekerja PMKS Dijangka Diberhenti Hanya Andaian

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 7:00AM

MTUC berharap cadangan kenaikan caruman KWSP berjaya direalisasikan dan perbincangan segera dengan pihak berkepentingan, dapat dilakukan. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membidas kenyataan yang mendakwa bahawa sejuta pekerja perusahaan makro, kecil dan sederhana (PMKS), dijangka diberhentikan sekiranya caruman majikan bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinaikkan hanyalah andaian tanpa bukti.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, dakwaan dikeluarkan pihak majikan yang dianggap ugutan dan amaran daripada pihak terbabit juga dibuat tanpa disertakan dengan data.

Malah, katanya, dakwaan itu hanya cubaan untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Penambahan caruman KWSP bukan untuk mengkayakan sehingga membolehkan pekerja memiliki rumah dan kereta mewah, tetapi sekadar menampung kehidupan hari tua.

“Maka dengan konsep (Malaysia) MADANI, majikan perlu mempunyai ihsan terhadap pekerja,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, MTUC menyokong penuh keputusan kerajaan untuk menyemak caruman majikan di dalam KWSP yang akan meningkatkan kadar  simpanan pekerja.

Ujarnya, semakan caruman majikan wajar dikaji kerana kali terakhir caruman majikan dinaikkan adalah pada tahun 2012.

Kamarul Baharin berkata, kenyataan Perdana Menteri untuk membincangkan berhubung cadangan menaikkan kadar caruman majikan itu juga, bertujuan meningkatkan simpanan pekerja semasa persaraan.

“MTUC amat mengagumi sikap YAB Perdana Menteri yang mementingkan masa depan pekerja, terutama pekerja bawahan,” katanya.

Menurutnya, sepertimana ucapan Perdana Menteri sempena Hari Pekerja pada Isnin lalu, beliau menegur pekerja eksekutif bahawa kejayaan sesebuah syarikat bukan hanya bergantung kepada golongan eksekutif.

“Pekerja bawahan seperti tukang cuci juga memainkan peranan dan perlu dihargai,” katanya.

Pada masa sama, Kamarul Baharin berkata, MTUC berharap cadangan kenaikan caruman KWSP berjaya direalisasikan dan perbincangan segera dengan pihak berkepentingan, dapat dilakukan.

“MTUC menasihati semua pihak agar tidak memberi gambaran buruk terhadap cadangan ini kerana akhirnya yang mendapat kesan adalah rakyat,” katanya.

Semalam, media melaporkan kira-kira sejuta pekerja perusahaan makro, kecil dan sederhana (PMKS) dijangka diberhentikan jika cadangan meningkatkan bahagian caruman majikan bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaksanakan.

Jabatan Perangkaan pada Februari lalu memaklumkan, kadar pengangguran negara menurun kepada 3.5 peratus, iaitu sebanyak 591,000.

Bagaimanapun, pihak majikan terbabit berkata, jika kerajaan mewajibkan kenaikan caruman majikan sehingga 20 peratus, angka pengangguran dikhuatiri melonjak mendadak.

Sektor PMKS terdiri daripada perusahaan rata-rata dimiliki Bumiputera dan mempunyai antara lima hingga 200 pekerja, membekalkan khidmat serta produk kepada pasaran tempatan.

Pemangku Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon dilaporkan berkata, kos operasi PMKS dijangka melonjak jika kadar caruman KWSP bagi majikan, benar-benar dinaikkan sehingga 20 peratus.

Jelasnya, Malaysia mempunyai sekitar sejuta PMKS dan maji­kan ketika ini sedang bergelut bagi menstruktur semula perniagaan masing-masing, selepas COVID-19, selain menyesuaikan perniagaan dengan tekanan ekonomi semasa.

Gaji dan sewa, katanya, adalah dua perkara utama bagi majikan, justeru mereka ini yang tidak mampu membuat caruman setinggi dicadangkan akan berdepan masalah

Anwar ketika ditemui media selepas menyempurnakan Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 1 Mei lalu dilaporkan berkata, cadangan supaya kadar caruman (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus, berbanding 13 peratus ketika ini akan dibincang kerajaan.

Perdana Menteri memaklumkan, cadangan berkenaan sudah dikemukakan, tetapi belum dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

“Itu (cadangan) ada dikemukakan, tetapi kita belum bawa kepada Jemaah Menteri, akan dibincangkan dahulu (kerana) keputusan dasar, ada impak (kepada) kerajaan dan majikan,” katanya.

Pada 30 April lalu, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyenaraikan cadangan terbabit dalam 12 syor dikemukakan pihaknya untuk dipertimbangkan kerajaan, termasuk kajian semula umur bersara wajib.

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, pihaknya mahu majikan sektor awam dan swasta serta kerajaan, memberi keutamaan kepada 12 perkara itu dengan segera serta holistik, sebagai ‘hadiah’ sempena sambutan Hari Pekerja tahun ini. – Getaran, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bangunan Lama KWSP Terbakar Lagi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Jutaan Pencarum KWSP Bergelut Bina Semula Simpanan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Tatakelola Baik Kerajaan Perpaduan Berjaya Tarik Pelabur Luar, Tingkat Hasil Negara - Anwar

4

Semasa 2 minggu yang lalu

19 Parti Dalam Kerajaan Perpaduan Perlu Segerakan Keserasian - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai

Semasa 1 hari yang lalu

KKM Perhalusi Keperluan, Bukan Timbang Ambil Jururawat Luar - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cuaca Panas: Solat Hajat Mohon Doa Kesejahteraan Diadakan Esok - Na'im

Semasa 1 jam yang lalu

Skim Perubatan Madani Bermula 15 Jun Ini – Dr Zaliha

oleh Susan Albert