Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Lokasi Percutian Hujung Minggu Menyeronokkan!

Rasai pengalaman menggembirakan bersama keluarga sambil anak-anak anda mempelajari sesuatu yang baharu semasa percutian mereka.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 2:19PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga merupakan aktiviti paling berkualiti yang boleh anda lakukan pada setiap hujung minggu.

Tidak perlu mencari atau pergi ke lokasi yang jauh, terdapat banyak tempat yang menarik di sekitar Selangor untuk dikunjungi seisi keluarga. 

Anda dan keluarga boleh melakukan aktiviti kekeluargaan dan pelancongan yang menarik, sehingga anak-anak anda terlupa untuk bermain gajet seketika!

Berikut 10 lokasi percutian hujung minggu yang menyeronokkan, yang boleh anda kunjungi bersama keluarga dan orang yang tersayang:

#1 G2G Animal Farm 

G2G Animal Farm terletak di Taman Ekspo Agro Malaysia (MAEPS), Serdang. Ia merupakan sebuah zoo haiwan peliharaan mesra keluarga yang sesuai untuk pencinta haiwan.

Dekati dan berinteraksilah dengan haiwan-haiwan di sini dengan memberi makan dan membelai haiwan di Rumah Kucing, Rumah Merpati, Kandang Burung, Taman Arnab dan Taman Kura-Kura.

#2 Riverine Survival

Terletak di Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Riverine Survival merupakan satu lagi tarikan pelancongan yang harus anda lawati. 

Dibina di tengah-tengah gugusan pohon beringin yang cantik, taman tema ini memberikan lokasi teduhan yang nyaman untuk anda menghirup udara yang segar.

Berlarilah bebas di taman ini atau terokailah Garden Maze dan rumah pokok yang dibina di sekitar taman tema ini. Jangan lupa untuk mencuba Flying Fox!

#3 Clay Expression Enterprise

Terletak di Subang Jaya, Clay Expression adalah lokasi untuk mengasah kreativiti anda melalui pembuatan tembikar. Jangan risau, terdapat tenaga pengajar pakar yang sedia mengajar anda!

Anda boleh bermain dengan tanah liat atau hanya sekadar melepaskan stres. Aktiviti ini sangat menenangkan fikiran dan mampu membantu anda menumpukan perhatian.

Selain itu, ia juga mencabar kreativiti dan keazaman anda, mengembangkan ekspresi diri serta kemahiran dan imaginasi.

#4 RollerWa

Terletak di District K, Pusat Beli-Belah One Utama (1U), RollerWa merupakan gelanggang sukan luncur roda tertutup pertama di Malaysia.

Sesi bermain selama dua jam, merangkumi penyewaan gelanggang, kasut luncur dan peralatan keselamatan yang berharga RM38 untuk dewasa dan RM28 untuk peserta di bawah 18 tahun.

Jangan risau, sekiranya ia kali pertama anda bermain kasut luncur, terdapat tenaga pengajar atau pagar keselamatan untuk berpaut dan anak panah untuk membimbing anda melalui laluan.

#5 FlowRider

Juga terletak di 1U, kini anda boleh melayari ombak di dalam pasar raya! FlowRider merupakan sukan simulasi ombak yang membolehkan anda meluncur papan ombak.

Sama ada anda peluncur mahir mahupun pemula, alami gelombang ombak yang tidak berkesudahan ini dengan bantuan tenaga pengajar yang cekap. 

Arus air ini mengalir pada kelajuan 32 km/j di atas permukaan vinil yang menghasilkan ombak buatan yang sempurna.

#6 HL Dragon Fruit Eco Farm

Terletak di Sepang, anda boleh mengunjungi dan menikmati keindahan ladang buah naga di HL Dragon Fruit Eco Farm.

Di samping itu, anda boleh mempelajari cara mengusahakan tanaman buah naga dan cara penanamannya serta anda juga boleh memetik buah naga untuk dimakan. 

Ia bukan sekadar lawatan ladang, malah anda boleh menjamu selera di restoran yang menyajikan hidangan dan minuman yang berasaskan buah naga.

#7 Jump Street Asia

Terletak di Petaling Jaya, Jump Street Asia merupakan taman permainan trampolin. Anda bebas melompat, melantun, berguling atau melakukan sebarang aktiviti ‘menentang’ graviti yang lain.

Hampir seratus buah trampolin disambungkan untuk menjadi satu gelanggang trampolin besar. Melompatlah di gelanggang terbuka utama, gilap kebolehan ‘terbang’ di udara anda.

Selepas lelah bermain, singgah di Jump Cafe untuk menjamu selera dan menikmati secawan teh. 

#8 Cove Aerobar @ Discovery Park

Terletak di Gamuda Cove, Dengkil, Cove Aerobar merupakan yang pertama di Asia Tenggara.

Ia boleh memuatkan sehingga 15 orang dalam satu-satu masa dan menawarkan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. 

Menara peninjau aerobar ini mampu membawa anda sehingga 40 meter di atas udara. Anda boleh menikmati pemandangan sambil menikmati makanan yang disediakan. 

#9 Wet World Water Park

Raikan hari keluarga, parti hari jadi atau sesi perkelahan di taman tema pertama Shah Alam ini. Ia menjanjikan memori dan keseronokan untuk seisi keluarga dan sahabat handai.

Berkonsepkan mesra keluarga, tarikan air yang terdapat di sini boleh dimainkan oleh semua peringkat usia.

Antaranya, The Pirate Challenge, Kiddy Typhoon Lagoon, Pirate Cove, Segitiga Bermuda, Treasure Island dan air terjun bertingkat. 

#10 Future Land Fun Zone

Terletak di Sunway Pyramid, pusat hiburan keluarga futuristik ini menawarkan permainan realiti maya yang menghiburkan dengan teknologi canggih.

Bersedia untuk dihiburkan dengan pelbagai permainan simulator 360 yang pastinya mendebarkan! 

Antaranya, Simulator 360 Flight, Exojet, Mirror Maze, VR Hero, 6D Cinema dan VR Car. - Getaran, 19 Jun 2022

Gambar: Tourism Selangor

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

3

Politik 1 bulan yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

4

Politik 1 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi