Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 7:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Trust No One: The Hunt for the Crypto King’ (Netflix)

Ramai di antara kita yang mula melabur di dalam mata wang kripto. Namun, tidak ramai yang benar-benar tahu siapakah pengasas di sebalik kemunculan mata wang mata digital ini dan bagaimana mereka mampu mengembangkan perniagaan mereka sehingga ia menjadi besar.

Ada di antara pengasas mata wang kripto ini yang boleh dipercayai dan ada juga yang tidak. 

Dalam ‘Trust No One: The Hunt for the Crypto King’, dokumentari ini mengangkat kisah Gerald W. Cotton iaitu pengasas pertukaran mata wang kripto Kanada yang dipanggil Quadriga CX.

Cotton meninggal dunia pada tahun 2018, namun kematian cukup mencurigakan sehingga memaksa sekumpulan pelabur berusaha untuk merungkai misteri kematiannya apabila wang berjumlah USD250 juta yang dipercayai adalah milik mereka turut lesap.

Kematian Cotton memang tidak diuar-uarkan secara terbuka sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan persepsi yang tidak menyenangkan terhadap jutawan tersebut. Bahkan,  ia semakin menyakinkan pelabur-pelabur bahawa jutawan tersebut sengaja memalsukan kematiannya semata-mata untuk mencuri wang mereka.

Apakah kebenaran di sebalik kisah ini? Beberapa wartawan turut melakukan penyiasatan secara komprehensif terhadap kematian jutawan tersebut. Saksikan dokumentari ini di Netflix. – Ellyna Ali

 

‘Love the Way You Are’ (iQIYI)

Peminat siri drama Cina boleh mula menyaksikan siri popular ‘Love the Way You Are’ yang dibintangi Angelababy, Lai Kuan Lin, Dylan Wang dan ramai lagi.

Mengisahkan kisah romantis mudah tentang jejaka Xu Guang Xi lakonan ahli kumpulan Wanna One, Lai Kuan Lin yang memburu cinta Yin Ye lakonan Angelababy, seorang wanita tujuh tahun lebih tua darinya.

Mampukah dirinya menakluk cinta wanita tersebut saksikan 'Love The Way You Are' di iQiyi - Shah Shamshiri

 

‘Hospital Playlist’ (Netflix)

Penggemar drama rantaian Korea dan kisah-kisah kedoktoran, ‘Hospital Playlist’ perlu masuk dalam senarai mesti tonton anda. Memasuki musim kedua di Netflix, drama ini membariskan pelakon-pelakon popular seperti Jo Jung-suk, Yoo Yeon-seok, Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung and Jeon Mi-do.

‘Hospital Playlist’ berkisar tentang lima orang doktor yang berkawan sejak zaman kuliah dan bekerja di hospital yang sama.

Kelima-lima sahabat ini melalui hari-hari yang penuh konflik dan dalam masa yang sama perlu menjalani kehidupan seperti orang biasa. Setiap hari mereka juga harus melihat kehidupan dan kematian yang datang dan pergi.

Jika ditanya mengapa drama ini layak dijadikan tontonan di hujung minggu? Jawapannya cukup mudah, drama yang satu ini benar-benar berbeza seperti kebanyakan kisah kedoktoran yang lain.

‘Hospital Playlist’ berjaya mempersembahkan sebuah cerita yang lebih humanisme dengan mengangkat kehidupan golongan doktor, jururawat dan pelbagai golongan pesakit yang harus mereka hadapi.

Tambah menarik, ia turut disulami dengan kisah-kisah cinta yang menjadi taruhan atau ‘daya penarik’ untuk memastikan penonton kekal bersama sehingga kes siri-siri berikutnya. - Rahayu MN

 

S.W.A.T (Netflix)

Sebuah filem aksi jenayah berkisahkan tentang sebuah pasukan SWAT dikumpulkan oleh seorang jurulatih bernama Hondo (lakonan Samuel L. Jackson) bagi membentuk pasukan polis elit terbaik di bandar Los Angeles.

Mereka berhadapan dengan penjenayah yang telah mengumumkan secara terbuka di media dengan menawarkan USD100 juta kepada sesiapa sahaja yang berjaya melepaskannya daripada penjara.

Keadaan menjadi epik ketika proses penghantaran penjenayah tersebut yang dilaksanakan oleh pasukan SWAT terpaksa bertempur dengan penjenayah lain.

Ini termasuk pengkhianatan yang dilakukan oleh dua anggota SWAT lain kerana memilih untuk menerima tawaran tersebut.

Filem yang diarahkan Clark Johnson dan ditulis oleh David Ayer serta David McKeen ini ditayangkan pada 2003 dan kini boleh ditonton menerusi Netflix. - Izwan Ramlan 

 

‘Bullsh*t The Game Show’ (Netflix)

‘Bullsh*t The Game Show’ ialah sebuah siri rancangan permainan trivia terbaru terbitan Netflix dan dihoskan oleh pengacara, Howie Mandel.

Permainan ini menawarkan peluang untuk peserta memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah USD$100,000 (secara berperingkat) walaupun mereka tidak tahu jawapan yang betul.

Sepanjang permainan, peserta perlu menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Menariknya, sekiranya peserta itu tidak tahu jawapannya, dia hanya perlu menjawabnya secara rawak dan berpura-pura jawapannya itu tadi adalah jawapan yang betul.

Dia hanya perlu menyakinkan atau menipu tiga orang juri yang bakal mendengar penjelasannya tentang jawapan pilihannya itu.

Sekiranya juri yakin dan percaya dengan ‘penjelasan’ yang diberikan, peserta tersebut bakal mara ke soalan seterusnya walaupun jawapan yang diberikannya itu adalah jawapan yang salah.

Ia permainan mental dan manipulasi. ‘Bullsh*t The Game Show’ sememangnya sebuah rancangan permainan yang lain daripada yang lain. - Zaidi Che - Getaran, 18 Jun 2022

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ahli Parlimen Dilarang Buat Penstriman Langsung Di Parlimen

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat