web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Di Balik Gumukan Pasir Abu Dhabi

Editor Gaya Hidup dan Hiburan Getaran berkongsi pengalamannya di kota padang pasir yang serba moden, Abu Dhabi.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Mar 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ingatkah anda dengan filem Sex & The City 2 dahulu di mana Carrie Bradshaw dan rakan-rakannya diberi peluang menikmati percutian mewah di Abu Dhabi? 

Ternyata, ia mampu dikecapi jika anda bijak menyusun jadual dan kewangan.  

Abu Dhabi ialah ibu kota dan bandar kedua terpadat di Emiriah Arab Bersatu (selepas Dubai). Ia terletak di sebuah pulau di Teluk Parsi, di luar Pantai Barat Tengah. 

Abu Dhabi menempatkan pejabat kerajaan tempatan dan persekutuan serta merupakan kediaman Kerajaan Emiriah Arab Bersatu dan Majlis Petroleum Tertinggi. 

Bandar ini merupakan rumah bagi Presiden UAE, yang merupakan ahli keluarga Al-Nahyan. Perkembangan dan perbandaran yang pesat di Abu Dhabi, ditambah dengan rizab dan pengeluaran minyak dan gas yang besar dan pendapatan purata yang tinggi, telah mengubahnya menjadi metropolis yang besar dan maju. 

Hotel The Ritz Carlton Abu Dhabi
Hotel The Ritz Carlton Abu Dhabi

Ia adalah pusat politik dan industri negara, serta pusat budaya dan perdagangan utama. Abu Dhabi menyumbang kira-kira dua pertiga daripada ekonomi UAE bernilai kira-kira $ 400 bilion. 

Untuk tujuan pelancongan ada beberapa tempat yang harus dikunjungi. Destinasi pertama yang harus anda lawati sudah tentulah mercu tanda Abu Dhabi yang paling popular iaitu Masjid Besar Sheikh Zayed! 

Satu sisi Masjid Besar Sheikh Zayed
Satu sisi Masjid Besar Sheikh Zayed

Terinspirasi daripada bangunan-bangunan Islam yang lain dari merata dunia, masjid ikonik ini merupakan satu kejayaan seni bina Islam yang harus dilawati. 

Yang beragama Islam boleh menunaikan solat di sini dan bagi yang bukan beragama Islam, anda boleh turut sama mengunjunginya dengan syarat menutup aurat dan berpakaian sopan.

Selesai menikmati keindahan masjid apa kata cuba sesuatu yang agak unik. Sia-sialah kalau berkunjung ke negara Timur Tengah tanpa menikmati keindahan alam semula jadi padang pasir. 

Jadi pastikan anda mencuba pengalaman safari padang pasir di The Arabian Nights Village, di mana anda akan dibawa ke tengah padang pasir di sebuah resort terpencil yang mirip rumah-rumah dalam filem P.Ramlee Ali Baba Bujang Lapok. 

Anda akan dibawa mencuba pelbagai aktiviti seperti menaiki unta dan juga aktiviti lebih lasak iaitu meredah gumuk-gumuk pasir yang curam menaiki pacuan empat roda atau lebih dikenali sebagai ‘dune bashing’.

Aktiviti ini memang sangat popular sekarang dan diminati oleh ramai orang. 

Jangan risau, ia tidak merbahaya sama sekali. Ia mungkin sedikit mendebarkan kerana kenderaan bergerak pada tahap yang agak laju sambil bentuk padang pasir berubah-ubah mengikut kondisi angin, namun ia sangat menyeronokkan. 

Rasai adrenalin semasa kereta bergerak naik ke atas dan berpacu menjunam ke bawah! 

Selesai aktiviti lasak, anda akan disajikan makan malam dengan sajian Arab asli sambil diiringi tarian gelek Arab. Seperti kisah 1001 malam, pengalaman ini tidak harus dilepaskan!

Selain aktiviti lasak itu, Abu Dhabi juga terkenal dengan sebuah taman tema buat anda yang sukakan tarikan dan permainan lain. 

Ia bukan taman tema biasa tetapi taman tema Ferrari World. Taman tema ini dibuat berlandaskan jenama kereta mewah Ferrari yang menempatkan pelbagai permainan menarik. 

Tumpuan utama sudah tentulah roller coaster terpantas dunia iaitu Formula-Rossa! Buat anda yang sukakan cabaran adrenalin, ini mungkin buat anda!

Satu lagi tarikan unik di Abu Dhabi adalah hospital khas buat burung, terutamanya burung falkon. 

Ya! Abu Dhabi mempunyai sebuah hospital burung yang dikenali sebagai Abu Dhabi Falcon Hospital. Ia sebenarnya khas buat burung-burung falkon yang banyak dijaga sebagai binatang peliharaan oleh golongan berada Abu Dhabi. 

Di sini, burung-burung ini akan dirawat dan diberikan layanan khas seperti manusia yang mengunjungi hospital mewah. 

Mata burung falkon ditutup sewaktu rawatan untuk memastikan ia kekal tenang
Mata burung falkon ditutup sewaktu rawatan untuk memastikan ia kekal tenang

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa burung falkon boleh menaiki pesawat kapal terbang dan duduk bersama tuannya dengan pasport mereka sendiri! Pelancong berpeluang menyaksikan fenomena ini sewaktu berangkat pulang dari Abu Dhabi.

Selain ibu kotanya yang menarik, jelas ternyata ada banyak lagi tarikan lain di Abu Dhabi, bandar serba mewah ini. 

Kami yakin anda akan menyukainya jika berpeluang melawat sendiri. Jadi selesai pandemik nanti pastikan Abu Dhabi berada dalam senarai percutian anda! - Getaran, 28 Mac 2021

Semua gambar: Shah Shamshiri
 

Isu Pada

Sharifah Sakinah Kalis Peluru

27 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia, UAE Jalin Kerjasama Pelaburan - PM

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini