Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Lokasi Percutian Baharu Yang Anda Harus Kunjungi!

Lawati 10 tempat pelancongan terbaharu yang tular dan mungkin anda tidak tahu di Selangor.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jun 2022 9:17AM

Gambar Instagram @dvirtualparkbangi

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebenarnya negeri Selangor bukan sahaja terkenal sebagai pusat komersial dan ekonomi, malah ia mempunyai tarikan pelancongannya sendiri, merangkumi aspek budaya, alam dan makanan.

Di era media sosial ini, menjejak trend pelancongan menjadi salah satu aktiviti keperluan di dalam kehidupan generasi masa kini.

Lokasi-lokasi pelancongan kebiasaan dan terkenal tidak lagi menjadi idaman dan pilihan di hati para pelancong domestik.

Mereka tercari-cari di mana lagi tempat yang unik dan menarik untuk mereka lawati, sekali gus menghabiskan masa senggang bersama keluarga dan yang tersayang.

Nah, tandakan kotak yang paling sesuai dengan bajet dan keinginan pelancongan anda, berikut kami senaraikan 10 lokasi percutian baharu di Selangor yang harus anda kunjungi!

Gambar Instagram @dvirtualparkbangi
Gambar Instagram @dvirtualparkbangi

#1 D Virtual Park

Merupakan taman tema realiti maya pertama di Malaysia yang terletak di dalam EvoMall Bangi. Ia memberikan anda pengalaman permainan revolusioner yang memacu andrenalina.

D Virtual Park turut memaparkan teater hologram. Ia juga mempunyai lapan tarikan realiti maya lain yang sedia untuk membuat anda ‘sesat’ di dalam alam maya!

Gambar Instagram @splatterartfactory
Gambar Instagram @splatterartfactory

#2 Splatter Art Factory

Ingin melepaskan tekanan melalui seni? Kunjungilah Splatter Art Factory di Subang Jaya! Anda akan diperkenalkan dengan pengalaman seni yang sangat unik dan menyeronokkan.

Anda akan dibekalkan dengan kanvas, berus, peralatan mewarna, cat warna akrilik, kasut dan baju ponco keselamatan serta pelindung mata.

Kemudian, berdasarkan imaginasi anda, anda boleh mencipta seni menggunakan pelbagai pendekatan yang ditawarkan sesuai keinginan anda.

Gambar Instagram @Rumapokok
Gambar Instagram @Rumapokok

#3 Ruma Pokok

Terletak di Sungai Pelek, Sepang, ia merupakan sebuah kafe yang berkonsepkan tumbuhan. Kafe unik ini mengetengahkan elemen alam dan seni.

Ia menyajikan makanan barat seperti bebola daging, ikan bersalut kentang dan nasi ayam mentega. Dekorasi dan kepelbagaian pohon hijau menjadikan ia sesuai untuk sesi #OOTD.

Istimewanya, anda bukan sahaja boleh menikmati sajian dalam suasana yang tenang, malah anda turut boleh membeli pelbagai jenis pokok yang terdapat di sini.

Gambar Tourism Selangor
Gambar Tourism Selangor

#4 Riverine Splash

Terletak di Pulau Carey, taman tema ini mempunyai 12 tarikan unik dan gelongsor yang harus anda cuba, antaranya Anaconda Tube Slide, Rimba River, Survival Park dan Kiddie Beats.

Tutup pada setiap hari Selasa, harga tiket dewasa adalah RM58 manakala tiket kanak-kanak adalah RM38 untuk sepanjang hari. 

Gambar Instagram @stars_archery
Gambar Instagram @stars_archery

#5 Stars Archery

Terletak di Petaling Jaya, Stars Archery merupakan lokasi pengendali jarak jauh memanah dalaman terbesar di Malaysia.

Ia bertujuan untuk memperkenalkan sukan memanah kepada rakyat Malaysia. Memanah merupakan sukan yang boleh dicuba oleh semua peringkat masyarakat.

Tanpa mengira anda bertaraf pemanah profesional atau pemula, jom lepaskan stres di Stars Archery dengan santai dan menghiburkan! 

Gambar Tourism Selangor
Gambar Tourism Selangor

#6 Nanas Montel Cafe

Hidangan berasaskan nanas, pastinya menyelerakan. Terletak di Serdang, Nanas Montel Cafe menawarkan aiskrim dan manisan nanas yang tidak pernah anda rasai sebelum ini.

Cuba juga jus nanas, popia dan karipap panas! Selain itu, anda juga boleh menginap di Nafas Cube yang begitu selesa dan mendamaikan.

Gambar Facebook Saville Free Range Agro - Saville Wonderland
Gambar Facebook Saville Free Range Agro - Saville Wonderland

#7 Saville Wonderland

Selamat datang ke Saville Farm yang terletak di Semenyih. Ia merupakan ladang agro yang menjadi pusat penetasan, penternakan dan jualan ayam kampung.

Anda juga boleh melawat Mini Santuari Kancil/Pelanduk, memancing ikan air tawar, petting zoo, ATV ride, melawat Taman Ulaman dan Herba serta bermalam di rumah inap.

Nikmati pemandangan kolam ikan dan anak sungai yang tenang dan rasai suasana ladang ternakan semasa menginap di sini. 

Gambar Facebook 20 Laman Cafe
Gambar Facebook 20 Laman Cafe

#8 20 Laman Cafe

Terletak di Bangi, 20 Laman Cafe menawarkan makanan tradisional Negeri Sembilan. Antara menu utama seperti Lemak Cili Padi Ikan Salai dan Lemak Cili Padi Daging Salai.

Terdapat juga pelbagai hidangan masakan Melayu dari negeri-negeri yang lain dan aneka ulaman untuk dicuba. Anda juga boleh menikmati Asam Pedas Melaka dan Tempoyak Ikan Patin Pahang.

Gambar Tourism Selangor
Gambar Tourism Selangor

#9 Paya Indah Discovery Wetland

Terletak di Dengkil, Paya Indah Discovery Wetland merupakan taman tanah lembap terbesar di Lembah Klang. 

Ia kawasan kehijauan ekosistem yang subur seluas 1,111 ekar dan merupakan tempat perlindungan alam semula jadi. 

Terdapat sebuah tasik besar, menjadikan ia sebagai persekitaran yang sesuai untuk pecinta flora dan fauna. Siapa kata Selangor tiada lokasi ekopelancongan?

Gambar Facebook Future Land Fun Zone
Gambar Facebook Future Land Fun Zone

#10 Future Land Fun Zone

Berada di dalam Sunway Pyramid, pusat hiburan keluarga ini menawarkan aktiviti realiti maya yang menghiburkan, lengkap dengan teknologi canggih.

Jangan ketinggalan untuk bermain tarikan-tarikan permainan masa hadapan di sini seperti Simulator 360 Flight, ExoJet, Mirror Maze, VR Hero, 6D Cinema dan VR Car Simulator.

Layari Selangor Travel untuk maklumat lanjut. – Getaran, 12 Jun 2022

Isu Pada

Siapa Di Hati Azrel Ismail?

11 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu