Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


10 Rekod Pencapaian Di Malaysia Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai pencapaian serta rekod-rekod kejayaan. Di sini kami kongsikan beberapa rekod tempatan yang mungkin belum anda ketahui.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jun 2022 2:27PM

Gambar Malaysia Book of Records dan Twitter Eddin Syazlee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita sering mengikuti media massa dan mendengar pelbagai kejayaan serta pencapaian yang pernah diraih oleh manusia sejagat.

Dari manusia pertama yang menjejakkan kaki di permukaan Bulan sehinggalah wanita tertua di dunia. Semuanya pasti dikongsi oleh media antarabangsa.

Di negara kita sendiri sebenarnya terdapat banyak rekod-rekod kejayaan yang mungkin kita tidak ketahui atau pernah dengar.

Minggu ini kami kongsikan 10 rekod pencapaian menarik yang pernah tercatat dalam sejarah Malaysia.

 

Persembahan Mainan Biola Pertama di Dalam Air 

Pada 2 April 2019, bersempena dengan pelancaran Minggu Sains Kebangsaan di Pusat Sains Negara, Loo Mei Hui (yang juga dikenali dengan nama pentasnya Megan Mei) menjadi orang pertama yang membuat persembahan mainan biola di dalam air di  Akuarium Air Tawar pusat tersebut.

Acara tersebut telah dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Gambar Malaysia Book of Records
Gambar Malaysia Book of Records

 

Remaja Lelaki Paling Tinggi di Malaysia

Sekitar sepuluh tahun yang lalu, Sheikh Akmal Sheikh Imam, yang lahir pada Mei 22, 1996 di Hospital Besar Seremban pernah mencatat rekod sebagai remaja paling tinggi di Malaysia. 

Dia mempunyai ketinggian 2.04m semasa berusia 15 tahun dan 6 bulan. Pelajar Sekolah Menengah Senawang ini merupakan anak bongsu tiga beradik dan dikenali dengan nama Panjang dalam kalangan rakan sekolahnya. Tika itu, dia mempunyai berat 56kg dan memakai kasut bersaiz 13.

Kini Akmal sudahpun berkahwin namun masih menjadi perhatian gara-gara ketinggiannya.  

 

Perarakan Porsche Terbesar

Pada 3 Ogos, 2019, sejumlah 320 buah kereta Porsche mencipta nama di dalam Malaysia Book of Records untuk Perarakan Porsche Terbesar.

Acara yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang ini telah dianjurkan oleh Porsche Club Malaysia dan Sime Darby Auto Performance Sdn Bhd (SDAP), selaku pengedar sah Porsche di Malaysia.

Acara itu telah diadakan bersempena Porsche Sportscar Together Day 2019 dan menyaksikan deretan kereta Porsche tersusun di litar berprestij tersebut.

Gambar Malaysia Book of Records
Gambar Malaysia Book of Records

 

Wanita Tertua Di Malaysia 

Sehingga tahun 2017, seorang wanita bernama Puan Ahmad pernah bergelar wanita tertua di Malaysia. Beliau meninggal dunia pada usia 121 tahun. 

Puan dilahirkan pada 12 April 1896 di Tasik Melati, Perlis. Sepanjang hidupnya yang lebih satu abad, Puan tidak mengalami sebarang penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis ataupun sakit jantung.

Gambar Malaysia Book of Records
Gambar Malaysia Book of Records

 

Bilangan Kumpulan Kugiran Terbanyak Membuat Persembahan Secara Serentak Dalam Sebuah Konsert Siaran Langsung

Bersempena dengan Majlis Perdana Ambang 2020 dan Tahun Melawat Malaysia 2020, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah berjaya memahat nama di dalam Malaysia Book of Records selepas berjaya menganjurkan ‘Bilangan Kumpulan Band Paling Banyak Membuat Persembahan Secara Serentak Dalam Sebuah Konsert Siaran Langsung’.

Sebanyak 30 kumpulan popular termasuk Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo, Datuk Awie dan Dragon Malaysia membuat penampilan dan mempersembahkan tiga lagu secara serentak di sebuah pentas yang besar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ia turut dihadiri Datuk Suriani Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, yang telah menyampaikan sijil kepada peserta.

Gambar Malaysia Book of Records
Gambar Malaysia Book of Records

 

Sistem Transit Aliran Ringan Automatik Terpanjang di Dunia

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Automatik terpanjang hasil Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (PUTRA), pernah dinobatkan sebagai sistem keretapi automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia! 

Ia menyusuri 29km dan melalui 24 stesen di antara Kelana Jaya, Petaling Jaya dan Terminal Putra di Gombak, Kuala Lumpur. 

Sungguhpun banyak sistem pengangkutan seperti ini wujud di Barat dan negara-negara Asia Utara namun kebanyakannya menggunakan pemandu.

Di Malaysia, sistem yang bergerak secara automatik ini memulakan operasi pada 1998. Ia adalah anak syarikat milik penuh Renong Bhd, yang diberi hak membina dan mengendalikan sistem LRT kedua di Lembah Kelang.

 

Pemberat Paling Berat Yang Diangkat Menggunakan Dua Jari (Wanita)

Pada 21 Julai, 2019, seorang wanita bernama Shasheladevi, 28, mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records selepas berjaya mengangkat berat seberat 47kg dengan hanya menggunakan dua jari selama masa 9 saat. 

Rekod tersebut telah dicipta di kompleks sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang.

Sehingga kini masih belum ada yang dapat memecahkan rekod tersebut!

Gambar Malaysia Book of Records
Gambar Malaysia Book of Records

 

Hijab Paling Mahal Yang Diperbuat Dengan Kristal Swarovski

Pada 13 Ogos 2020, Bawal Exclusive Sdn Bhd tersenarai dalam Malaysia Book of Records dengan memiliki hijab termahal yang diperbuat dengan kristal Swarovski. Hijab tersebut bernilai RM100,000.00. 

Tudung berukuran 1.14 meter itu dihiasi dengan 7,512 keping kristal swarovski dengan pelbagai warna dan bentuk. 12 pekerja Swarovski di Austria telah terlibat dan mengambil masa 320 jam untuk menyiapkannya. Penyampaian sijil telah diadakan di St. Regis, Kuala Lumpur.

Gambar Malaysia Book of Records
Gambar Malaysia Book of Records

 

Jumlah Lebah Terbanyak di Badan Manusia (Lelaki) 

Pada 5 November 2018, pelawak tersohor Shahmira bin Muhamad yang lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu, serta Amirul Hisyam bin Mohd Sakri dan Pablo Amirul, berjaya mencatatkan rekod apabila mampu bernafas dengan selesa biarpun dikerumuni 340, 000 ekor lebah selama kurang 30 minit!

Saat itu Shuib baru hendak bermula menceburi perniagaan berkaitan madu lebah dan dengan ini syarikatnya  Madu Tiga Sdn Bhd berjaya memasuki The Malaysia Book of Records kerana menganjur cabaran lebah tersebut. 

Gambar Twitter Eddin Syazlee
Gambar Twitter Eddin Syazlee

 

Masa Paling Lama Melompat Tali Oleh Individu

Pada 1 September 2019, Encik Gunalan Visvanathan berjaya memasuki Malaysia Book of Records untuk ‘Masa Paling Lama Melompat Tali Oleh Seorang Individu’. 

Dia berjaya menyiapkan cabaran ini untuk 24 jam dengan 38,798 lompatan. 

Cabaran itu bermula pada 31 Ogos 2019 dan berakhir 1 September 2019 di rumah beliau di Pearl Avenue Condo, Kajang, Kuala Lumpur.

Ini hanyalah beberapa sahaja kejayaan kecil yang pernah dicapai oleh manusia-manusia dan pertubuhan-pertubuhan hebat di negara kita. Ada banyak lagi yang boleh anda cari dan mungkin akan mengagumkan anda! - Getaran, 12 Jun 2022

Gambar Malaysia Book of Records
Gambar Malaysia Book of Records

Sumber : The Malaysia Book of Records

Isu Pada

Siapa Di Hati Azrel Ismail?

11 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam