Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Siapa Di Hati Azrel Ismail?

Aktor tampan yang memegang status 'eligible bachelor' ini masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya, bahkan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya seni lakonnya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 10:12AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap hari, dia tidak pernah gagal untuk melakukan sesi senaman di gim dan dia akan ke pusat gim seawal jam tiga pagi untuk melaksanakan rutin hariannya itu.

Setiap hari juga dia akan berkongsi aktiviti sesi senamannya itu di Instagramnya, @azrelismail dengan menyelitkan sama pilihan lagu-lagu latar yang cukup menarik. 

Ya, jam tiga pagi! Kedengaran aneh bukan? Dan ia membuatkan kita terfikir, jam berapa pula jejaka tampan kelahiran Taiping, Perak ini melelapkan mata setiap malam?

Azrel Ismail tertawa apabila diajukan soalan itu. 

“Saya memang suka melakukan senaman gim dan akan menghabiskan masa lebih satu jam apabila berada di sana. 

“Kalau saya tak pergi gim dan tidak melakukan senaman, saya rasa seolah-olah seperti serba tidak kena. 

“Sebab bila saya melakukan senaman setiap pagi, ia akan membuatkan diri dan mood saya menjadi lebih segar dan seronok untuk memulakan hari itu,” katanya yang menjadi penghias wajah TARA pada minggu ini. 

Memiliki kulit sawo matang yang menyerlahkan lagi sifat maskulinnya itu, Azrel yang sudah pun menginjak usia 38 tahun pada tanggal 16 Januari lalu ini juga memberitahu dia hanya akan berhenti melakukan senaman di gim itu sebelum masuknya waktu Subuh. 

“Selepas Subuh, saya akan sambung pula dengan berjoging,” katanya sambil tersenyum. 

Tidur pula bagaimana? 

“Saya selalunya akan tidur seawal jam 10 malam. Kalau saya sibuk dengan penggambaran dan ia memerlukan saya berada di lokasi awal pagi, saya akan cari masa untuk melakukan senaman gim pada waktu lain. 

“Tidak kisahlah sesibuk mana pun, saya memang akan cuba mencuri waktu untuk bersenam di gim pada hari itu,” katanya. 

 

Tidak Lagi Dikaitkan Dengan Remy Ishak 

Seringkali disalah anggap atau disamakan dengan aktor Remy Ishak kerana memiliki mirip wajah yang seakan-akan hampir sama, Azrel mengakui dia sudah lali akan hal itu. 

“Tahun ini sudah enam tahun saya berada di dalam industri. Waktu mula-mula saya masuk di dalam industri ini, memang sering orang salah anggap saya ini Remy Ishak.

“Kebetulan waktu itu, Remy tengah berlakon 'Nur Kasih' dengan Tiz Zakiyah. Ada yang siap datang kepada saya untuk minta ambil foto lagi kerana menyangka saya ini Remy. 

“Perkara itu banyak terjadi. Nak kata rimas pun tidak juga. Tapi, sebetulnya, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya bertapak di dalam industri ini. 

“Sebab bila sesebuah produksi tidak berjaya mendapatkan Remy untuk berlakon di dalam drama terbitan mereka, saya pula yang dicari. Dari situ, orang tahu kewujudan saya,” katanya. 

Azrel bagaimanapun mengakui bahawa kini sudah ramai yang mengenalinya sebagai Azrel Ismail dan sudah dapat membezakan antara dia dengan Remy.  

“Disebabkan wajah kami yang sama juga, kami turut digandingkan bersama dalam filem Pulang arahan Kabir Bhatia. 

“Remy jadi bapa saya dan saya pula jadi anak dia. Kabir memang mahu kami berlakon bersama. Kerana filem itu juga, kami pertama kali bertemu dan berdepan di antara satu sama lain. 

“Dalam pertemuan pertama kali itu, dia mengakui tahu tentang persamaan wajah kami. Dia okey sahaja. 

“Tapi nak buat macam mana, kan? Memang ini kerap berlaku di dalam industri ini. Pelakon Saharul Ridzwan misalnya, awalnya dikaitkan mempunyai wajah yang sama dengan Datuk Aaron Aziz,” katanya lagi yang mengakui apa yang dilaluinya itu mewarnakan lagi perjalanan kerjaya sebagai anak seni dalam bidang kerjaya lakonan. 

 

Pencapaian Dalam Industri Lakonan 

Selama enam tahun menceburi industri lakonan dan dunia perfileman, Azrel mengakui bahawa dia masih belum berpeluang untuk menggenggam sebarang trofi anugerah. 

“Berada dalam senarai pencalonan, memang banyak. Tapi menang anugerah belum lagi. Masih belum ada rezeki. 

“Tapi Alhamdulillah, nama saya saya seringkali lepas di stesen-stesen televisyen. Saya rasa itu juga satu sangat penting. 

“Sebab itu menandakan stesen-stesen televisyen ini mengenali kita. Bagi saya, itulah pencapaian paling tinggi setakat ini,” katanya. 

Seperkara lagi kata Azrel, dia juga banyak diberikan peranan yang pelbagai untuk projek-projek drama dan filem. 

“Saya sudah merasa watak sebagai lelaki yang sweet, garang, jahat (antagonis) mahupun yang bermain dengan emosi. 

“Bahkan saya juga berpeluang untuk bermain teater dan memegang watak sebagai seorang pahlawan bernama Kijang Mas menerusi pementasan Putri Santubong: The Warrior Princess bersama Maya Karin sebagai pasangan teraju utama. 

“Memang sukar bermain teater ni dan tidak ramai yang berani untuk melakukannya. Tapi, saya memang sengaja mengambil peluang itu untuk mencabar diri dan kemampuan saya untuk beraksi di gelanggang teater. 

“Digandingkan bersama Maya Karin, bukanlah perkara mudah. Maya Karin adalah satu nama yang besar. Jadi, saya perlukan seimbangkan persembahan lakonan saya dengan dia. 

“Tapi, Alhamdulillah, pementasan yang diadakan di Perkampungan Budaya Sarawak itu telah berlangsung dengan suksesnya. 

“Saya tidak pasti bila ia akan dipentaskan lagi. Tapi, jika ada, saya tidak keberatan untuk beraksi lagi di pentas teater sebagai Kijang Mas,” katanya sambil tertawa. 

 Dalam perkembangan lain, Azrel bakal muncul dalam drama seram sebanyak 12 episod yang bakal ditayangkan di slot baharu TV3. 

“Ada beberapa lagi supertele dan drama untuk beberapa stesen televisyen. Bahkan, saya juga bakal muncul dalam filem berjudul Piko yang akan ditayangkan pada bulan Oktober ini. 

“Alhamdulillah, nampaknya tahun ini memang tahun yang agak sibuk. Maklumlah sebelum ini, sudah dua tahun industri kita sepi tanpa aktiviti. 

“Bila PKP sudah dilepaskan, semua penggiat seni pun sudah makin sibuk,” katanya. 

 

Siapa Di Hati Azrel Ismail? 

Pada usia yang bakal menghampiri 40-an, ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita yang bertuah yang berjaya bertakhta di hati aktor tampan ini. 

Adakah hatinya sudah dimiliki? Atau masih ingin mengekalkan status eligible bachelor? Sedangkan ramai rakan-rakan aktor di sekelilingnya sudah pun mendirikan rumah tangga. 

Kata Azrel, buat masa ini, dia masih tidak mahu memikirkan hal tersebut. 

“Banyak perkara yang saya ingin fokuskan di dalam kehidupan ini terutama dalam bidang kerjaya lakonan saya. 

“Kita dah kehilangan dua tahun yang sangat berharga kerana COVID-19 dan PKP. Jadi, apa yang kita hilang itu sudah dikembalikan semula. 

“Dan, bila kita kembali, ia akan membuatkan kita sibuk dan adakala kesibukan itu mengambil masa yang panjang, membuatkan kita sendiri jadi lupa tentang dunia peribadi kita. 

“Jadi buat masa ini, biarlah saya fokus dahulu dengan kerjaya seni. Sampai saya rasa puas dan terfikir bahawa saya perlu memikirkan soal kehidupan peribadi saya, barulah saya akan memikirkannya,” katanya lagi. 

Sama ada dia lebih selesa menjalinkan hubungan dengan wanita dari sektor industri yang sama atau yang berada di luar kerjaya seninya, Azrel berkata, sukar untuk dirinya menjelaskan hal itu. 

“Sebab yang penting di sini adalah keserasian. Saya open tentang siapa pun,” katanya yang pernah menyertai Pertandingan Lelaki Maskulin pada tahun 2008/2009.

Selain kerjaya seni, dia juga sibuk menumpukan perhatian terhadap bisnes kafe yang diceburinya bersama abangnya. 

“Kafe yang diusahakan abang saya itu bernama Kafe 98. Ia terletak di Lake Fields, Sungai Besi. Sudah dua tahun kami membuka perniagaan tersebut. 

“Latar belakang saya adalah dalam bidang pengurusan hotel. Jadi bidang F&B memang antara yang saya gemari. Sebab itulah saya buka Kafe 98 ini bersama abang saya. 

“Ia adalah perniagaan keluarga dan tugas saya adalah untuk membuat pemasaran sebanyak yang boleh dengan masa terluang yang ada. 

“Saya akan bertemu dengan client atau adakan sesi bertemu peminat di sana,” katanya lagi yang mengakui terselit rindu terhadap bidang perhotelan yang pernah diceburinya suatu ketika dahulu. 

Azrel juga mengakui mempunyai impian untuk membuka rumah produksinya sendiri suatu hari nanti. 

“Mengapa tidak? Sebab kita sudah ada pengalaman dalam industri ini. Jadi mengapa tidak gunakan pengalaman yang ada itu untuk membuka rumah produksi?” soalnya sambil mengakhiri perbualan. 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Azrel Ismail

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Shah Shamshiri

Penyelaras : Shah Shamshiri 

Teks: Ellyna Ali

Suntingan Teks : Ili Farhana

Arahan Seni : Abdul Hanif Zahari 

Penataan Gaya : Elyna Ali Dibantu El Manda Zuhairy 

Solekan & Dandanan : El Manda Zuhairy

Busana : Stampd, ADLV, Ksubi dan Frame dari Mind/Kind

Kasut : Axel Arigato dan Naked Wolfe dari Mind/Kind

Jurugambar : Mohd Azim Rahman

Juruvideo : Abdul Hanif Zahari 

Suntingan Video : Muharram Kasim

Reka Letak : Abdul Hanif Zahari 

Lokasi: Mind/Kind di Lalaport Kuala Lumpur

(Sekalung penghargaan buat Cik Farha M Shaid, Sunitha Thayaparan dan Yusairi Fitri dari The Melium Group)

Isu Pada

Siapa Di Hati Azrel Ismail?

11 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Terima kasih Tuah, Hadir Dalam Hidup Ayah Dan Bonda - Remy Ishak 

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Kenapa Comel Sangat Ni Tuah Alam?

3

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi