web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terima kasih Tuah, Hadir Dalam Hidup Ayah Dan Bonda - Remy Ishak 

Tuah Alam turut dipertontonkan dalam program Oh Baby Remy: Tuah Oh Tuah yang ditayang pada jam 8.30 malam, setiap Selasa di saluran Astro Gempak

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 2:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah hampir empat bulan, akhirnya aktor terkenal tanah air, Remy Ishak berkongsi wajah anak sulungnya, Tuah Alam di media sosial.

Bayi comel yang dilahirkan pada 27 Julai lalu itu turut muncul dalam program khas dikenali sebagai Oh Baby Remy: Tuah Oh Tuah di saluran Astro Gempak.

Menerusi hantaran di Instagram, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak meluahkan rasa syukur terhadap kurniaan tersebut dan berterima kasih kepada peminat yang menonton rancangan anaknya itu.

“Terima kasih Tuah, hadir dalam hidup Ayah & Bonda. Thank you aunties uncles, acik acik sudi tonton #ohbabyremy 1st episode tadi, kenalkan anakanda kami, Tuah Alam Remy Ishak. Doa yang baik-baik untuk keluarga kecil kami,” kata Remy.

Selain itu, Remy dan isterinya juga turut berkongsi akaun Instagram anaknya, @tuah.alam untuk peminat yang mahu mengikuti perkembangan serta aktiviti Tuah. 

Perkembangan terkini dikongsikan Remy itu menerima respon positif peminat, dengan majoriti turut melahirkan rasa gembira dan mendoakan kesejahteraan keluarga aktor popular tersebut.

Ramai juga menyifatkan wajah comel Tuah Alam persis ibunya, Roszaliza Yusoff atau Ezza.

“Masya Allah, anak yang bijak, senyuman manis comel macam bondanya,” katanya salah seorang peminat di ruangan komen.

“Ikut muka bondanya,” komen seorang lagi.

Remy melangsungkan perkahwinan dengan Ezza pada 21 Ogos 2021 manakala Tuah dilahirkan pada 27 Julai lepas di Hospital Gleneagles di ibu negara. - Getaran, 16 November 2023

Sumber Foto: Intgram Remy Ishak dan Tuah Alam

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kenapa Comel Sangat Ni Tuah Alam?

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Remy Ishak Kini Bergelar Bapa

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

“Doakan Saya Dan Adik-Beradik Dapat Bersama Semula Dengan Ibu” - Remy Ishak

4

Video & Galeri 4 tahun yang lalu

Di Sebalik Tabir Pembikinan Wajah TARA Bersama Azrel Ismail

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN