web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Doakan Saya Dan Adik-Beradik Dapat Bersama Semula Dengan Ibu” - Remy Ishak

Ibu Remy Ishak, Basrah Md Idris dimasukkan ke hospital untuk menjalani operasi pembedahan jantung, namun operasi itu terpaksa dihentikan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 2:35PM

Remy Ishak - Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, adalah saat yang mungkin cukup mencemaskan dan menggusarkan buat aktor Remy Ishak kerana ibunda tercintanya, Basrah Md Idris kini sedang bertarung nyawa di CICU, Hospital Serdang. 

Basrah dimasukkan ke hospital tersebut untuk menjalani operasi pembedahan jantung, namun setelah berada selama 10 hingga 12 jam di dalam bilik pembedahan, operasi tersebut terpaksa dihentikan dan akan bersambung semula selepas 48 jam. 

Tidak dapat dipastikan apakah sebab-sebab operasi pembedahan itu dihentikan dan disambungkan semula kerana Remy sendiri tidak menjelaskannya sewaktu memaklumkan keadaan terkini ibunya itu menerusi akaun Instagram miliknya, sebentar tadi. 

“Sebagai seorang Muslim, saya percaya pada Qada & Qadar, Saya percaya pada hari akhirat, saya percaya Syurga & neraka Allah.

“Namun apa yang saya dan adik- beradik lakukan sekarang adalah ikhtiar. Masih banyak kebaikan dan kebahagaiaan yang belum kami lakukan untuk ibu kami.

“Mohon jasa baik dari kalian semua mendoakan untuk saya dan adik-beradik supaya kami boleh bersama-sama semula dgn ibu kami,” katanya. 

Bagi pihak Getaran, kami mendoakan agar pembedahan jantung ibunda tercinta Remy akan berjaya dan akan pulih seperti sediakala semula, Amin. - Getaran, 27 Ogos 2022

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ditinggal Ibu Dalam Kereta, Kanak-Kanak 5 Tahun Disahkan Maut

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN