Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bagaimana Selam Skuba Dapat Kurangkan Stres

Berminat untuk cuba selam skuba? Minggu ini, Faisal Mustafa ada senaraikan bagaimana selam skuba boleh membantu mengurangkan stres di era pandemik ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 9:55AM

Semua gambar: Faisal Mustaffa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkongkong di rumah sungguhpun bersyukur masih ada pekerjaan (sebut: work from home) tanpa teman sekerja di sebelah anda dan rakan bualan serta kuarantin berminggu-minggu di rumah boleh mendatangkan tekanan dan kemurungan (sebut: stres).

Apabila status PKPD dihentikan, ramai orang sudah mula membuat rancangan untuk keluar dari rumah. Pilihan ini dibuat kerana faktor tekanan tadi. Jika ianya tidak dibendung, ia akan seterusnya membawa kepada tahap kemurungan sehingga mengganggu prestasi kerja dan mengganggu tahap kesihatan.

Aktiviti selam skuba boleh menjadi salah satu pilihan anda. Keindahan flora dan fauna di dasar laut akan membantu kita untuk memberi ketenangan minda. Lebih kurang 70 peratus daripada bumi ini adalah air dan daripada jumlah tersebut, hanya sebahagian kecil sahaja yang manusia dapat jelajahi.

Oleh yang demikian, terlalu banyak yang kita dapat terokai dan melihat keagungan ciptaan Tuhan.

Perjalanan ke pulau dan pemandangan alam sekitar yang berbeza daripada rutin harian kita juga dapat mengurangkan stress.

Selain itu, bunyi derusan air di gigi laut dan pukulan ombak berdesir juga adalah terapi dalam memberi ketenangan minda (mind relaxation).

Pernahkah kita terfikir mengapa aplikasi telefon pintar yang membolehkan kita tidur dengan nyenyak mempunyai bunyi yang penulis nyatakan?

Selam skuba perlukan tahap fizikal tertentu untuk memulakan aktiviti ini. Pergerakan fizikal menjadi elemen penting dalam mempastikan mental kita berfungsi dengan baik.

Penulis tidak merujuk kepada keadaan di mana setiap penyelam itu perlu mengangkat alat kelengkapan sekurang-kurangnya 14kg untuk menyelam tetapi pergerakan dalam air tersebut yang mempunyai ketumpatan yang lebih untuk bergerak memerlukan tahap fizikal tertentu.

Sambil menikmati keindahan di dasar laut, sudah tentu pengeluaran tenaga di dalam air tidak akan dirasai. Hanya kepuasan yang tidak dapat dinyatakan dirasai oleh setiap penyelam itu selepas selesai selaman.

Akibat daripada terperuk di rumah berbulan-bulan, inilah masanya untuk kita bersosial. Berkongsi cerita dan pengalaman dapat menghindarkan diri daripada kemurungan.

Berbual bersama seseorang yang dapat mendengar keluhan dan berkongsi kegembiraan adalah sebuah terapi. Dan salah satu jalan terbaik adalah dengan menyertai aktiviti selam skuba.

Di sini, anda sebenarnya berkongsi hobi yang sama dengan penyelam lain. Sudah tentu anda akan berbincang mengenai topik kegemaran anda.

Sungguhpun anda tidak mengenali rakan (sebut: buddy) selaman anda pada awalnya namun sering terjadi selepas itu rakan-rakan menyelam menjadi teman-teman rapat terutama ketika merancang percutian selanjutnya.

Aktiviti rekreasi selam skuba bukan hanya semata-mata selaman. Ia meliputi banyak cabang lain seperti drift diving, deep diving, sidemount diving, cave diving, wreck diving yang yang memerlukan kita menyertai kursus dalam bidang tertentu.

Kursus itu sendiri sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti dan sudah tentu memberi pengalaman baru dalam bidang selam skuba anda.

Bukan itu sahaja. Terdapat juga kursus-kursus marin yang tidak memerlukan kita turun ke air untuk menjalani latihan praktikal. Pengetahuan penting dalam konservasi dan kaedah mengenal hidupan laut boleh jadi amat berguna supaya selaman kita nanti akan membawa lebih manfaat dan keseronokkan.

Selam skuba juga mengajar kita menjadi lebih fokus dalam kerja seharian. Dalam mengendalikan alat kelengkapan skuba yang tidak terkira banyaknya di samping menjaga imbangan di dalam air, sambil menikmati pemandangan, seseorang penyelam itu dengan tidak langsung melatih diri mereka untuk menjadi lebih fokus.

Jika perincian sebegini tidak diambil perhatian, maka seseorang penyelam itu akan berhadapan dengan kemalangan.

Sebenarnya, pembelajaran dan pengetahuan mengenai selam skuba ini secara tidak langsung mengajar kita menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.

Kaedah penjagaan barang kelengkapan yang wajib sentiasa dalam keadaan baik dan memastikan rakan-rakan selaman kita berada dalam keadaan selamat. Perkara-perkara tersebut ditanam sebagai tanggungjawab setiap penyelam skuba.

Malaysia mempunyai banyak destinasi pelancongan dan kebanyakan pulau-pulau di timur Semenanjung menjadi pilihan para penyelam untuk bercuti.

Bagi mereka yang ada keinginan untuk menyertai selam skuba, mereka dikehendaki menghadiri kursus bagi mempelajari skil-skil tertentu.

Tahap kesihatan tertentu juga menjadi syarat sebelum seseorang itu dibenarkan mengambil kursus. Ia adalah sebahagian daripada persiapan kita sebelum kita memulakan eksplorasi kita dunia lautan.

Justeru, ia akan memenuhkan jadual mereka yang bingung tidak tahu untuk lakukan aktiviti semasa dalam kuarantin di samping anda impikan perjalanan dan pengalaman baru yang anda akan terokai nanti. - Getaran, 27 Mac 2021

Penulis ialah PADI Master Instructor dan SSI Assistant Instructor Trainer

http://jazalo.net/faisalmustaffa/blog/

Isu Pada

Sharifah Sakinah Kalis Peluru

27 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi