Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Alternatif Menyejukkan Kediaman Rumah Tanpa Penghawa Dingin

Bil elektrik pasti akan melambung tinggi jika penghawa dingin kerap digunakan. Ketahui lima alternatif untuk menyejukkan kediaman rumah tanpa menggunakan penghawa dingin.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 8:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia merupakan salah satu negara yang terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa. Ini menyebabkan keadaan cuaca di negara kita panas dan lembab sepanjang tahun serta tiada musim panas dan sejuk yang ketara. 

Namun, menurut laporan Getaran.my, akibat suhu yang terlalu panas, gejala strok haba boleh mengancam kesihatan manusia.  

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan, cuaca panas yang dialami sekarang dijangka akan berlarutan sehingga pertengahan September. Ini berikutan monsun barat daya yang melanda dan mengakibatkan iklim panas serta kering.

Gara-gara cuaca sebegini, penghawa dingin di dalam rumah pasti menjadi pilihan utama bagi kebanyakan indivdu untuk mengharungi cuaca panas. 

Namun bil elektrik juga pasti akan melambung tinggi jika ia digunakan dengan kerap. 

Minggu ini kami berkongsi lima alternatif untuk menyejukkan kediaman rumah tanpa menggunakan penghawa dingin.

Gantikan Mentol Pijar Kepada Mentol LED

Semua peralatan elektronik yang menggunakan kuasa elektrik pasti menyumbangkan tenaga haba di dalam rumah.  

Lazimnya lampu jenis mentol pijar akan menghasilkan haba yang lebih kuat terutamanya jika ia berwarna kuning. 

Kini, terdapat mentol LED yang dijual di pasaran dan anda disarankan untuk menggantikan kesemua mentol pijar di dalam rumah kepada mentol jenis ini. 

Ini kerana mentol LED direka dengan penjanaan kuasa elektrik yang lebih sedikit dan tenaga alirannya yang lebih cekap menyebabkan haba yang dikeluarkan lebih rendah. 

Jadi bil elektrik anda juga sedikit sebanyak boleh dikurangkan. 

Tambahan lagi, harga bagi mentol LED jauh lebih murah daripada mentol pijar bergantung pada saiz dan bentuk yang dikehendaki.


 

Pasangkan Langsir

Secara logiknya, setiap ruangan bilik memerlukan pencahayaan semula jadi daripada matahari terutamanya di waktu pagi. 

Tetapi perlu diingatkan, cahaya tersebut juga menyumbang pada peningkatan haba di setiap ruangan bilik. 

Apatah lagi jika rumah anda memiliki tingkap yang lebih besar, maka lebih banyak haba akan masuk dan terkumpul. 

Jadi, amat wajar bagi penghuni kediaman untuk memasangkan langsir di setiap tingkap rumah buat menghalang cahaya matahari masuk secara langsung, seterusnya dapat mengurangkan bahang dan haba di dalam ruang kediaman. 

Di samping itu, pastikan tingkap rumah ditutup penuh oleh langsir jika anda mahu keluar daripada rumah dalam tempoh yang panjang. 

Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya selepas sahaja anda kembali ke rumah, ruang dalaman kediaman anda akan kekal sejuk.

Lekatkan Filem Gelap Pada Tingkap

Mungkin sesetengah penghuni rumah tidak gemar memasang langsir di kawasan dapur atau berada dalam keadaan gelap pada siang hari. 

Lebih-lebih lagi di kawasan dapur kerana khuatir bauan masakan akan melekat pada langsir tersebut ketika memasak. 

Oleh itu, anda boleh pasangkan filem gelap pada permukaan tingkap tersebut. Secara dasarnya, filem gelap ini memberikan pantulan haba untuk mengurangkan peningkatan suhu bilik. 

Jadi ia berfungsi untuk menghalang haba daripada cahaya matahari terus masuk sepenuhnya sambil ia mengekalkan cahaya semula jadi. 

Malah terdapat juga sesetengah filem gelap yang direka khas untuk melindungi daripada kemasukan sinaran UV. Maka ia dapat menjadikan rumah anda kekal pada suhu yang lebih sejuk.

Pemasangan Hiasan Air 

Pemasangan hiasan air seperti pokok kecil di dalam bekas air, tumbuhan air di atas kolam ikan dan seumpamanya semakin digemari oleh pemilik rumah. 

Ia bukan sahaja bertindak sebagai sistem penyejuk semula jadi berikutan oksigen yang dihasilkan daripada tumbuhan tersebut, malah suasana yang tenang dan kepuasan dekorasi dalaman rumah dapat diwujudkan. 

Lebih-lebih lagi ia sesuai buat sesetengah individu yang gemar dengan hidupan flora dan fauna. 

Walau bagaimanapun, kaedah ini memerlukan penjagaan yang rapi bagi mengekalkan kebersihan di kawasan kediaman anda. 

Ini kerana ia boleh mengudang penyakit lain seperti demam denggi akibat takungan air yang tersumbat di dalam hiasan air tersebut dan seumpamanya. 

Lap Kipas Siling Anda Dengan Kerap

Pembersihan kipas siling sememangnya menyusahkan dan ramai juga yang mungkin hanya membersihkannya setahun sekali namun tindakan ini perlu diamalkan. 

Mungkin pada permulaannya anda tidak melihat kehadiran habuk atau sesawang halus akan tetapi jika ditangguh-tangguhkan hal ini, secara tidak sedar ia boleh terkumpul dan membentuk dengan lebih besar. 

Habuk yang ada pada kipas bukan sahaja kotor malah ia akan memberatkan bilah kipas lalu memberi kesan terhadap kelajuan kipas tersebut. 

Tambahan pula, tenaga elektrik yang lebih diperlukan untuk ia berpusing dengan sempurna. 

Sudah tentu sedikit sebanyak meningkatkan bil elektrik rumah anda. Pastinya aliran angin akan berbeza dan bertambah sejuk jika kipas tersebut tidak mempunyai sebarang habuk setelah ia dibersihkan selalu.

Oleh itu, sentiasalah mengamalkan lima perkara diatas untuk anda menikmati kesejukan di dalam rumah tanpa menggunakan penghawa dingin ketika musim panas. 

Tambahan pula, perkara ini dapat menjimatkan bil elektrik rumah anda yang perlu dibayar setiap bulan. Selamat mencuba! - Getaran, 29 Mei, 2022 

*Semua gambar dari SLPR Worldwide

Isu Pada

Menggapai Awan Biru

28 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

2

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Tidak Semua Rakyat Malaysia Yakin Dengan Rawatan Konvensional Kanser

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Bukan Masalah Penghawa Dingin, Namun Bau Pelik… - Kes Pemandu Terlanggar Tol

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Inisiatif Pad Percuma Bagus Tapi Bukan Penyelesaian Isu Kemiskinan Tegar

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu