Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bukan Masalah Penghawa Dingin, Namun Bau Pelik… - Kes Pemandu Terlanggar Tol

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 9:05PM

Nur Wahid berkata, mereka sekeluarga terbau minyak petrol di dalam kenderaan itu, sebelum kejadian pelanggaran terbabit - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemandu yang ditemukan tidak sedarkan diri bersama tiga ahli keluarga sehingga merempuh paip air di Plaza Tol Bentong, menafikan bahawa sistem penyaman udara Proton Exora miliknya mengalami kerosakan. 

Pemandu itu yang mahu dikenali sebagai Nor Wahid, 52 berkata, ia kerana sistem terbabit berfungsi dengan baik apabila udara sejuk sepanjang perjalanan, termasuk ketika tiba di rumahnya di Balakong, Selangor sehari elepas kejadian, iaitu pada 25 April lalu.

“Penyaman udara Proton Exora ini baik dan tiada isu. Saya memandunya pulang ke Balakong keesokkannya dan bau petrol juga sudah tiada.

“Sebenarnya saya sudah buat pemeriksaan pada penyaman udara beberapa hari sebelum itu dan tiada tanda berlaku kebocoran karbon monoksida. Malah, saya baru servis penghawa dingin, selain menukar kompresor pada Disember lalu, jadi ia (kejadian pengsan) tiada kaitan dengan masalah penghawa dingin,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro. 

Bagaimanapun, Nur Wahid berkata, mereka sekeluarga terbau minyak petrol di dalam kenderaan itu, sebelum kejadian pelanggaran terbabit. 

Menceritakan semula insiden itu, bapa kepada lima anak berkenaan memaklumkan, dia bergerak dari Kuala Terengganu sekitar 8 pagi pada 24 April lalu selepas bermalam di rumah abangnya.

“Kami bergerak menggunakan dua kereta dan anak sulung, Shafiq memandu sebuah lagi kereta. Kami ada berhenti seketika selama sejam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), tetapi saya tidak matikan enjin.

“Isteri saya kemudian mengambil giliran memandu sebelum berhenti di Gambang, namun terlalu banyak kereta. Walaupun R&R Temerloh juga penuh, kami berhenti untuk mengisi minyak. Ketika itu masih tiada masalah dengan penyaman udara.

“Tiga kilometer selepas Plaza Tol Karak, trafik bergerak perlahan dan saya perasan ada bau petrol kuat dalam kenderaan. Cuaca ketika itu amat panas dan kereta bergerak perlahan, jadi saya buka tingkap sebelah pemandu,” katanya sebelum menutup semula tingkap beberapa minit kemudian apabila trafik kembali lancar.

Mengulas lanjut, Nur Wahid berkata, penglihatannya tiba-tiba bertukar kabur selain telinga pula berdengung sebelum menyedari sedang menerima rawatan di Hospital Bentong, Pahang, pada hari sama.

Katanya, ketika tersedar, dia mendapati dikelilingi kakitangan Hospital Bentong dan dimaklumkan tiga ahli keluarga turut menerima rawatan selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam Proton Exora itu.

“Ketika menghampiri plaza tol (Bentong), saya buka tingkap tapi suhu luar sangat panas. Tiba-tiba, saya rasa tak selesa dan tak bermaya, saya tanya isteri sama ada boleh pandu kereta selepas tol, tapi tiada balasan.

“Saya lihat isteri seperti sedang tidur nyenyak, manakala anak perempuan dan anak saudara juga tidur. Saya sangka mereka terlalu penat, namun tiba-tiba saya tak dapat fokus memandu kerana pandangan makin kabur, pendengaran kurang dan rasa lemah...saya pengsan.

“Tiba-tiba saya rasa ada orang tekan dada, tepuk pipi saya dan beritahu jangan tidur. Saya seperti bingung ketika itu, sebelum mula sedar selepas doktor beri oksigen di hospital dan semua ahli keluarga juga tersedar,” katanya. 

Susulan insiden terbabit, Nor Wahid meluahkan rasa syukur kerana dia dan ahli keluarga lain sudah dibenarkan keluar dari hospital pada 10 malam hari sama selepas tekanan darah stabil.

Ujarnya, dia kemudian bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk mengambil kenderaannya sebelum mereka sekeluarga mendaftar masuk di sebuah hotel di Bentong. 

Sementara itu, Nor Wahid berkata, anak sulungnya berkemungkinan menyangka insiden terbabit berlaku disebabkan masalah penghawa dingin MPV berkenaan ketika mengemaskini statusnya di Facebook.

Jelasnya, Shafiq cuba menghubunginya beberapa kali sebaik anaknya itu tiba di Plaza Tol Gombak sebelum berpatah balik ke Bentong sebaik sahaja mengetahui insiden berkenaan.

“Dia (Syafiq) mungkin bertanya rakan mekaniknya sebelum percaya ia mungkin akibat masalah kerosakan penghawa dingin.

“Bagaimanapun, saya amat bersyukur apabila diberi peluang hidup kali ‘kedua’ dan hanya nombor plat hadapan sahaja rosak.

“Pada masa sama, saya berterima kasih kepada anggota polis, kakitangan plaza tol, anggota perubatan dan orang ramai yang membantu...hanya Tuhan sahaja mampu membalas jasa anda,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar dipetik berkata, siasatan mendapati tiada unsur kecuaian dalam insiden terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan kesihatan mendapati kesemua mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dalam MPV berkenaan kerana mengalami kekurangan oksigen.

Sebelum ini, media melaporkan empat sekeluarga pengsan di dalam kenderaan, dipercayai kekurangan oksigen di dalam badan ketika perjalanan sebelum merempuh Plaza Tol Bentong.

Kejadian berlaku pada 2.40 petang ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari Tok Bali, Kelantan menuju ke Balakong di Selangor.

Kenderaan dipandu mangsa melanggar pintu plaza tol berkenaan sebelum pegawai dan anggota polis yang menjalankan tugas rondaan Op Selamat 2023 di Lebuhraya Kuala Lumpur, Karak memberi bantuan awal. - Getaran, 29 April 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Cadangan Hapus Tol Sukar Dilaksanakan - Ahmad

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Bawak Kereta Jangan Leka, Kan Dah Kena...

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran