Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tidak Semua Rakyat Malaysia Yakin Dengan Rawatan Konvensional Kanser

Kisah Kita Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2024 4:15PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nur Hayati Sahak berharap dia memiliki 'mesin pengembaraan masa'.

Jika ada, dia mahu kembali kepada satu masa pada tahun 2016 ketika dia berada di kamar doktor bedah di sebuah hospital swasta di Selangor, mendengar doktor beritahu hasil ujian kanser payu daranya tidak muktamad, meskipun puting payudaranya mengeluarkan cecair darah dan ujian mammogram menunjukkan tompok putih.

Bagi memastikan hasil ujian itu, doktor bedah mencadangkan dia menjalani pembedahan eksploratori. Dia enggan.

Pada ketika itulah, dia memberitahu BERNAMA, apabila dia mempunyai pilihan: dia tahu ada sesuatu yang tidak kena di sebalik hasil ujian itu. Dia sepatutnya mendapatkan pandangan kedua dan berjumpa doktor bedah payu dara atau pakar onkologi, sebaliknya dia memilih rawatan alternatif perubatan tradisional untuk 'membunuh' atau sekurang-kurangnya mengawal kanser yang sedang merebak di dalam payu daranya.

Nur Hayati Sahak menyesal menerima rawatan alternatif dan tradisional apabila dia mengesyaki dirinya menghidap kanser payudara.
Nur Hayati Sahak menyesal menerima rawatan alternatif dan tradisional apabila dia mengesyaki dirinya menghidap kanser payudara.

Selama tiga tahun Nur Hayari menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia mencari rawatan alternatif perubatan tradisional untuk merawat kansernya.

"Banyak masa dibazirkan dan juga banyak wang dihabiskan. Sekiranya saya menghitung semua wang yang saya habiskan untuk perubatan tradisional, saya akan jadi kaya," kata Nur Hayati, 44, sambil ketawa.

Dia menganggarkan berbelanja kira-kira RM50,000 untuk rawatan alternatif dan rawatan tradisional, seperti sesi penyembuhan supernatural (penyembuhan yang berhubungan dengan hal-hal ghaib) dengan seorang bomoh di Kedah. 

Bomoh itu beritahu dia akan lakukan kemoterapi secara ghaib menerusi beg intravena (IV) yang tidak boleh dilihat. Satu lagi kaedah rawatan tradisional yang dijalaninya adalah dengan seorang lelaki asal usul Palembang di Perak yang menjual kombinasi herba buatan sendiri yang menelan kos RM1,000 sebulan. 

Dia juga membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli suplemen herba dalam talian, yang didakwa mengandungi kimia melawan kanser.

Apabila kesakitannya bertambah buruk dan cecair nanah mula keluar daripada bahagian bawah payu dara kanannya, dia membuat keputusan pergi ke hospital lain. Doktor di hospital itu mendiagnos dia Tahap IV kanser payu dara dan sudah merebak ke bahagian tulangnya.

Nur Hayati bukan sendirian dalam berasa kecewa memilih rawatan alternatif perubatan tradisional untuk rawatan kanser tetapi kesnya ada sedikit perbezaan dengan kes-kes lain yang lazimnya berlaku. 

Menurut doktor, meskipun sesetengah pesakit yang memperolehi diagnosis kanser yang positif enggan mendapatkan rawatan konvensional atau memilih rawatan alternatif atau perubatan tradisional, timbul juga kesulitan untuk mendapatkan pesakit supaya menyakini perubatan moden dan bertahan apabila proses rawatan tidak begitu lancar daripada peringkat awal.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika berucap merasmikan Hari Kesedaran Kanser Hati sempena Hari Kanser Sedunia di Komune Living and Wellness, Cheras pada 4 Februari lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika berucap merasmikan Hari Kesedaran Kanser Hati sempena Hari Kanser Sedunia di Komune Living and Wellness, Cheras pada 4 Februari lalu.

Merapatkan Jurang Rawatan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad mengumumkan dalam satu kenyataan pada 4 Februari iaitu Hari Kanser Sedunia bahawa Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia mencatatkan sebanyak 168,822 kes baharu kanser untuk tempoh 2017 hingga 2021. 

Lima jenis kanser teratas ialah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser hati.

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, kanser adalah punca kematian utama keempat di Malaysia, meningkat dari 10.5 peratus pada tahun 2021 kepada 12.6 peratus pada tahun 2022. Lebih 60 peratus kanser dikesan berada pada tahap III dan IV.

Dr Dzulkefly juga berikrar untuk merapatkan jurang rawatan serta meningkatkan akses semua dalam mendapatkan khidmat pakar kanser, rawatan serta kemudahan, yang kebiasaannya terletak di kawasan bandar.

Selain daripada takut dengan pembedahan serta kesan sampingan kemoterapi, kesulitan mendapat akses mudah adalah satu sebab membuatkan ada yang enggan menggunakan perubatan moden. 

Meskipun pengamal perubatan tradisional atau rawatan alternatif mungkin ada di beberapa buah pekan, kemudahan rawatan kanser yang mempunyai pakar mungkin terletak ratusan kilometer jauhnya.

Sebagai contoh, Hospital Kuala Lumpur mengendalikan sekitar 25,000 kes kanser setahun, termasuk 3,700 kes baharu, di wilayah tengah seperti Kuala Lumpur, Pahang, Perak dan sebahagian Negri Sembilan.

Presiden dan pengasas Persatuan Cancer Survivors Malaysia, Zuraini Kamal.
Presiden dan pengasas Persatuan Cancer Survivors Malaysia, Zuraini Kamal.

Presiden dan pengasas Persatuan Kanser Survivor Malaysia Zuraini Kamal, yang didiagnos dengan kanser endometrium Tahap I pada tahun 2012 berkata, komunikasi juga menjadi isu. 

Beliau menjelaskan, doktor terlalu gemar menggunakan 'jargon' apabila memberi berita buruk.

"Apabila saya bercakap dengan orang (pesakit kanser), mereka kata mereka tahu, doktor sudah jelaskan. Tetapi sebenarnya mereka tidak faham apa yang doktor jelaskan," katanya.

Terdapat perkara lain yang perlu ditangani bagi mengurangkan perasaan takut dalam kalangan pesakit kanser dan untuk menggalakkan mereka mendapatkan rawatan konvensional bagi penyakit kanser yang mereka hidapi, daripada bergantung sepenuhnya kepada perubatan tradisional atau rawatan alternatif.

Menurut pakar perunding psikiatri Sunway Medical Centre Velocity, Dr Ryan Tee Chuan Keat, satu cara adalah untuk mengenali bahawa diagnosis positif lazimnya mencetuskan proses berdukacita dan menerima keadaan itu.

"Mereka akan berduka. la adalah respons emosi kepada suatu kehilangan. la bukannya berduka atas kematian seseorang. la boleh melibatkan apa-apa jua kehilangan seperti kehilangan hubungan, pekerjaan, malahan dalam hal ini, kehilangan kesihatan," katanya.

Berkongsi pandangan yang sama, Dr Hariyati Sharima Abd Majid, perunding psikologi menambah, adalah penting untuk memasukkan soal keyakinan apabila berbincang mengenai rawatan dan proses pemulihan seseorang.

"Kita tidak boleh mengasingkan soal keyakinan dan kepercayaan daripada proses pemulihan. Apabila orang memasukkan perkara ini dalam perundingan mereka sementara profesional penjagaan kesihatan perubatan tidak menyertakan perkara ini dalam perbualan dengan pesakit, pesakit akan berasa mereka tidak memahami keadaan dirinya," katanya.

Beliau menambah, matlamatnya adalah untuk menyertakan pesakit dalam rancangan rawatan dan membuatkan pesakit berkenaan berasa dia turut mempunyai kawalan ke atas diri mereka.

Bernama menghubungi beberapa pengamal perubatan tradisional dan rawatan alternatif, termasuk yang menjual perkhidmatan daripada rawatan ghaib dan suplemen herba dan ramuan lain seperti di atas, untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi gagal mendapatkan respons. Gambar dari Facebook.
Bernama menghubungi beberapa pengamal perubatan tradisional dan rawatan alternatif, termasuk yang menjual perkhidmatan daripada rawatan ghaib dan suplemen herba dan ramuan lain seperti di atas, untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi gagal mendapatkan respons. Gambar dari Facebook.

Komplikasi

Perubatan tradisional dan alternatif di Malaysia berkisar daripada amalan utama seperti akupunktur dan urutan kepada penyembuhan yang berhubungan dengan hal-hal ghaib oleh bomoh dan suplemen herba, sama dijual oleh syarikat atau ejen.

BERNAMA menghubungi beberapa pengamal perubatan tradisional dan rawatan alternatif, yang menjual perkhidmatan daripada rawatan ghaib kepada suplemen herba dan ramuan lain, untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi gagal mendapatkan respons.

Perubatan tradisional adalah amat popular di Malaysia dengan sehingga 88.3 peratus pesakir kanser payu dara mengaku menggunakannya, demikian menurut kajian bertajuk "Complementary and Alternative Medicine (CAM) Use and Delays in Presentation and Diagnosis of Breast Cancer Patients in Public Hospitals in Malaysia" oleh Noor Mastura Mohd Nujar et al, diterbitkan pada April 2017 di jurnal sains dan perubatan dalam talian PLOS ONE.

Hakikat ini di sebalik bukti bahawa perubatan tradisional atau alternatif, sekiranya diambil sebagai pilihan pertama atau satu-satunya pilihan dalam merawat kanser, tidak berjaya.'

Satu lagi laporan, "Forgoing Conventional Cancer Treatments for Alternative Medicine Increases Risk of Death," diterbitkan dalam Jurnal US National Cancer Institute pada 10 Ogos 2017, mendapati bahawa selepas kira-kira lima tahun, pesakit dengan kanser payu dara atau kanser kolorektal yang menggunakan terapi alternatif sebagai rawatan awal mereka, lima kali berkemungkinan meninggal dunia berbanding mereka yang menerima rawatan konvensional.

Perubatan tradisional dan alternatif lazimnya mempunyai suplemen herba dan ramuan lain sebagai sebahagian daripada proses rawatan.

BERNAMA yang turut bercakap dengan pakar perubatan diberitahu bahawa kebanyakan bahaya adalah kesan sampingan mengambil ubat dan rawatan yang tidak ditangani. Ada juga ubat berkenaan yang tidak dikawal dan tidak didaftar. 

Sama ada didaftar atau tidak, kebanyakan orang tidak akan tahu kesan herba ke atas seseorang, apatah lagi bagi orang yang dalam berkeadaan tidak berdaya seperti pesakit kanser.

Dr Ruthresh Rao dari Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) berkata, banyak suplemen herba dalam pasaran seperti steroid yang akan menambah baik gejala, untuk jangka masa singkat.

"Apabila penambah baikan jangka masa singkat berlaku, pesakit menjadi yakin suplemen itu berkesan, jadi mereka akan ambil banyak lagi. la boleh merosakkan buah pinggang dan dalam masa singkat enam bulan atau setahun, mereka akan mendapati mereka menghidapi kegagalan buah pinggang akut atau kegagalan hati akut," katanya.

Pakar onkologi melaporkan bahawa komplikasi dalam merawat pesakit mereka. Sebagai contoh, suplemen herba popular yang memaparkan biji apricot mengandungi amygdalin, didakwa mempunyai ciri antikanser meskipun tidak ada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan ini. 

Versi amygdalin buatan manusia dan lebih tulen dikenali sebagai laetrile. la sering dipasarkan sebagai B17 meskipun ia bukan vitamin.

Apabila amygdalin atau laetrile terurai di dalam badan, ia menghasilkan cyanide, sejenis racun yang boleh membawa maut, sekiranya diambil dalam kuantiti yang mencukupi. Pentadbiran Dadah Persekutuan AS (FDA) tidak mengiktirafnya sebagai selamat dan mengharamkan penjualan antara negeri di Amerika Syarikat.

Satu lagi suplemen yang biasa dilihat doktor ialah daun belalai gajah.

Perunding pakar bedah kardiotoraks Dr Anand Sachithanandan memberitahu BERNAMA, rawatan alternatif dan perubatan tradisional boleh merumitkan rawatan dan kadangkala pesakit lupa untuk mendedahkan suplemen yang mereka ambil kerana tidak menganggapnya sebagai ubat.

"Banyak terapi tradisional mempunyai kesan mencairkan darah dan kesan antikoagulan. Jadi ia boleh meningkatkan risiko dan masa pembedahanm terutama risiko pendarahan. la berpotensi mengancam nyawa," katanya.

"Juga, untuk pesakit yang mempunyai pembedahan tetapi menjalani kemoterapi dan semua rawatan, terapi tradisional boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan yang diberikan pakar onkologi."

Apabila ini berlaku, para doktor biasanya menghentikan rawatan bagi membolehkan kimia badan bebas daripada kimia berkenaan dan membolehkan fungsi hati atau buah pinggang menjadi bertambah baik. Bagaimanapun, ini mengambil masa dan bergantung kepada jenis kanser, kelewatan boleh memberi kesan buruk.

Doktor integratif dan perubatan functional di SOL Integrative Wellness Centre, Dr Cecilliann Veronica.
Doktor integratif dan perubatan functional di SOL Integrative Wellness Centre, Dr Cecilliann Veronica.

Kualiti Hidup

Ini bukan bermakna rawatan alternatif dan perubatan tradisional untuk pesakit kanser adalah tidak baik dan perlu dielakkan sepenuhnya. Yang membimbangkan adalah rawatan yang tidak dibimbing profesional perubatan atau dengan sewenang-wenangnya mendakwa boleh menyembuhkan kanser.

Dr Dzulkefly dipetik berkata, adalah penting untuk merawat pesakit secara menyeluruh, yakni fizikal dan mental.

Doktor mengiktiraf bahawa ia mempunyai manfaat dengan mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser.

"Kami merawat orang, bukan sahaja organ mereka," kata Dr Cecilliann Veronica, doktor integratif dan perubatan functional di SOL Integrative Wellness Centre.

Berbalik kepada Nur Hayati, dia cuba tidak mengenang sangat masa silam terutama apabila dia mendapati kansernya datang semula pada bulan Disember lepas, selepas bebas kanser selama sembilan bulan.

Dia memberitahu BERNAMA, sekiranya dia lebih tahu mengenai kanser dan pentingnya mendapatkan pandangan kedua, tiga tahun lalu, dia sudah tentu mencari pakar kanser untuk memeriksa gejala ketika penyakit itu masih boleh dikawal.

"Ada masa nak saja saya menyerah kalah, tapi tak mengapalah. Enjoy jelah," katanya. Hidup ini pun singkat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Hidap Kanser: Raja Charles III Zahir Ucapan Terima Kasih Atas Sokongan Rakyat

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Kopi Kanvas Seni Tyler Wong