web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Sumpahan Jerunei' Pikat Bakal Pembeli Antarabangsa Di Marche Du Film

Setakat ini, sebanyak enam pembeli dari Amerika Syarikat dan satu pembeli dari United Kingdom menunjukkan minat untuk membeli filem arahan pengarah Jason Chong itu.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 9:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem seram, 'Sumpahan Jerunei' terbitan Produksi Seni 2020 Sdn Bhd telah menarik minat beberapa bakal pembeli antarabangsa di Marche Du Film 2022 yang disifatkan sebagai antara pasaran filem terbesar di dunia.

Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

Pengarah Eksekutif Produksi 2020 Sdn Bhd, Datin Dr Wendy Wong berkata setakat ini, sebanyak enam pembeli dari Amerika Syarikat dan satu pembeli dari United Kingdom menunjukkan minat untuk membeli filem arahan pengarah Jason Chong itu.

"Filem ini menerima tawaran daripada banyak pengedar atau ejen. Buat sementara ini kita tengah fikir mana satu pilihan yang terbaik sekali. Ini kerana kami kena pilih satu pembeli sahaja.

"Kita punya kriteria jangan pembeli ambil 'worldwide right' kerana ramai ejen nak ambil worldwide right, kalau ambil worldwide right kita tak dapat kawal dan kita tak nak hilang pegangan Asia itu. Sekarang kita sedang dalam dilema sebab tiga pembeli yang disenarai pendek ada keistimewaan sendiri," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Gambar: Produksi Seni 2020 Sdn Bhd
Gambar: Produksi Seni 2020 Sdn Bhd

Menampilkan barisan pelakon terkenal dan berpengalaman antaranya Bront Palarae, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Uqasha Senrose dan Ruminah Sidek, Sumpahan Jerunei dihasilkan berdasarkan kisah benar yang memaparkan sejarah kaum Melanau berkaitan adat pengebumian bangsawan Melanau di Sarawak.

Sementara itu, seorang lagi Pengarah Eksekutif syarikat produksi itu Datuk Nancie Foo berkata Sumpahan Jerunei mendapat perhatian daripada pembeli antarabangsa berikutan filem berkenaan memaparkan kisah benar selain ia merupakan filem seram yang melibatkan budaya.

"Memang pembeli asing suka sangat, mereka suka tajuk asli dan budaya. Dalam filem ini memang semua adalah asli. Lokasi pun memang lokasi asal. Bila mereka (pembeli) dah dapat tiga perkara ini, mereka sudah tertarik," katanya.

Gambar: Produksi Seni 2020 Sdn Bhd
Gambar: Produksi Seni 2020 Sdn Bhd

Beliau berkata perbincangan bersama pembeli yang berpotensi telah pun dibuat sejak dua tahun lepas dan Marche Du Film menjadi platform untuk mereka mengadakan perbincangan lanjut serta membuat pilihan dan seterusnya memeterai perjanjian.

Marche Du Film adalah perhimpunan terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.

Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari itu bermula 17 Mei. - Bernama

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

2

Budaya 1 bulan yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

3

Budaya 2 bulan yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 2 bulan yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa