Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Apa Yang Perlu Wanita Pakai Saat Menghadiri Temuduga Kerja ?

Penulis undangan kami yang juga seorang pensyarah fesyen telah menyusun beberapa inspirasi pakaian untuk membantu para wanita merancang pakaian temuduga yang seterusnya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sememangnya, menjadi impian semua graduan untuk memiliki pekerjaan setelah tamat belajar. Dunia baharu bagi seorang graduan adalah alam pekerjaan.

Sebelum menempuh ke alam pekerjaan, seeloknya anda menyelongkar suasana atau tatacara temuduga terlebih dahulu kerana ia agak menyeramkan buat sesetangah orang!

Bersiap-sedia untuk temuduga cukup membuatkan seseorang tertekan.

Selain daripada persediaan diri, portfolio, merancang apa yang hendak dikatakan dan bagaimana untuk menjawab soalan-soalan yang sukar, jangan sesekali lupa untuk mencari pakaian yang betul dan memilih gaya yang sesuai untuk menghadiri temuduga.

Penampilan pertama adalah sangat penting.

Percayalah bahawa pemilihan pakaian dan imej yang betul kadang lebih berpengaruh dari kata-kata kerana ia boleh menunjukkan diri anda yang sebenarnya.

Ada teori mengatakan bahawa 55% dari pandangan pertama yang tertonjol adalah daripada penampilan dan perwatakan. 

Penulis undangan kami telah menyusun beberapa inspirasi pakaian untuk membantu para wanita merancang pakaian temuduga yang seterusnya.

Berikut adalah tips pakaian temuduga yang pasti akan menyerlahkan penampilan anda saat menghadiri temuduga:

Baju Kurung

Gambar dari Fern
Gambar dari Fern

Buju kurung merupakan pakaian yang sesuai dan selamat untuk dikenakan ketika menghadiri temuduga kerana ia termasuk kategori pakaian rasmi di negara kita.

Terdapat 3 tips pemilihan baju kurung iaitu jenis fabrik, corak dan warna pada fabrik, serta aksesori tambahan pada baju.

Pilih fabrik yang tidak terlalu tebal atau nipis.

Sebagai contoh gunakan fabrik suiting yang dapat membuatkan baju kurung tersebut kelihatan terletak kemas dan rapi ketika dipakai.

Dari segi pemilihan corak pula, pilih corak-corak yang minimal seperti berjalur ataupun bertekstur.

Elakkan daripada memakai baju kurung yang bercorak sarat dan berbunga, atau yang mempunyai cetakan binatang ataupun corak yang terlalu besar.

Aksesori tambahan pada pakaian pula seeloknya minimal sahaja, elakkan lace, feather, fur, manik yang sarat, labuci serta ropol.

Pakaian yang bersinar juga tidak digalakkan untuk dipakai kerana ia akan mengganggu pandangan penemuduga.

Anda juga perlu elakkan memakai baju kurung yang mempunyai terlalu banyak warna. Jumlah warna baju kurung secara keseluruhan hendaklah tidak lebih daripada tiga warna kerana ia akan menyebabkan penampilan kelihatan serabut dan terlalu meriah sehingga mengganggu fokus penemuduga.

Pakaian yang lebih daripada tiga warna biasanya sesuai dipakai untuk majlis kenduri kahwin.

Elakkan juga daripada memakai baju kurung yang berwarna terang, sebaliknya pakailah baju kurung yang bertona lembut atau gelap kerana anda akan tampil lebih professional dan berwibawa. 

'Professional Top'

Apa yang dimaksudkan dengan professional top? Ia merujuk kepada pakaian bahagian atas yang selesa, kelihatan profesional dan konservatif, serta terdiri daripada kemeja dan blazer

Sekiranya anda memilih untuk memakai pakaian formal ketika menghadiri temuduga, suit anda perlulah ringkas dan terdiri daripada warna-warna neutral seperti kelabu dan navy blue. 

Selain itu elakkan memakai warna hitam semasa temuduga kerana ia menunjukkan kesuraman. Jika memilih suit (blazer, skirt atau seluar) seeloknya warna blazer dan skirt atau seluar mestilah sama dan senada.

Ia juga lebih bagus jika mempunyai tekstur yang sama. Hindarkan daripada memakai blazer dengan baju kurung kerana ia akan mencacatkan penampilan imej formal baju kurung dan blazer.

Adalah satu kesalahan jika blazer dipadankan dengan baju kurung. Ini kerana kedua-dua pakaian tersebut mempunyai kuasa tersendiri.

Baju bahagian dalam blazer tidak boleh lebih panjang dari blazer kerana ia akan tampak janggal serta boleh menjatuhkan kredibiiti dan sisi profesionalisme anda. 

Elakkan juga daripada memakai potongan blazer atau kemeja yang terlalu fancy dan berfesyen.

Memakai pakaian yang terlalu berfesyen ke temuduga rasmi boleh mengurangkan kredibiliti anda sebagai seorang yang berwibawa.

Kasut Yang Selesa

Selain daripada pemilihan pakaian, pastikan anda memilih kasut yang betul.

Pastikan kasut anda tidak tercalar atau kotor, dan elakkan sandal bertali, selipar, stiletto tinggi, sneakers atau kasut berwarna terang.

Kasut anda seharusnya konservatif, bertutup di bahagian hadapan dan belakang.

Pastikan kasut anda berwarna natural iaitu hitam atau nude dan bertumit setinggi dua inci.

Elakkan memakai kasut yang boleh menampakkan jari kaki atau bahagian belakang kaki kerana ia akan menampakkan anda tidak bersedia atau serius dalam temuduga ini.

Aksesori Ringkas 

Elakkan daripada memakai aksesori yang besar, berbunyi, berkilauan dan bergerak-gerak kerana ia akan mengganggu anda dan juga penemuduga ketika sesi temuduga sedang berlangsung.

Pilih beg tangan yang tidak terlalu besar dan berstruktur, seeloknya pilih warna yang semulajadi.

Bagi yang berhijab, pastikan tudung yang anda pakai terletak kemas dan tidak bergerak-gerak.

Anda diberi kebebasan untuk melilit tudung tapi pastikan lilitan anda sentiasa kemas serta tidak menutupi bahagian mata. 

Kebersihan Diri

Anda amat digalakkan untuk memotong kuku supaya kelihatan bersih dan kemas.

Bagi yang memakai pengilat kuku, pastikan warna yang anda pakai tidak terlalu terang dan berwarna-warni.

Buat yang tidak bertudung pastikan rambut anda bersih, kemas dan disikat rapi.

Tambahan lain pula, pastikan juga anda memakai deodoran dan sedikit minyak wangi untuk mennghindari bau badan yang mungkin muncul.

Jangan pakai minyak wangi terlalu banyak kerana ia boleh mengganggu orang yang menemuduga anda.

Dari segi solekan pula, pilihlah teknik solekan yang sesuai ketika temuduga.

Solekan yang ringkas, minimum, kemas, dan tidak keterlaluan adalah paling sesuai untuk temuduga kerja.

Pemakaian solekan ini hanyalah sekadar untuk menutupi muka yang pucat atau cela-cela lain yang mungkin kelihatan tanpa solekan. 

Akhir sekali pastikan anda masuk ke bilik temuduga dengan penuh senyuman, keceriaan dan keyakinan.

Yakinlah dengan pengalaman dan ilmu yang anda ada, panel penemuduga akan memilih anda. 

Semoga berjaya! - Getaran, 21 Mei 2022.

Semua gambar dari Unsplash kecuali tertera

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Seludup Pil Yaba Lebih RM120,000, 2 Wanita Ditahan

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok