Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jom Jamu Selera di Restoran-Restoran Sekitar Sepang Ini!

Warga Selangor terdiri daripada lapisan masyarakat yang berasal dari negeri-negeri di seluruh Malaysia. Termasuklah kawasan Sepang yang terkenal dengan aneka tempat makan menarik.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 8:30AM

Gambar : Tourism Selangor

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu merupakan hari yang sering dinanti-nantikan oleh ramai orang kerana inilah masanya untuk merehatkan diri serta melakukan aktiviti yang digemari. Jika anda salah seorang ‘food hunter’ atau punya perancangan untuk bercuti sekitar Selangor dalam masa terdekat ini, cubalah panjangkan langkah ke daerah Sepang untuk menikmati seleksi makanan yang memikat selera. 

Selangor menjanjikan pengalaman kulinari yang tidak kurang hebatnya, biarpun tidak bergelar syurga makanan. Kerana apa? Kerana warga Selangor terdiri daripada lapisan masyarakat yang berasal dari negeri-negeri di seluruh Malaysia. Bahkan dari luar negara. Jadi, aspek gourmetnya sudah pastilah dipengaruhi oleh pelbagai negara dan tradisi. 

Daerah Sepang merupakan salah satu daerah di Selangor yang sebenarnya mempunyai banyak tempat makan menarik.

Jom semak senarai restoran atau kafe yang boleh anda kunjungi di sekitar daerah Sepang.

1. Sarapan pagi di Restoran Taman Klasik Rumbia - 286, Jalan Haji Jumani, 43900 Sepang, Selangor

Restoran Taman Klasik Rumbia menyajikan menu sarapan pagi yang pelbagai bermula jam 7:00 pagi. Mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sini mengakui pilihan yang ada membuatkan mereka rambang mata. Antara menu yang sedia menanti ialah nasi goreng, nasi lemak, lauk-pauk, dan bihun sup. Selain itu, roti canai juga tersedia. Jika mahukan lempeng, boleh singgah di sini pada setiap Jumaat.

2. Makan tengah hari di PappaGrill Sepang - No.76, Jalan Warisan Sentral 2 KIP Sentral, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

PappaGrill ialah restoran stik paling popular di Kota Warisan Sepang. Menawarkan pelbagai jenis masakan barat dan tempatan seperti burger, spaghetti, nachos, fish & chips, nasi goreng,  nasi lemak dan tidak ketinggalan hidangan sampingan seperti kentang goreng, sup cendawan, coleslaw, dan roti bawang putih. 

Restoran ini sudah tidak perlu diperkenalkan di kalangan penduduk tempatan kerana ia sememangnya sudah menambat hati penduduk di sana dengan sensasi  makanan yang memikat selera. Selain itu, ramai juga yang memuji layanan yang diberikan. Antara menu yang mesti anda cuba ialah pasta creamy carbonara, pasta aglio olio, sirloin steak dan juga Maharaja Platter yang mewah untuk dinikmati oleh dua orang.

3. Minum petang di Karyabhara, The Hipster Café - LG-05, Menara Shaftsbury Putrajaya, Jalan Alamanda, Presint 1, Putrajaya, Sepang, Selangor

Jika anda bermalam di hotel yang terletak di Putrajaya, Karyabhara - The Hipster Café ini boleh dijadikan pilihan. Dengan suasana yang santai, kafe ini menyediakan pilihan menu yang sesuai untuk sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan makan lewat malam. Malah, terdapat juga pelbagai pilihan kek untuk anda yang menggemari pemanis mulut.

Namun, perlu diingatkan bahawa rata-rata pengunjung tidak menggemari hidangan barat yang mereka sediakan berbanding menu makanan tempatan. Antara menu yang boleh didapati di sini ialah Nasi Lemak Berdentum, Samyang Hot Ramen, salmon steak dan spaghetti carbonara.

Anda juga  boleh mengadakan majlis persendirian seperti hari jadi, jamuan keluarga, dan acara perniagaan di kafe ini. 
 

4. Makan Malam di Utan Café - Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Kafe Utan mempunyai nilai tambah tersendiri kerana ia terletak di antara tiga padang golf yang dikelilingi pepohon hijau dan udara yang sejuk. Sudahlah menjanjikan suasana hijau yang mendamaikan untuk makan malam, malah kafe ini juga menyediakan lebih daripada 50 menu yang menepati citarasa rakyat Malaysia

Sesiapa sahaja boleh kecur liur dan rambang mata dibuatnya. Ada masak lemak daging salai, asam pedas ikan jenahak, puyuh goreng cili, sup gear box, sup kambing, kari kepala ikan, daging batang pinang masak kicap, tomyam, patin masak tempoyak, ikan siakap stim limau dan sotong bakar chiangrai, ulam-ulaman dan tidak ketinggalan pelbagai jenis sambal membangkitkan selera.

Kafe suasana kampung ini dibuka pada setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Kecuali pada Ahad, ia ditutup pada jam 5 petang.

5. Makan Lewat  malam di HM Sri Bagan Sepang Satu - Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor

Makan lewat malam sambil menikmati bayu laut yang sangat menenangkan adalah cara yang ideal untuk mengakhiri hari anda! Bunyi ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa pasti membuatkan anda terbuai. Malah, ia mampu merawat kekusutan hati, sekaligus menaikkan semangat anda. 

Berkonsepkan restoran terapung, HM Sri Bagan Sepang Satu sentiasa menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu. Warga kota yang menggemari makanan laut sering ke sini kerana makanan laut yang disediakan segar-segar dan ia menjanjikan pengalaman menjamu selera yang selesa. 

Anda boleh memesan menu a la carte atau ambil pakej makan besar jika anda datang secara berkumpulan! Ikan talapia bakar, ikan siakap kukus, sambal udang petai, sotong goreng tepung, kerang bakar, ketam masak lada hitam antara menu yang boleh anda cuba. 

Selain daripada tempat yang dinyatakan di atas, Selangor menawarkan banyak lagi restoran dan kafe menarik yang patut anda lawati, terutamanya pada tahun 2022.

Bagi mengekalkan kesejahteraan ramai, anda diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara, seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa di khalayak ramai, dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel  untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini, #PusingSelangorDulu. - Getaran, 21 Mei 2022

Gambar : Tourism Selangor

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

3

Politik 1 bulan yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

4

Politik 1 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu