web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2022 6:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Milea: Suara dari Dilan (Netflix)

Setelah tayangan filem Dilan 1990 dan Dilan 1991, kisah percintaan Dilan dan Milea bersambung dalam filem Milea: Suara dari Dilan. Untuk pengetahuan semua, filem ini turut diadaptasi dari buku siri yang ditulis oleh Pipi Baiq.

Filem ini diibaratkan sebagai extended version buat dua filem yang sebelumnya dan menceritakan hubungan mereka dari perspektif Dilan dengan lebih terperinci.

Mungkin sebelum ini kita hanya melihat tentang cinta dari sudut wanita dan tidak tahu apa yang sebenarnya dirasai oleh lelaki ketika dilamun cinta.

Segala pandangan negatif terhadap Dilan akan dibetulkan setelah menonton filem ini. Malah, beberapa babak yang tidak lengkap huraiannya di dalam dua filem sebelumnya bakal dihuraikan di Milea.

Boleh dikatakan, Milea menjadi pelengkap dan penutup yang baik buat trilogi novel Dilan. Gandingan dua pelakon muda ini juga berhasil memberikan impak perasaan yang baharu dan cukup untuk menunaikan permintaan peminat yang mahukan filem terakhir buat naskah percintaan mereka. - Sara Mack Lubis

 

‘The Mosque Next Door’ (Netflix)

Di mata kebanyakan penduduk bukan Islam di Australia, masjid adalah simbol semakin berkembangnya rasa kebimbangan bahawa agama itu bukan saja menggugat cara hidup warga Australia malah keselamatan mereka.

Hakikatnya kebanyakan mereka tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke masjid, jauh sekali mengetahui apakah aktiviti yang dilakukan di sana.

Kini, buat julung kalinya, segala aktiviti yang berlangsung di antara masjid tertua di Australia, iaitu Masjid Holland Park di Brisbane dibawakan secara eksklusif menerusi dokumentari tiga episod berdurasi sejam.

Penonton bakal mengenali Imam Uzair, pemimpin masjid yang juga peminat tegar sukan kriket, sahabat serba bolehnya Ali Kadri, si pemidato lantang, Galila Abdelsalam dan jemaah masjid generasi keempat, Janeth Deen.

Dokusiri yang pertama kali disiarkan pada 2017 ini mengambil masa setahun untuk disiapkan sekali gus membawa anda menelusuri watak-watak berhati waja tadi dalam mendepani isu-isu termasuk Islamofobia, pelampau selain halangan-halangan yang dilalui dalam kehidupan seharian mereka.

Dokusiri kewujudan institusi masjid dan sekumpulan komuniti kecil yang berdepan isu serta gelombang perubahan dan penerimaan masyarakat Australia dan dunia umumnya itu kini boleh anda nikmati sempena Ramadan ini menerusi 'The Mosque Next Door' hanya di Netflix. - Suzan Ahmad

 

Kongsi Raya (Netflix)

Alang-alang bakal menyambut lebaran beberapa hari sahaja lagi, mesti anda mencari-cari rancangan yang sangat cocok untuk tontonan seisi keluarga.

Jadi, apa kata anda pasangkan cerita Kongsi Raya yang disiarkan menerusi Netflix di kaca televisyen anda. Mungkin anda masih ingat, kita pernah menyambut Aidilfitri yang tarikhnya jatuh tidak jauh dengan perayaan lain seperti Deepavali dan Tahun Baru Cina.

Maka cerita ini meraikan keunikan pelbagai kaum di Malaysia. Ia mengisahkan tentang percintaan antara Sharifah lakonan Qasrina Karim dan Jack lakonan Wilson Lee.

Namun begitu, cinta mereka dihalang oleh keluarga yang bertegas bahawa Jack wajib mewarisi nama keturunan mereka. Mereka juga mengatakan jika anaknya berkahwin dengan wanita Melayu, mereka akan kehilangan anaknya dan Jack akan bertukar menjadi malas.

Namun, pergaduhan mereka terlerai hanya dengan kuih seri muka. Nak tahu ceritanya, kenalah tonton. - Wafa Aula

 

Gangubai Kathiawadi (Netflix)

Filem hebat Bollywood, Gangubai Kathiawadi lakonan Alia Bhatt yang diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansalai akhirnya ditayangkan di Netflix bermula 26 April lalu.

Filem ini mengisahkan tentang kisah benar seorang wanita muda bernama Gangubai yang diperdaya kekasihnya yang akhirnya menyebabkan dia menjadi pelacur.

Namun Gangu tidak sama seperti pelacur-pelacur lain. Dia merupakan seorang yang kuat dan akhirnya diangkat menjadi ketua di rumah pelacur berkenaan. Gangu telah berkenalan dengan Rahim Lala lakonan Ajay Devgan yang banyak membantunya.

Akhirnya Gangu memilih untuk menjadi ahli politik dan memperjuangkan hak wanita dan pekerja industri pelacuran. Dia jatuh cinta dengan seorang tukang jahit yang tinggal berdekatan rumahnya, namun dia harus memilih di antara cinta dan pengorbanan terhadap wanita yang senasib dengannya.

Dapatkah Gangu menyelesaikan isu yang membelenggu pelacur di tempatnya dan dapatkah dia memiliki cinta sejati? Jangan lupa tonton filem hebat ini di Netflix. - Helmi Anuar

 

Keluarga Cemara (Netflix)

Sedang buat senarai main filem sempena cuti panjang ini? Jika anda mencari filem yang selamat untuk ditonton oleh semua umur, Keluarga Cemara patut ada dalam senarai anda. Filem Indonesia ini pada asasnya mempunyai jalan cerita yang mudah. 

Sebuah keluarga bahagia dengan status sosial bagus tiba-tiba mengalami musibah.

Abah ditipu rakan sekerja dan akhirnya muflis, menyebabkan Abah (Ringgo Agus Rahman), Emak (Nirina Zubir), Euis (Zara JKT48) dan Cemara (Widuri Putri Sasono) terpaksa pindah ke rumah pusaka keluarga Abah di Bogor. 

Bayangkan, dari Jakarta penuh glamor, pindah ke Bogor yang memang hijau dan tenang tapi tidak membahagiakan Euis, anak gadis remaja Abah. Rakan-rakan sekolah ‘kolot’ dan tiada jaringan telefon di rumah! 

Abah pula terpaksa membanting tulang mencari pekerjaan baharu demi menyara keluarganya dan membaik pulih rumah pusaka nan usang. 

Emak dan Cemara menjadi ‘pengikat’ hubungan keluarga kecil ini dan sekali-sekala, ada Ceu Salmah yang lucu menceriakan keadaan. 

Susah sebenarnya mencari filem kekeluargaan yang wholesome sekarang. Dengan lakonan dan skrip yang sangat bagus, Keluarga Cemara memang satu dalam beribu. -Ili Farhana - Getaran, 30 April 2022

Isu Pada

Syawal Terindah Nur Fazura

30 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh