Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


6 Destinasi Luar Biasa Untuk Diterokai

Dengan adanya kebenaran merentas sempadan antarabangsa untuk mereka yang telah lengkap divaksinasi, sampailah masanya kita keluarkan bagasi yang telah lama tersimpan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 4:25PM

Gambar: Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas lebih dua tahun menantikan pembukaan semula sempadan antarabangsa, kini ramai yang sudah boleh mengukir senyuman apabila hasrat atau impian untuk mengembara atau melancong ke luar negara akhirnya boleh direalisasikan.

Dengan adanya kebenaran merentas sempadan antarabangsa untuk mereka yang telah lengkap divaksinasi, sampailah masanya untuk mengeluarkan bagasi yang telah lama tersimpan.

Pergilah keluar bercuti ke destinasi idaman, bersantai bersama yang tersayang di luar negara atau sekadar berehat seketika daripada kesibukan rutin harian.

Baru-baru ini platform tempahan percutian di dalam talian, Agoda menyenaraikan beberapa destinasi menarik untuk dijadikan inspirasi bagi merancang jadual percutian anda.

Jika destinasi idaman anda tidak tersenarai di sini, anda boleh layari www.agoda.com/traveladvisor (menggunakan komputer) untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan sekatan di tempat yang ingin dituju. 

 

1. Mesir – Anugerah Sungai Nil

Belon panas di Luxor, Mesir
Belon panas di Luxor, Mesir

Pengembara yang ingin mendaki puncak tertinggi di padang pasir atau mengunjungi tapak peninggalan tamadun tertua di dunia boleh berbuat sedemikian dengan mudah tanpa perlu menunjukkan keputusan negatif COVID-19, dengan syarat anda mempunyai sijil vaksinasi. 

Ketika berada di negara yang terkenal dengan Pyramid Giza ini, jangan lupa untuk mengunjungi Laut Mediteranean, Laut Merah dan pasar Khan el-Khalili yang terkemuka.

Antara aktiviti yang mesti dilakukan adalah bersiar-siar di Sungai Nil dengan menaiki felluca - kapal layar tradisional yang diperbuat daripada kayu dan menaiki belon udara panas di Luxor. 

Pengembara juga boleh melawati Sahara el Beyda, sebuah taman negara padang pasir putih, atau melakukan perjalanan ke Hurghada untuk menyaksikan pelbagai hidupan laut di Mesir – dengan menaiki kapal selam atau menyelam skuba.

Jika anda ingin mendalami kebudayaan yang halus di negara ini, anda harus kunjungi Muzium Mesir di Kaherah. 

Semasa di Mesir, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda seperti Concorde El Salam Hotel Cairo, Kempinski Nile Hotel, atau Al Masa Hotel.

 

2. Bahrain – Rahsia terbaik Timur Tengah

Pusat Dagangan Dunia Manama, Bahrain
Pusat Dagangan Dunia Manama, Bahrain

Negara pulau yang terletak di Teluk Parsi ini membenarkan kemasukan pelancong tanpa ujian PCR sebelum berlepas tanpa mengira status vaksinansi anda. 

Terdapat pelbagai aktiviti yang mengujakan bagi para pelancong di Bahrain. Kunjungilah Rumah Al Jasra and Muzium Al Bahrain untuk mendalami sejarah dan tamadun yang kaya di negara ini.

Di Manama Souq, anda boleh dapatkan rempah-ratus, cenderahati serta manisan yang enak untuk dibawa pulang. 

Cubalah hidangan tradisional Bahrain seperti Machboos, daging atau ikan yang disajikan dengan nasi berempah atau Muhammar, nasi manis kurma, yang boleh didapati di serata pulau tersebut.

Selain itu, cubalah luangkan masa untuk menyelam di taman tema bawah air yang terbesar di dunia, Dive Bahrain dan berkayak serta menikmati sukan-sukan air yang lain di Pulau Nurana.

Di Bahrain, anda boleh menginap di Panorama Hotel, Atiram Jewel Hotel Bahrain atau Gulf Hotel Bahrain Convention and Spa yang tersenarai di Agoda.

 

3. Lubnan (Lebanon) – Bersaiz kecil tetapi tidak kurang hebatnya

Byblos, Pelabuhan Lubnan
Byblos, Pelabuhan Lubnan

Pengembara yang telah menerima vaksinasi lengkap tidak memerlukan ujian PCR sebelum berlepas ke Lubnan, dengan syarat dos kedua atau ketiga diterima sekurang-kurangnya enam bulan sebelum memulakan perjalanan. Anda hanya perlu memuat naik sijil vaksinasi ke laman web Kementerian Kesihatan Lubnan. 

Dengan adanya kepelbagaian geografi di negara ini, Lebanon menawarkan pelbagai tarikan seperti pemandangan indah, kehebatan sejarah dan seni bina, serta makanan lazat yang menjanjikan percutian yang sukar untuk dilupakan. 

Terokailah salah satu kuil Greco-Roman yang dijaga rapi, Baalbek, Kuil Bacchus, hutan pokok cedar Lubnan di daerah Chouf di Gunung Barouk dan juga Istana Beiteddine yang dibina pada abad ke-18.

Bagi para pencinta langit keemasan tatkala matahari terbenam, anda patut menaiki bot di Byblos untuk menikmati pemandangan indah ini. 

Anda juga boleh melawati gereja dan biara lama di Lembah Qadisha.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Air Terjun Batara Gorge yang mempunyai ketinggian 255 meter dan mengalir ke Balaa Pothole, sebuah gua batu kapur zaman Jurasik.

Pilihan penginapan tidak terhad. Antara yang mendapat ulasan positif di Agoda ialah Burj On Bay Hotel, Lancaster Raouche Hotel dan Le Commodore Hotel.

 

4. Perancis – Destinasi percutian romantik

Padang lavender di Provence, Perancis
Padang lavender di Provence, Perancis

Perancis telah dibuka tanpa sekatan kuarantin untuk pelawat yang telah menerima vaksin lengkap! Apabila berada di destinasi yang paling romantik di dunia ini, anda mesti mengunjungi Menara Eiffel, bersiar-siar menaiki bot di Sungai Seine, mengunjungi Mont-Saint-Michel, atau berjalan-jalan di Kuarter Lama di Paris. 

Untuk mengutip pengalaman yang lebih menyeronokkan, apa kata anda ke Provence bagi menyaksikan padang bunga lavender yang sayup mata memandang.

Saksikan keindahan banjaran French Alps dari helikopter, bersiar-siar di Dijon – sebuah kota pejalan kaki di mana kereta tidak dibenarkan, jelajahi ladang anggur di Burgundy dan terokai Lyon, sebuah bandar yang terkenal dengan makanan yang enak.

Villa Opera Drouot Hotel, Victoria Palace Hotel dan The Hoxton Paris antara penginapan yang boleh anda pertimbangkan. Semak harga hotel ini di Agoda.

 

5. Turki – Negara empat musim

Teras di Pamukkale, Turki
Teras di Pamukkale, Turki

Dengan kejatuhan nilai mata wang Turki, tidak dinafikan ramai yang mengambil peluang untuk bercuti ke negara empat musim ini.

Pelancong dari serata dunia yang telah menerima vaksin lengkap dialu-alukan ke negara ini tanpa memerlukan ujian RT-PCR. Mereka hanya perlu mengisi Borang Ketibaan Pelawat sekurang-kurangnya empat hari sebelum ketibaan di Turki. 

Turki merupakan satu destinasi yang sempurna untuk meneruskan semula perjalanan pasca pandemik. Tarikan utama di negara ini adalah kepelbagaian pengaruh budaya dari Asia, Eropah dan Timur Tengah dan keindahan alam semula jadi yang sukar untuk dilupakan. 

Bersantailah di kolam air panas di Tasik Pamukkale, di mana kejadian teres batu travertin berwarna putih menjadikan kawasan yang hijau kelihatan seolah-olah dilitupi salji; terokai salah sebuah kota yang tertua di dunia, Konya, yang telah didiami sejak abad ketiga sebelum Masihi dan Kaymakli – sebuah kota bawah tanah di Wilayah Anatolia Tengah di Turki.

Tidak dilupakan, terbang bersama belon udara panas untuk menyaksikan keindahan lembah-lembah batu di Cappadocia dan berehat dengan mandian tradisional Hamam.

Semasa di Turki, anda boleh memilih dari pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda seperti The Marmara Taksim Hotel, Bricks Hotel Istanbul dan Hotel DeCamondo Galata.

 

6. Norway –  Negara matahari tengah malam

Katedral Arctic, Tromso, Norway
Katedral Arctic, Tromso, Norway

Pintu masuk ke Norway telah dibuka tanpa sebarang sekatan seperti ujian pengesanan, vaksinasi, kuarantin dan borang ketibaan! Jika anda sedang merancang untuk bercuti di Norway, aktiviti mengejar cahaya utara dan menyaksikan bulatan Artik wajib dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda. 

Selain daripada fenomena ajaib ini, negara Scandinavia ini juga mempunyai kawasan pergunungan, glasier, muzium, dan pelbagai aktiviti lagi untuk dinikmati.

Anda boleh mendaki ke puncak Gunung Floyen, berketinggian 399 meter dengan pemandangan bandar yang terbaik di puncaknya, jelajahi wilayah Geirangerfjord, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan pemandangan Norway yang bersalji, nikmati keindahan seni bina Arctic Cathedral dan kunjungi lubuk pusar yang terkuat di dunia, Saltstraumen Maelstrom. 

Seperti negara-negara lain, Norway juga menawarkan pelbagai jenis penginapan yang boleh disesuaikan dengan bajet anda.

Jika menggunakan Agoda untuk carian hotel, mungkin anda akan terjumpa dengan tiga hotel ini, Radisson Blu Plaza Hotel Oslo, Hotel Continental dan Clarion Hotel Oslo pada tarikh yang dimahukan.

Rancanglah perjalanan anda dengan sebaik-baiknya dan selamat bercuti! - Getaran, 17 April 2022

Gambar: Agoda

Isu Pada

Evolusi Pendidikan Islam

16 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

UAE, Mesir Lakukan Guguran Udara Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Di Gaza

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Tahan Kenderaan UNIFIL: Pasukan Pengaman Malaysia Di Lubnan Selamat - Menteri

3

Semasa 1 bulan yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Harald V Terus Pulih, Usaha Diambil Untuk Bawa Pulang Baginda - Istana Norway

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa