web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Resipi Untuk Berbuka Puasa

Hujung minggu ini apa agaknya menu buka puasa yang ingin ada sediakan? Jika masih tidak punya idea dan mungkin juga mahu mencuba resipi yang belum pernah dimasak, tiga resipi berikut pasti tidak menghampakan.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 12:59PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Acap kali berbuka puasa dengan makanan yang dibeli di luar mungkin membebankan. Boleh jadi juga, membosankan. 

Sesekali mahu juga menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan sendiri. Orang kata, air tangan sendiri lebih memuaskan hati. Lebih-lebih lagi jika ia dihidangkan untuk insan-insan tersayang. 

Penat-lelah di dapur bagaikan tidak terasa, seronok menyaksikan masing-masing makan dengan berselera.

Hujung minggu ini apa agaknya menu buka puasa yang ingin ada sediakan? Jika masih tidak punya idea dan mungkin juga mahu mencuba resipi yang belum pernah dimasak, tiga resipi berikut pasti tidak menghampakan. Resipi ini dikongsikan oleh pembaca Getaran.

Shamsul Bahrin dan Wati Ab'llah
Shamsul Bahrin dan Wati Ab'llah

 

DAGING MASAK HITAM SARAWAK

Resipi oleh : Shamsul Bahrin

Bahan-bahan perap:

500 gram daging – potong hiris

2 sudu besar kicap pekat caramel

3 sudu besar gula apong/gula melaka

Bahan-bahan kisar:

3 batang serai 

sedikit lengkuas (lebih kurang seinci) 

1 biji bawang besar

7 biji bawang merah

1 ulas bawang putih 

15 tangkai lada kering

1/3 cawan prun/kismis

Bahan-bahan tumis:

Rempah tumis 4 sekawan (banyak ikut suka) 

5 biji bawang merah dimayang

1-2 sudu besar rempah kurma

2 sudu besar kerisik 

minyak masak secukupnya 

sedikit air asam jawa 

garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1.Gaul daging bersama kicap pekat dan gula apong secara merata hingga sebati. Perap seketika. 

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis rempah 4 sekawan dan bawang yang telah dimayang.  Apabila bawang sudah agak garing, masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati.

3. Masukkan rempah kurma dan kacau lagi. Biarkan hingga pecah minyak dan naik bau.

4. Masukkan sedikit air asam dan kacau lagi

5. Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau sebati. Kalau daging sukar empuk, tambahkan sedikit air, tutup kuali dan reneh dengan api kecil. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus.

6. Masukkan kismis hitam atau prun yang telah dikisar. 

7. Masukkan kerisik dan gaul sebati. Masak hingga kuah pekat dan daging benar-benar empuk. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.

8. Sedia dihidangkan bersama nasi putih atau dimakan bersama kelupis atau lemang.

 

UDANG GORENG BAWANG PUTIH

Resipi : Wati Ab'llah

Bahan-bahan:

1/2 kilogram udang

10 ulas bawang putih dicincang

2 sudu besar mentega tanpa garam

1/2 sudu kecil kepingan cili (chili flakes)

1 sudu kecil pasli kering

1 sudu kecil jus lemon

Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Bersihkan udang dengan membuang kepala, kulit dan juga bebenang hitam di bahagian atas udang.

2. Panaskan mentega di dalam kuali. Masukkan bawang putih yang telah dicincang. Tumis selama seminit.

3. Masukkan udang. Biarkan selama dua minit sehingga bertukar warna kemerah-merahan. Balik-balikkan udang dan kacau rata selama tiga minit.

4. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan kepingan cili. Kacau rata.

5. Masukkan jus lemon dan kacau sebati selama seminit. Jangan biarkan lama kerana bimbang udang akan terlebih masak.

6. Tutup api. Susun udang di dalam pinggan. Tabur daun pasli kering dan sedia untuk dimakan.

 

STEW AYAM KAMPUNG 

Resipi : Wati Ab'llah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung yang telah dibersihkan

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 sudu besar tepung gandum

4 sudu besar kicap manis

1-2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)

Garam secukup rasa

Minyak masak

Bahan stew:

1 biji ubi kentang (dipotong empat)

1 batang lobak merah (dipotong satu inci)

1 biji bawang besar (dipotong empat)

2 biji bawang merah dihiris

3 ulas bawang putih dihiris

1/2 inci halia dihiris

Bahan-bahan lain:

Daun sup

Bawang goreng

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak masak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan hiris sehingga kekuningan dan naik bau. 

2. Masukkan tepung gandum dan goreng dengan api perlahan sehingga kelihatan pekat. Masukkan sedikit air dan kacau sebati.

3. Masukkan ayam dan bahan stew. Kacau rata.

4. Masukkan kicap, lada hitam dan garam. Perlahankan api sedikit dan masak sehingga ayam dan kentang empuk. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur bawang goreng dan hias dengan daun sup.

5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba! - Getaran, 16 April 2022

Isu Pada

Evolusi Pendidikan Islam

16 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kukuhkan Lagi Kerjasama Dengan Thailand - PM

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh