web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lagu-Lagu Yang Bertemakan Bulan Ramadan

Biarpun tidak sebanyak lagu Raya, namun lagu yang bertemakan bulan Ramadan tetap ada malah liriknya penuh pengajaran dan menginsafkan.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 2:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita sering mendengar lambakan lagu raya tatkala menjelang Aidilfitri, namun tidak banyak lagu-lagu mengenai bulan Ramadan yang diterbitkan.

Tetapi jangan risau, bagi anda yang tercari-cari lagu yang bertemakan Ramadan, Getaran senaraikan beberapa buah lagu yang boleh anda jadikan halwa telinga sepanjang bulan puasa ini.

 

'Harapan Ramadan' 

Antara lagu yang paling popular setiap kali bulan Ramadan menjelma. Lagu ini didendangkan oleh kumpulan Raihan bersama dengan penyanyi Man Bai. Lagu ini telah dicipta oleh Man Bai, Farihin dan Ain. Lirik serta melodinya yang syahdu, benar-benar menimbulkan keinsafan dalam diri.

 

'Ahlan Wasahlan Ya Ramadan'

Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan nasyid terkenal, Rabbani. Memang terasa kemeriahan bulan Ramadan serta tercetus rasa keinsafan setiap kali mendengar lagu ciptaan Mohamad Asri Ibrahim dan Mujiburriza serta lirik oleh Ito ini.

 

'Puasa Dulu Baru Raya'

Lagu yang mengajar kita untuk menghafal niat puasa dengan mudah dendangan kumpulan Raihan ini antara yang wajib kita dengar sewaktu bulan Ramadan. Lagu ini telah dicipta oleh Abu Bakar dan lirik oleh Che Am.

 

'Ramadhan Tiba' 

Lagu yang paling sering kita dengar setiap kali menjelang Ramadan sejak lebih lima tahun lalu. Lagu dendangan penyanyi Indonesia, Opick, ini sememangnya menaikkan semangat bulan Ramadan kerana muziknya serta lirik yang mudah diingati.

 

'Ramadan' 

Lagu meruntun jiwa daripada penyanyi antarabangsa, Maher Zain ini antara lagu yang wajib didengar sepanjang Ramadan. Terdapat dua versi iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Muziknya yang mendayu serta lirik penuh bermakna meresap ke dalam sanubari.

 

'Bulan Penuh Ampunan'

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari merilis lagu ini sempena bulan Ramadan lima tahun yang lalu. Lagu ini berentak sedikit ‘catchy’, menimbulkan ‘mood’ segar dan kemeriahan di bulan Ramadan.

 

'Ramadhan '

Lagu daripada penyanyi rap wanita popular Malaysia, Zizi Kirana ini dicipta oleh komposer terkenal, Hafiz Hamidun. Lagu ini telah diterbitkan pada tahun lalu. Berentak ‘catchy’ dengan sentuhan muzik ala timur tengah, lagu ini tidak bosan didengar. 

Sebelum bulan Syawal menjelma, apa kata kita dengar lagu-lagu yang bertemakan bulan Ramadan dan menghayati bait-bait lirik yang penuh pengajaran.

Janganlah baru masuk 1 Ramadan terus dengar lagu raya ya! Sama-samalah kita menghormati bulan Ramadan yang mulia. – Getaran, 10 April 2022

Gambar : Helmi Anuar

Isu Pada

Zee Avi Masih OK!

09 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh