Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Zee Avi Masih OK!

Setelah lama di luar negara demi kerjaya seninya, Zee Avi kini mengambil keputusan untuk berkarya dari tanah airnya sendiri dan sempat meluangkan sedikit masa bersama TARA.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Apr 2022 9:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika disebut nama Izyan Alirahman, mungkin tidak ramai yang tahu siapakah empunya nama tersebut, namun jika dilaungkan Zee Avi, saya yakin sebahagian besar rakyat Malaysia dan juga peminat muzik serantau lain pasti mengenali orangnya.

Bertubuh kecil molek namun berbakat besar, Zee Avi sudah lebih satu dasawarsa mewarnai dunia muzik tempatan dan antarabangsa.  

Tersenarai di antara penyanyi terawal Malaysia yang dikesan lewat laman YouTube, sehingga berjaya mencuri perhatian ramai pemuzik antarabangsa, Zee memulakan kerjaya seninya dengan melancarkan beberapa karya dalam Bahasa Inggeris.

Kemudian dirinya mencipta satu lagi fenomena lewat karya yang berjudul ‘Kantoi’. Lagu yang pendek namun penuh bermakna dan menghiburkan ini menjadi siulan ramai orang khasnya penduduk di sekitar Malaysia, Singapura, Brunei dan juga Indonesia.

Sehingga kini ia masih dimainkan di corong-corong radio tempatan dan setelah lebih sedekad berkarya Zee Avi kini kembali ke tanah air untuk meneruskan kerjaya seninya.

Lantas, kami mengambil kesempatan ini untuk mengabadikannya sebagai wajah TARA minggu ini.

Zee tampil ke lokasi penggambaran kami di hotel New World Petaling Jaya bersama wakil pihak pengurusannya Tisha.  

This is my first actual cover,” kata Zee teruja semasa membuka perbualan.

Ya, sebelum ini dia pernah muncul di muka hadapan beberapa majalah, namun bukan secara solo tapi digandingkan bersama beberapa personaliti lain. 

Jadi kami mengerti perasaan teruja dan gementar yang ada padanya tika itu. Malah kami juga terasa tekanannya. 

Manakan tidak. Semestinya kami ingin memastikan sesi pemotretan kali ini berjalan lancar dan membuahkan gambar-gambar cantik, sesuai personaliti berbakat yang kami tampilkan ini.

Petang itu wajahnya dirias dan didandan jurusolek Firz Razali, sambil penata gaya kami Mursh Matsom memadankan busana Farah Khan pada tubuhnya. 

Ternyata, Zee lucu orangnya. Semasa jurugambar kami, Sairien dan juruvideo kami, Razak mengabadikan setiap pergerakannya, Zee sempat berceloteh dengan kami dan membuat kami semua ketawa.

Nasib menyebelahi kami, hasil tangkapan lensa kali ini berjaya menyerlahkan sisi lain Zee Avi yang mungkin tidak ramai ketahui.

Kini bergelar isteri kepada seorang jejaka Jepun bernama Kenji Matano yang beliau temui secara kebetulan di sebuah acara di ibu kota, Zee sempat berceloteh dengan kami tentang perkembangan terbaharunya.

“Saya kembali ke Kuala Lumpur sekitar 2018 supaya dapat berada bersama keluarga saya. Sudah cukuplah beberapa tahun saya habiskan di Amerika Syarikat untuk kerjaya muzik saya. Lagipun sekarang dengan teknologi digital sedia ada, saya boleh menghasilkan muzik di mana sahaja.

“Tambahan lagi, saya tidak menjangka akan jatuh cinta di Kuala Lumpur dan membina rumah tangga, tapi begitulah takdir,” kata Zee bermukadimah.

Dan kini setelah pulang ke Malaysia selama beberapa tahun, dia bakal menyajikan buah tangan terbaharu buat para peminatnya.

“Saya sebenarnya sangat teruja untuk mengumumkan berita ini. Sebetulnya saya sudah lama menyiapkan lagu-lagu ini. Sejak 2014 lagi. Ia merupakan sebuah kompilasi lagu-lagu yang boleh dianggap seperti sebuah album.

“Dan dari himpunan lagu-lagu ini saya akan melancarkan lagu pertama yang berjudul OK.

“Tajuknya memang sangat mudah, kan? Seperti judulnya, ia mengingatkan kita bahawa semuanya akan OK.

“Apapun kesukaran yang kita hadapi, kita harus sedar bahawa semua orang menghadapai cabaran dan itu sesuatu yang normal. Dan adalah OK untuk kita kadang-kadang menangis, kecewa dan sebagainya kerana itu sebahagian daripada proses kehidupan sebagai manusia.

“Jadi saya ingin mengingatkan semua orang bahawa it’s OK to feel the way they do. Yakinlah bahawa semuanya akan OK,” jelasnya panjang lebar tentang karya yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Namun, dalam keterujaan bercerita tentang projek terbaharunya itu, Zee sempat meluahkan satu perkembangan sedih perihal dirinya yang barangkali tidak diketahui ramai.

“Ramai yang tidak tahu saya sebenarnya mempunyai masalah pendengaran. Dan saya menyedari semua ini hanya setelah lama menceburi bidang muzik secara profesional. 

“Kekerapan menjelajah untuk konsert dan persembahan sambil terdedah kepada audio yang kuat dari pembesar suara dan monitor rupa-rupanya telah merosakkan kesihatan pendengaran saya.

“Pada mulanya saya enggan mengakui masalah ini. Saya fikir ia hanyalah satu fasa. Tetapi lama kelamaan ia menjadi semakin serius, sampai ke satu tahap di mana saya tidak dapat mendengar perbincangan penting walaupun aktiviti tersebut berlaku di sebelah saya.

“Tika itu saya berada dalam satu perbincangan berkenaan penerbitan muzik dengan dua orang pemuzik profesional yang duduk di sebelah dan di hadapan saya. 

“Namun saat mereka berbicara sesama sendiri saya hanya mendengar bisikan-bisikan kecil sahaja sehingga terpaksa meminta mereka mengulangi apa yang telah diucapkan.

“Malah mereka juga meminta saya fokus supaya dapat memberikan perhatian sepenuhnya.

“Dan yang sedih, ini kerap berulang dalam banyak situasi sosial yang lain. Lama-kelamaan atas dorongan keluarga, suami dan rakan terdekat, saya mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan profesional,” ujar Zee dengan hiba.

Dalam memberikan penjelasan tentang kondisinya itu, dia tiba-tiba berasa sebak dan sempat menitiskan air mata.

“Bayangkan perasaan saya semasa diberitahu oleh pakar audio bahawa saya telah hilang sekitar 40% kemampuan mendengar.

“Saya begitu sedih selepas mereka membuat penilaian terperinci terhadap kesihatan pendengaran saya. 

“Sebagai seorang pemuzik profesional, ia sesuatu yang sangat mengecewakan. Seperti hilang harapan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang ini,” tambahnya lagi.

Walau bagaimanapun keputusannya untuk mendapatkan bantuan merupakan satu langkah yang bijak dan betul. 

“Saya disyorkan untuk mengunjungi pakar di Global Hearing Care Centre yang rupa-rupanya terletak di Wangsa Maju sahaja. Saya bernasib baik mereka mampu menyediakan penyelesaian buat masalah saya ini.

“Kini dengan alat bantuan pendengaran yang mereka cadangkan, saya seolah-olah mendapat telinga baharu dan boleh mendengar dengan sangat jelas. 

“Seperti kaca mata yang dapat membantu kita melihat dengan lebih baik, begitu jugalah alat ini yang dapat membuat saya mendengar dengan lebih jelas.

“Malah saya rasa seperti mempunyai telinga bionik hingga dapat mendengar perbualan orang yang lebih jauh. Seperti seorang perisik,” seloroh Zee sambil ketawa. 

Sungguhpun Zee mampu ketawa di hujung perbualan tersebut, dia menegaskan bahawa masalah ini masih jarang dibualkan.

Menurutnya orang ramai lebih menitikberatkan masalah kesihatan penglihatan berbanding pendengaran dan tidak sedar bahawa pendengaran juga sangat penting.

“Saya menyeru rakan-rakan seindustri untuk melakukan pemeriksaan. Sejujurnya saya kenal ramai yang lain seperti saya namun tidak mahu mengakui atau menerima kenyataan ini.

“Saya harap mereka cepat-cepat dapatkan bantuan. Tiada apa yang perlu dimalukan. Kita harus ingat bahawa kesihatan sangat penting apatah lagi untuk terus mencari rezeki,” katanya lagi.

Sempena bulan Ramadan juga saya sempat bertanyakan apa yang paling Zee nantikan semasa bulan ini.

“Semestinya setelah lama berada di luar negara yang paling saya rindukan adalah bazar-bazar Ramadan. Banyak makanan Malaysia yang saya rindukan. Antaranya ayam percik, roti john dan kuih-kuih Melayu.

“Kini bazar dah boleh dibuka seperti biasa jadi saya tak akan lepaskan peluang untuk mencari juadah-juadah kegemaran saya,” senyum Zee menutup bicara.

Yang pasti kami akan terus menyokong kejayaan anak Malaysia seperti Zee dan mendoakan yang terbaik untuk kerjaya dan kehidupannya. Seperti perkongsiannya tadi, kami yakin semuanya bakal OK.

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Zee Avi

Teks & Penyelaras : Shah Shamshiri

Suntingan Teks : Ili Farhana

Penata Gaya & Arahan Seni : Mursh Mat Som

Solekan & Dandanan : Firz Razali

Busana : Farah Khan dari Melium Group

               Turtleneck milik penata gaya

Anting-anting : Rupa Store

Kasut : Milik Zee Avi

Alat bantuan pendengaran Zee Avi : Global Hearing Care Centre

Jurugambar : Sairien Nafis

Juruvideo : Abd Razak Latif

Suntingan video : Muharram Kasim

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari

Lokasi : New World Hotel Petaling Jaya, Kelana Jaya

(Sekalung penghargaan buat Cik Shahnaz Halik Zaman dan Global Hearing Care Centre)

Isu Pada

Zee Avi Masih OK!

09 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen, Anisha Sudah Bermula

4

Selebriti 4 bulan yang lalu

Bunga Selamat Bernikah Dengan Tiko Aryawardhana

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM