Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 6:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Chhorii’ (Amazon Prime)

Seram mempunyai tafsiran yang agak subjektif kepada setiap penonton. Walaupun filem ini underrated namun ia mengetengahkan elemen seram tersendiri dan bukan sekadar menampilkan ‘hantu’ sebagai subjek ketakutan. 

‘Chhorii’ mengikuti kisah sepasang suami isteri yang terpaksa melarikan diri dan tinggal di dalam ladang tebu. Disebabkan tidak dapat melangsaikan hutang dalam masa 24 jam, mereka bersembunyi di dalam sebuah rumah usang dan kotor yang terpencil. 

Makin hari si isteri berasa makin pelik terutamanya dengan kehadiran tiga roh anak kecil. Pada mulanya si isteri tidak percaya ketiga-tiga roh tersebut hantu kerana dia seorang yang sayangkan kanak-kanak. Namun, selepas beberapa hari si isteri tidak dapat membezakan mana satu realiti dan ilusi sehingga membuatkannya ingin membelah perutnya sendiri.

Bagi mereka yang ingin mencabar adrenalin, filem ini sesuai untuk anda dan boleh ditonton di platform Amazon Prime. - Sara Mack Lubis

 

‘The Last Bus’ (Netflix)

Bayangkan jika nyawa penghuni dunia berada di tangan sekumpulan remaja sekolah yang genius. Pasti huru-hara bukan?

Pada dasarnya jalan cerita siri ini kelihatan cukup mudah, menyelamatkan dunia dari serangan dron durjana, namun realitinya ia menyindir kesedaran manusia sejagat terhadap alam sekitar.

Bagaimana kita memperkasa anak muda dalam membuat pilihan yang berbeza berdasarkan apa yang bakal diwarisi mereka cukup berat.

Demikian paparan bergenre sci-fi air tangan terbaharu Paul Nefcy menerusi ‘The Last Bus’.

Produksi 10 episod terbitan negara Britain ini turut dibintangi Robert Sheehan yang pernah mendukung watak Klaus dalam ‘The Umbrella Academy’. Siri menarik khusus buat remaja ini di platform Netflix. - Suzan Ahmad

 

Drive My Car (Mubi)

Diadaptasi daripada karya penulis terkenal Haruki Murakami, Drive My Car yang diarahkan oleh Ryusuke Hamaguchi mengisahkan tentang Yusuke seorang lelaki pengiat teater bersama isterinya, Oto seorang penulis skrip.

Oto mempunyai cara aneh untuk mendapatkan ilham iaitu semasa melakukan hubungan seks bersama suami. Oto kemudian akan terlupa mengenai cerita dan ilham yang difikirkan dan suaminya akan mengulang semula cerita yang diberitahu isterinya keesokan hari.

Suatu hari, isterinya mati dan tidak sempat untuk menghabiskan cerita yang ingin ditulisnya sehinggalah dia berjumpa seorang lelaki lain yang rupanya tahu mengenai penghabisan skrip isterinya.

Terbaharu, filem ini memenangi Filem Cereka Antarabangsa Terbaik semasa Anugerah Oscar. Anda boleh menyaksikan filem ini di platform Mubi bermula 1 April ini. - Wafa Aula

 

‘Nur’ (Netflix)

Ramadan bakal tiba sekejap sahaja lagi. Apa kata anda tonton drama yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu iaitu 'Nur'. Jika dahulu drama ini ditayangkan di TV3, kini anda boleh menontonnya di Netflix.

Drama yang dibintangi pelakon-pelakon handalan seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Azhan Rani dan Fatimah Abu Bakar ini menceritakan tentang seorang ustaz lakonan Syafiq Kyle yang jatuh cinta dengan seorang pelacur bernama Nur lakonan Amyra Rosli.

Hubungan mereka mendapat tentangan ibu dan kakak Ustaz Adam. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuh oleh Nur dalam mencari reda Allah serta menjadi isteri kepada keluarga pendakwah terkenal.

Dalam masa yang sama, Nur turut diganggu oleh suami kepada kakak iparnya iaitu Ustaz Hamadi yang merupakan seorang munafik. Mampukah cinta mereka bertahan? Jangan lupa untuk tonton drama yang penuh pengajaran ini di Netflix. - Helmi Anuar

 

'Quran 30 for 30' (YouTube) 

Rancangan membedah dan memahami isi kitab suci al-Quran bukan konsep yang baharu. Di Malaysia kita ada beberapa rancangan seperti ini dan yang paling disebut-sebut kini ialah MyQuranHour. 

Di Amerika Syarikat, Dr. Omar Suleiman bersama pasukan Yaqeen Institute telah membuat satu program khas Ramadan yang diberi tajuk 'Quran 30 for 30'. Ya, satu hari, satu juz. 

Ini tahun ketiga rancangan ini disiarkan di YouTube rasmi Yaqeen Institute serta aplikasi rasmi institut itu.

Setiap episod panjangnya sekitar 40 minit. Boleh didengar sambil mencatat nota, mahupun dijadikan peneman memandu pulang pergi tempat kerja. 

Rancangan ini menampilkan tiga cendekiawan agama, termasuk Dr. Omar dan cara mereka berkongsi ibrah al-Quran dengan cukup santai dan difahami. 

Sesuai juga untuk didengari di luar waktu Ramadan. - Ili Farhana

Isu Pada

Dunia Seni Zulhairul Ikram

02 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 2 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Filem & TV 6 bulan yang lalu

Anwar: The Untold Story Mengungguli Carta Top 10 Netflix Malaysia

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok