Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 8:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Young, Famous & African’ (Netflix)

Sebuah siri program realiti terbaharu daripada Netflix, ‘Young, Famous & African’ memaparkan kehidupan seharian beberapa selebriti muda yang kaya, terkenal dan berpengaruh di seluruh Afrika.

Mereka terdiri daripada aktres Khanyi Mbau, jurugaya Jeremiah Ogdobo (Swanky Jerry), pemuzik Nasibu Abdul Juma Issack (Diamond Platnumz), personaliti TV Andile Ncube, ahli perniagaan Zari Hassan (Zari the Boss Lady), pemuzik Innocent Idibia (2Baba), aktres dan model Annie Macauley-Idibia, rapper Nadia Nakai dan Naked DJ Quiton Masina.

Seperti mana rancangan ‘Bling Empire’, ‘Young, Famous & African’ juga menayangkan kereta-kereta jenama mewah, barang kemas yang tidak ternilai harganya serta parti-parti yang diadakan di kelab-kelab eksklusif. Pendek kata, segalanya serba mewah.

Bahkan, siri program realiti ini juga sarat dengan pelbagai ‘drama’ tentang pergaduhan yang berpunca daripada pelbagai perkara seperti sikap ego, tidak sependapat, isu curang sehinggalah bercinta dengan bekas kekasih kepada rakan sendiri.  

Ada juga di antara mereka yang putus cinta dan sedang mencari pasangan baharu.

Antara drama yang menjadi perhatian adalah hubungan Zari Hassan dengan bekas suaminya, Diamond Platnumz. 

Perceraiannya mereka disebabkan kecurangan Diamond Platinumz berjaya menjadi tajuk besar di beberapa akhbar dan majalah.

Sementara Annie Macaulay-Indibia pula bergelut apabila masyarakat dan pencinta seni lebih melihat dia sebagai isteri 2Baba berbanding mengiktiraf hasil kerjanya sebagai seorang aktres dan model.

Apa yang dipaparkan tentang mereka ini sememangnya membuatkan penonton berasa ketagih untuk mengikuti setiap episod siri program realiti ini sehingga ke akhir. Tidak hairanlah, mengapa Netflix menjangkakan bahawa ‘Young, Famous & African’ akan menjadi siri program realiti baharu mereka yang hit. - Ellyna Ali

 

Farida Nurhan (YouTube)

Kenali Farida Nurhan, vlogger makanan terkenal Indonesia yang popular dengan gelagat lucunya mencuba aneka makanan di sekitar negaranya.

Selain memilih tempat-tempat makan paling diminati ramai, Farida juga kerap menampilkan tempat-tempat makan yang unik dan ada kelainan.

Personalitinya yang spontan membuat ramai ketawa melihat ulasannya di layar video. - Shah Shamshiri

 

The Terminal (Netflix)

Sebuah filem komedi yang berkisahkan seorang warga negara bernama Viktor Navorski (lakonan Tom Hanks) berasal dari Krakozhia yang mahu menyelesaikan amanat bapanya yang telah meninggal dunia. 

Misinya adalah untuk mendapatkan tanda tangan salah seorang ahli band jazz bernama Benny Golson di kota New York. 

Malangnya, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F.Kennedy, New York, dia terkandas untuk tempoh yang agak lama kerana pergolakan yang berlaku di negaranya. 

Ini menyebabkan pasportnya tidak sah dan pihak pengurusan lapangan tidak dapat melepaskan dia untuk keluar menuju ke kota New York. 

Viktor telah ditempatkan di bahagian transit dan masih tidak mahu keluar dari kawasan tersebut sehingga mendapat kelulusan yang disahkan. Keadaan itu menyebabkan dia berkampung di dalam lapangan tersebut dan pelbagai perkara menarik dilakukannya sambil menunggu tempoh dia dibenarkan keluar. 

Pihak pengurusan lapangan terbang tersebut cuba untuk melepaskan tanggungjawab mereka kepada polis tempatan dengan memerangkap Viktor untuk keluar dari situ tanpa kebenaran yang sah namun ia tidak berjaya. 

Diarahkan oleh Steven Spielberg dan ditayangkan pada 2004, filem yang diadaptasikan daripada kisah sebenar ini kini boleh di tonton menerusi saluran rangkaian Netflix. - Izwan Ramlan

 

‘Kim’s Convenience’ (Netflix)

'Kim’s Convenience' merupakan siri sitkom yang berkisahkan tentang sebuah keluarga imigran dari Korea Selatan yang membuka kedai serbaneka di kejiranan Moss Park, Toronto, Kanada.

Perbezaan generasi antara Appa (Paul Sun-Hyung Lee) bersama isterinya, Umma (Jean Yoon) dengan anak-anak, Janet (Andrea Bang) dan Jung (Simu Liu) menjadi sorotan utama komedi ini.

Sebagai generasi kedua, Janet dan Jung tidak mahu terikat dengan tradisi Korea. Mereka lebih terbuka dengan budaya barat, sedangkan ibu bapa mereka sangat bersifat konservatif.

Namun, Appa dan Umma cuba menyesuaikan diri dengan perkembangan budaya-budaya majmuk dari seluruh dunia yang datang ke Kanada, tetapi dalam cara mereka sendiri yang lucu dan comel.

Terdapat banyak isu kemasyarakatan yang berat ‘dibawangkan’ di dalam kedai serbaneka mereka, tetapi dibawa secara ringkas, santai dan bersahaja. - Zaidi Che 

 

‘The Cursed’ (Netflix)

Drama Korea 12 episod ini mula menemui penonton pada Februari 2020 dan ia membariskan pelakon-pelakon popular seperti Uhm Ji-won, Jung Ji-So, Sung Dong-II dan Jo Min-Soo. 

Mereka yang meminati drama-drama penuh kejutan dan dibelenggu misteri, ‘The Cursed’ adalah pilihan terbaik untuk ditonton pada hujung minggu. 

Ikuti bagaimana setiap watak menghambakan diri pada kuasa jahat demi meraih kemewahan dan kekuasaan. Siapa yang menjadi penghalang, akan dihapuskan tanpa belas kasihan. 

‘The Cursed’ mengisahkan tentang Im Jin-Hee (Uhm Ji-Won) ialah seorang wartawan yang membuat liputan kes keganasan yang melibatkan Forest, syarikat IT terbesar di Korea Selatan. 

Semakin jauh dia menyiasat, dia mendapati Pengerusi Forest, Jin Jong-Hyun (Sung Dong-Il) terlibat dengan ilmu hitam di mana dia bekerjasama dengan syarikat perunding rohani yang diketuai oleh seorang bomoh wanita, Jin Kyung (Jo Min-Soo). 

Ketika Jin-Hee cuba mendedahkan rahsia di sebalik Forest, dia bertemu dengan So-Jin (Jung Ji-So), seorang anak yatim yang dirasuk roh dan mempunyai kebolehan yang istimewa. - Rahayu MN - Getaran, 26 Mac 2022

Isu Pada

Coach Eddy Berbicara Tentang Kecergasan Dan Menjadi Pilihan Selebriti

26 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini