web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cheetah X Jovian Mandagie, Satu Gandingan Tak Disangka!

Memeriahkan industri fesyen tempatan menerusi Koleksi Cheetah Musim Bunga/Panas 2022.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 3:50PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cheetah Malaysia berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie untuk Koleksi Cheetah Musim Bunga/Panas 2022.

Ia mengetengahkan gaya-gaya era 90-an, pertunjukan fesyen ini merupakan yang pertama oleh Datuk Jovian Mandagie sebagai Pengarah Kreatif Cheetah Malaysia.

Koleksi ini menandakan permulaan baharu dalam usaha jenama ini untuk menampilkan konsep yang lebih segar dan sesuai dengan trend fast fashion terkini.

Digembar-gemburkan sebagai acara fesyen terbesar di Malaysia, pertunjukan koleksi yang berinspirasikan sukan tenis ini berlangsung di MITEC Kuala Lumpur.

Ia juga merupakan pertunjukan fesyen pertama Cheetah sejak tahun 1989, dengan seramai 70 model melewati pentas peragaan lengkap gelanggang tenis bersaiz sebenar.

Dihasilkan khas oleh Jovian sendiri, koleksi ini menampilkan gaya dan suasana Kejohanan Wimbledon. 

Ia mencerminkan minat Cheetah dalam mendekati golongan fesyen dan sukan, dalam masa sama mengukuhkan kedudukannya di arena fesyen tempatan. 

Pada malam itu, Jovian mengenang kembali memori zaman kanak-kanaknya ketika dia memakai sepersalinan sukan Cheetah untuk aktiviti sekolah. 

“Koleksi pertama Cheetah saya sangat sentimental. Ia menjadi inspirasi dalam menghasilkan koleksi ini.

“Ia mengimbau kembali kenangan 28 tahun yang lalu semasa ibu saya membelinya untuk kelas Pendidikan Jasmani.

“Saya sangat seronok memakainya dan saya masih ingat betapa saya berasa bangga memakai Cheetah pada masa itu,” kenang Jovian.

Tambahnya, “Peluang yang diberikan untuk mencipta seluruh koleksi pakaian ini bersama Cheetah merupakan satu penghormatan buat saya.

“Kami bekerja keras dalam menghasilkan koleksi ini demi memastikan ia mencapai tahap kesempurnaan yang disasarkan, terutamanya buat golongan milenial.

“Kami ingin meningkatkan semangat ‘sokong jenama tempatan’ supaya lebih ramai pengguna menyedari negara kita juga mempunyai banyak jenama yang hebat untuk dibanggakan,” ucapnya.

Fesyen 90-an menyaksikan kemunculan era ‘glamazon’. Ia menampilkan ciri-ciri sederhana dan mampu milik yang menjadi ikutan anak-anak muda.

Mereka lebih menggemari fesyen dengan kombinasi pakaian sukan dan jalanan yang dipanggil gaya athleisure pada hari ini. 

Menterjemahkannya dalam koleksi ini, Cheetah percaya idea penggabungan dua elemen fesyen tersebut akan sentiasa relevan.

Koleksi ini adalah kombinasi antara gaya hidup dan sukan yang menggabungkan fesyen dan keselesaan. Ia dihasilkan lengkap untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Dengan pemilihan material dan sentuhan warna fusion, rekaan bagi koleksi ini menggambarkan pendekatan yang lebih segar dan muda.

Pada masa akan datang, Jovian akan terus bekerjasama dengan Cheetah serta mempertingkatkan kualiti fesyen yang lebih mesra golongan muda. – Getaran, 26 Mac 2022

Gambar: Cheetah Malaysia

Isu Pada

Coach Eddy Berbicara Tentang Kecergasan Dan Menjadi Pilihan Selebriti

26 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Jovian Mandagie, Nina Sah Bercerai

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa